Ruhila bertekad tak akan menyerahkan Mika pada Juweta. Che Salmah tetap mahu Azlan dan Ruhila menyerahkan Mika pada Juweta asalkan Azlan dapat menceraikan Juweta. Che Salmah tak kisah walaupun Ruhila sudah mengingatkan yang Mika adalah pemilik rumah yang mereka sedang diami. Che Salmah tetap berkeras agar Ruhila menyerahkan Mika.
Azlan masih lagi diganggu Ruzita. Azlan rimas bila Ruzita asyik mencari peluang mendekatinya sedangkan tahu yang Ruhila adalah isterinya.
Ean memerhatikan Juweta dari jauh. Dia turut bersimpati dengan nasib Juweta. Juweta menangis apabila melihat video mika yang disimpan nya. Ean teringat yang dulu Juweta cukup berkeras menghalang Ean dari mendekati Ruhila kerana Ean bukan orang yang kaya. Juweta takut Ean tak mampu memberi kebahagian pada Ruhila.
Ketika Juweta leka berjalan, muncul peragut dari belakang dan merampas bag Juweta. Ean keluar dari kerata dan mengejar peragut tapi peragut menghilangkan diri. Ean duduk di tepi Juweta. Ean mengajak Juweta ke balai untuk membuat laporan polis.
Pelakon
Nad Zainal - Juweta
Nazim Othman - Azlan
Elvina Mohamad - Ruhila
Alvin Chong - Ean
Isaac Iman - Mika
Didie Alias - Che Salmah
Uchee Fukada - Kak Jo
Iman Suhana - Ruzita
Muaz Fitri Maslan - Hakim
Soundtrack Takdir Yang Tertulis
Karma - Kaka Azraf dan Jazz
2 Ulasan
Saya agak lah, Mika adalah anak hasil dari hubungan Ruhila dan Ian. Apabila Ian menghilangkan diri, Ruhila terdesak untuk berkahwin bagi menutup malu. Dia memilih Azlan kerana lelaki pernah ada hati dan melamarnya.
BalasPadamsuka baca review Di
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)