Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 6

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 6Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan DidiAlias 



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 6   

Ruhila menghalau Kak Jo keluar dari rumah. Kak Jo sempat memberi amaran pada Ruhila yang Juweta adalah ibu kepada Mika. Bukan Ruhila. Ruhila terus menjerit menghalau Kak Jo keluar.

Di pejabat Azlan dapat merasakan staf lain  memandang serong padanya. Dia membuat pengumuman yang dia sedia dan menerima sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan nya atau pun sesiapa yang ingin keluar dari syarikatnya. 

Juweta masuk ke pejabat dan mencari Azlan. Dia bertanya mengapa Azlan melakukan semua ini padanya. Azlan memberiotahu yang Juweta tidak layak untuk semua itu. JUweta memberitahu yang syarikat tersebut adalah milik ayahnya. 

Azlan menjelaskan yang staf lain tidak menyukainya. staf membuat petition untuk menyinglirkan Juweta. Juweta sangat terkejut. Azlan memberitahu yang apa pun terjadi dia tak kan mensia-siakan Juweta. Segala urusan compny akan diuruskan oleh Azlan dan Ruhila.



Azlan menyuruh Juweta balik berehat.Juweta melangkah perlahan untuk keluar. Tetapi tiba-tiba dia berpatah balik kearah Azlan dan menyerang Azlan. pengawl keselamatan masuk dan mengheret Juweta keluar.

Ruhila masuk ke bilik yang pernah menjadi milik Juweta. Dia teringat saat-saat dimna hubungan nya masih baik dengan Juweta. 

Juweta pulag kerumah. Diaingin bertemu dengan Mika. MIka yang sedag tidur terjaga apabila mendengar suara Juweta memanggilnya. RUhila cepat2 menahan Mika dan menutup mulut Mika agar tidak bersuara.

Mika bergelut dan berlari turun ke bawah. DIa membuka pintu dan memeluk Juweta. Baru sahaja Juweta ingin membawa Mika, Che Salmah muncul dari belakang dan menghalang Juweta dari membawa Mika. Dihadapan Mika Che Salmah memberitahu yang Mika bukan anak kandung Juweta. Mika menangis dan Juweta terus memujuk Mika. Pengawal keselamatan terus menarik Juweta dan Che Salmah mengheret Mika masuk ke rumah.




Juweta tak tahu apa yang harus dilakukan nya. Dia berjalan seorang diri. Tiba-tiba seseorang menegurnya. Ean.. Bekas teman lelaki Ruhila. Ean berbincang dengan Juweta. Ean mengingatkan kembali Juweta yang dia tidak pernah lupa apa yang Juweta katakan tentang dirnya pada Ruhila sewaktu mereka masih belajar dahulu.

Juweta bangun dan mahu beredar dari Ean. Dia tak mahu mendengar segala sindiran Ean padanya. Dia memberitahu Ean yang Ruhila adalah kawan baiknya dahulu. Jadi dia tak mahu orang lain berniat jahat terhadap Ruhila Tapi dia tak sangka Ruhila sanggup merampas suaminya. Sama seperti Ean yang tidak menyangka Azlan sanggup merampas Ruhila.

Ean terdiam mendengar kata-kata Juweta. Benar kata Juweta. Azlan yang sedia tahu Ruhila adalah kekasihnya , tapi sanggup merampas Ruhila darinya. 






Pelakon 


Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 6

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)