Advertisement

ads

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK FULL MOVIE

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK FULL MOVIE | Filem terbitan tahun 2013 ini adalah hasil arahan Sunil Soraya dan diterbitkan oleh Ram Soraya. Filem ini diadaptasi dari novel terlaris tulisan Hamka dengan tajuk yang sama. Film yang berlatar tahun 1930-an ini mengisahkan sepasang kekasih yang saling mencintai namun mereka dihalangi dengan perzedaan latar belakang sosial.



Sinopsis Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick 

Zainudin seorang lelaki yang sudah kehilangan ibu dan ayahnya sejak kecil. Setelah dewasa dia berimpian untuk mengenali asal usul bapanya. Atas restu ibu angkatnya dia bergerak menuju ke Padang Panjang.

Disitu dia mula belajar agam dan waktu itu lah dia mengenali sorng gadis cantik anak ketua kampung, Hayati. Hayati dikawal ketat oleh ibu dan bapa saudaranya sejak kematian ibu dan ayah kandung nya.

Mereka sudah menetapkan yang Hayati tidak boleh bercinta dengan pemuda biasa di kampoung tersebut. Hubungan cinta Hayati dan Zainudin yang semakin berkembang membuatkan keluarga Hayati tidak senang dan mula mengatur perkahwinan Hayati dengan sebuah keluarga kaya, ternama dan berpengaruh.

Pinangan Aziz diterima keluarga Hayati. Tapi pinangan Zaimuddin uang ditolak membuatkan Zainudin tersiksa, kesedehihan dan jatuh sakit. Surat Hayati yang sampai ke tangan Zainudin meminta agar Zainudin melupakan segala janji dahulu membuatkan Zainudin tidak berdaya dah jatuh dalam kesedihan yang termat sangat.



Dengan semangat yang diberikan rakan baiknya, Muluk, Zainudin bangun membina dirinya sendiri. Muluk memberi semangat untuk Zainudin menjadi seorang penulis. Dengan bakat dan semangat nya Zainudin menjadi seorang penulis yang sangat terkenal. Karya-karya nya mula menghiasi akhbar.Zainudina menggunakan Nama pena disetiap karyanya,.

Zauniduin mula menulis novel. Dengan wang hasil usahanya Zainudin mampu membeli baju , kereta dan motokar . Malah dia membeli sebuah rumah besar untukmya dan Muluk.

Hidup Hayati dan Aziz mula berantakan. Aziz seorang lelaki yang suka berjudi dan berpoya-poya dengan wanita. Hayati akan dimarahi jika tertidur setiap kali menunggu Aziz pulang lewat malam. Aziz mula kehabisan wang dan pemungut hutang sudah mengejarnya. Mereka terpaksa berpindah ke Surabaya.

Hayati mengajak Aziz menonton teater memandangkan Hayati sangat suka dengan Novel "Terasing"  yang ditulis oleh penulis Z. Sebaik habis persembahan teater baru lah dia tahu penulis Z yang novelnya kerap dibaca hayati adalah Zainudin, lelaki yang pernah menjadi kekasihnya dahulu.




Aziz yang tidak tahu malu bertemu dengan Zainudin dan meminta pinjaman wang dari Zainudin. BUkan itu sahaj mereka suami isteri terpaksa menumpang dirumah Zainudin kerana mengalami masalah kewangan. 



Aziz yang terlantar sakit berasa malu kerana menumpang dirumah Zainudin. Dia kemudian nya meminta izin agar Zainudin menumpangkan Hayati dirumah besar tersebut sementara dia keluar untuk mencari kerja. Tapi selepas beberapa waktu Hayati hanya mendapat perkabaran yang Aziz sudah menceraikan nya dan ditemui mati didalam bilik hotel.

Hayati cuba ingin kembali pada Zainudin tapi Zainudin menolak dan menghantar Hayati pulang ke Padang Panjang.Zainudin sudah menyiapkan tikel menaiki Kapal untuk Hayati pulang. Malangnya Kapal yang dinaiki Hayati tenggelam dan hati meninggal dunia.

Kesedihan Zainudin tidak membuatkan dirinya selamanya jatuh. Dia bangun dan membina semangat yang baru dari setiap kesedihan nya.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Bangkit dikala terjatuh teruk itu perlukan semangat dan sokongan.

    BalasPadam
  2. Dalam novel Zainuddin akhirnya mati menanggung kecewa, dalam filem Zainudiin bangkit dari kekecewaan.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)