TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 15 AKHIR | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias
Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod akhir
Juweta dan Ean masuk ke pejabat Azlan . Juweta melihat sekeliling pejabat dan Ean mengucapkan tahniah pada Juweta kerana mendapatkan kembali haknya. Juweta keluar dan memberi salam pada semua stafnya. Walaupun dia tahu ada staf yang tidak suka kan nya dia meminta maaf atas segala kekasaran nya pada staf sebelum ini.
Azlan muncul di pintu pejabat. Dia bertanya apa yang berlaku di sini. Juweta duduk dikerusinya. Azlan mengatakan itu kerusinya. Tapi Juweta bertegas itu adalah miliknya. Ean tampil dan mendedahkan yang Juweta adalah . Salah seorang pemegang saham menyerahkan saham miliknya pedala Juweta.dan menjelaskan yang Juweta adalah pemilik saham terbesar syarkat tersebut.
Juweta mengarahkan Azlan kembali ke pejabat lamanya sebelum ini dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Juweta tak mahu membuang Azlan sebegitu sahaja seperti yang dilakukan Azlan padanya.
Che Salmah sangat gembira kerana dia yakin dia adalah pemilik saham terbesar syarikat Azlan. Tiba-tiba hakim menghubungi Che salmah dan memberitahu yang Azlan bukan lagi CEO syarikat tersebut. Che salmah gembira mendengar nya kerana dia sudah lama menunggu masa tersebut. Hakim meminta Che Salmah agar berhenti beranagn kerana Juweta kini adalah CEO syarikat tersebut. Che Salmah yang mendengar berita tersebut terus menjerit sampai tercabut turban dikepalanya.
Azlan pulang kerumah dan dia dapat merasakan yang dia semakin kehilangan segalanya. Azlan merasakan semuanya sukar buatnya. dia tertanya-tanya mengapa sukar untuknya bahagia.
Hakim dan Che Salmah mula risau kerana Juweta mempunyai kuasa dan mereka mungkin akan doipenjarakan kerana menipu azlan.
Dipejabat Juweta mula melayan stafnya dengan baik. Dia berubah menjadi lebih prihatin terhadap staf nya. Staf di pejabt sangat gembira dengan perubahan sikap Juweta yang lebih mesra.
Ruhila melihat gambar cincin yang dimuat naik oleh Juweta. Ruhila bertanyakan perkara tersebut kepada Juweta. Dia bertanya apakah benar Juweta akan berkahwin dengan Ean. Ruhila mengingatkan Juweta yang dia masih isteri orang dan Juweta tak boleh berkahwin dengan Ean.
Juweta mengembalikan paku buah keras pada Ruhila yang menipu Azlan tentang Mika.Juweta memberitahu Ruhila yang Ruhila perlu berterus terang pada Azlan. Ruhila risau jika Azlan tak dapat menerimanya. Juweta mengatakan yang Azlan seorang lelaki yang bodoh. Dia akan terus menyintai wanita tersebut jika dia benar-benar menyintainya. Jadi ruhila tak perlu risau.
Ruhila terus bertanya pada Juweta betulkah Juweta akan berkahwin dengan Ean walaupoun tanpa rasa cinta. Juweta ketawa mendengar pertanyaan Ruhila kerana Ruhila juga berkahwin dengan Azlan tanpa rasa cinta. Ruhila jelas cemburu pada Juweta.
Juweta menghubungi Ean dan memberitahu yang Ruhila jelas cemburu dan dia masih menyintai Ean. Ean mengucapkan terima kasih pada Juweta kerana membantunya.
Azlan terus memberitahu yang dirinya mandul. Kerana itu lah dia bertanya tentang status Mika. Azlan sangat sedih kerana Ruhila sanggup menipunya. Azlan mengakui dia sanggup melakukan apa sahaja kehendak Ruhila dan segala rancangan bodoh Che Salmah tapi Azlan tak menyangka mereka menipu nya selama 7 tahun.
Azlan menceraikan Ruhila dengan talak 1.Ruhila merayu agar Azlan memafkan kesalahan nya. Azlan terus keluar rumah meninggalkan Ruhila.
Ruhila siap mengemas semua barang-barangnya.Mika bertanya mengapa Ruhila ingin Pindah. Ruhila menjelaskan yang rumah tersebut bukan miliknya. Ruhila memberitahu Mika yang Mika akan bergilir-gilir tinggal dengan Juweta dan Ruhila. Mika sedih pada awalnya tapi dia tahu yang dia kini mempunyai 2 ibu. Mika terus memeluk Ruhila.
Che Salmah masuk ke pejabat Juweta. Juweta bertanya apa tujuan Che Salmah masuk ke pejabat awal pagi. Che salmah menjelaskan yang dia kini adalah CEO syarikat tersebut kerana En Malik tak jadi menyerahkan sahamnya pada Juweta. Juweta mengeluarkan bukti rakaman Che Salmah merancang untuk mengugut En Malik. Rakaman tersebut diberikan oleh Kak Shima yang mendengar rancngan jahat Che Salmah.
Juweta mengarahkan Mimi untuk memanggil Polis dan mengheret Che Salmah dan Hakim keluar dari pejabatnya. Kak Jo dan Kak Shima datang menemui Juweta dan Juweta meminta Kak Jo kembali bekerja dan gaji Kak Jo di naik kan. Kak Jo sangat gembira kerana dapat bekerja semula dengan Juweta.
Juweta menemui Azlan dan dia sangat simpati dengan Azlan. Azlan meminta maaf pada Juweta kerana gagal menjadi suami yang baik pada Juweta. Juweta juga meminta maaf pada Azlan kerana tidak menjadi isteri yang sepatutnya untuk Azlan. Mika datang menghampiri Azlan dan memberitahu yang dia sentiasa ada untuk Azlan. Azlan terus memeluk Mika.
Ean dan Ruhila kembali bersama. Juweta mendapatkan semua hak nya. Hakim dimasuk kan ke penjara,.Di dalam penjara hakim teringat dia yang memasuk kan dadah kedalam minuman Ruhila dan dia juga lah yang meniduri Ruhila sewaktu Ruhila tidak sedarkan diri bersama Ean. Hakim ketawa mengenangkan kejahatan yang dilakukan..
Tamat.
Pelakon
Nad Zainal - Juweta
Nazim Othman - Azlan
Elvina Mohamad - Ruhila
Alvin Chong - Ean
Isaac Iman - Mika
Didie Alias - Che Salmah
Uchee Fukada - Kak Jo
Iman Suhana - Ruzita
Muaz Fitri Maslan - Hakim
Soundtrack Takdir Yang Tertulis
Karma - Kaka Azraf dan Jazz
1 Ulasan
menarik juga akhir cerita
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)