Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 14

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 14Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan DidiAlias



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 14 

Ruhila keluar dari rumah tiba-tiba Ean memintas di hadapan kereta Ruhila Ruhila keluar dari kereta dan meminta Ean agar jangan mengganggunya kerana dia sudah berkahwin. Ean tidak puas hati memberitahu yang dia berjumpa rakan nya yang meihat Ruhila keluar dari rumah sewaktu malam Ruhila meninggalkan nya.

Ean memberitahu lagi yang malam tersebut dia tidak curang. Dia tak kan tergamak membawa perempuan lain menginap kerumahnya. Ruhila juga tidak nampak yang Ean melakukan apa-apa dengan wanita tersebut.Ean memberitahu yang wanita tersebut sebenarnya diupah oleh ibu Ruhila untuk memutuskan hubungan Ruhila dan Ean.

Che Salmah keluar dari rumah apabila melihat Ean bercakap dengan Ruhila . Ean terus bertanya Che Salmah tentang wanita yang diupah untuk menjerat dirinya dan menampakkan dirinya seolah-olah curang pada Ruhila. Che Salmah tak mengakui dan terus masuk ke dalam rumah.

Ean terus memaksa Ruhila untuk mengakui yang Mika adalah anak mereka berdua. Azlan memerhatikan Ean dan Ruhila dari jauh. Sebaik Ean memegang tangan Ruhila Azlan keluar dari kereta dan berjalan kearah Ean sambil menjerit. Azlan terus menghayunkan penumbuknya kepada Ean.Azlan memberi amaran pada Ean agar ajangan mengganggu isterinya lagi.



Ean terus bangun dan memberitahu yang walaupun tubuh badan Ruhila untuk Azlan tapi jiwa raga Ruhila hanya untuk Ean. Ean terus pulang meninggalkan Ruhila dan Azlan. Azlan meminta penjelasan dari Ruhila. Azlan juga memberitahu yang dia tidak lagi mempercayai Ruhila.


Ruhila masuk kedalam rumah dan meminta penjelasan Che Salmah. Salmah tetap tak mengakui perbuatan nya menfitnah Ean. Che Salmah terus mengatakan yang Ean memang curang dan Ruhila dibutakan oleh Ean. Tapi Ruhila tetap tak percayakan Che Salmah. Selepas dipaksa Che Salmah akhirnya mengakui yang memang dia menfitnah Ean.

Ruzita bertanya pada Ruhila sampai bila Ruhila akan menipu Azlan. Ruhila meminta agar Ruzita tidak mencampouri urusan nya. Ruhila tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia takut jika Azlan tahu yang Mika bukan lah anak kandung Azlan.

Azlan menuju ke rumah Juweta. Dia mahu mengambil Mika. Azlan masuk ke rumah Juweta dengan perasaan marah pada ruhila yang belum hilang. Juweta bertanya apakah Azlan sedang mencemburui Ean dan Ruhila hingga membuatkan Azlan marah. Azlan hampir ingin menampar Juweta tapi Juweta langsung tak berasa takut dengan ugutan Azlan. Azlan terus mengambil Mika masuk ke dalam kereta.

Masalah peribadi Azlan mula membuatkan pemegang saham lain nya berasa tidak puas hati pada Azlan.Azlan mula mengabaikan urusan syarikat. 

Che Salmah pula risau apa perlu dilakukan jika rahsia tentang Mika terbomgkar pada Azlan. Dia menghubungi Hakim untuk mendapatkan nasihat Hakim. hakim memberitahu yang dia sudah mendapatkan tandatangan Azlan untuk menyerahkan saham syarikat kepada Che Salmah. Che Salmah sangat gembira kerana akhirnya dia syarikat tersebut kini menjadi miliknya.



Di dalam kereta Mika bertanya sama ada Azlan dan Ibunya , Ruhila akan bercerai. Azlan terkejut dengan soalan Mika. Tapi Azlan memberitahu yang dia tidak akan berpisah dengan ibu Mika.


Juweta menemui uncle nye yang masih sebagai salah seorang pemegang saham. Mereka berbincang tentang masalah syarikat yang diuruskan Azlan. Juweta merancang untuk membuktikan yang Azlan mendapatkan tanda tngan nya untuk disalah gunakan. Hanya itu sahaja cara untuk menghukum Azlan.

Azlan bertanya pada Ruhila sama ada Ean masih mempunyai perasaan pada Ruhila atau pun Ruhila yang masih tak boleh lupakan Ean. Ruhila meminta Azlan agar hentikan segala curiga padanya. Ruhila bangun untuk keluar. Azlan segera bertanya kemana Ruhila mahu pergi. Ruhila memberitahu dia mahu pergi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Ean datang menemui Ruhila dir umah. Ruhila sangt terkejut kerana Ean muncul didepn pintu rumahnya. Ean mahukan kepastian dari Ruhila.Betulkan Mika adalah anak mereka berdua. Dia juga mahu tahu betulkah Ruhila berkahwin dengan Azlan untuk menutup rahsia tentang dia hamil. Ruhila mengaku apa yang dikatakan Ean semuanya betul. Dia fikir Ean akan bertanggungjawab padanya tapi sebaik melihat ada wnita lain didalam bilik Ean , Ruhila terus tak percayakan Ean. Kerana itu dia membuat keputusan untuk mengahwini Azlan.Ruhila meminta maaf pada Ean, Dia tak tahu ini semua adalah rancangan Che Salmah.

Ean mengucapkan terima kasih kepada Ruhila kerana berterus terang padanya. Ean juga tahu yang Che salmah tak kan merestui mereka sampai bila-bila. Ruhila memberitahu yang dia kini sudah menjadi isteri Azlan jadi mereka perlu move on. Ean juga mengucapkan selamat tinggal pada Ruhila .

Azlan keluar dari rumah dan mencari Ruhila. Azlan mengagak mungkin Ruhila pergi bertemu Ean. Azlan masuk kedalam rumah dengan perasaan marah. Sebaik masuk kedalam bilik dia melihat ruhila sedang tidur diatas katil.

Azlan teringat dengan cadangan Ruzita agar mereka menambah cahaya mata . Mungkin itu akan memperbaiki hubungan Ruhila dan Azlan. 


Juweta sampai dirumah Ean. Juweta mengajak Ean segera bersiap untuk ke pejabat. Ean masih dilanda kesedihan . Walaupun mereka sudah 7 tahun tidak bertemu tapi sepanjang waktu itu Ean masih mengharap kehadiran Ruhila. Tapi malam tadi dia sangat sedih kerana harapan untuk memiliki Ruhila sudah terpadam.



Ketika sedang bersarapan bersama Ean, juweta mengajak Ean untuk berkahwin.

Bersambung...

Pelakon 


Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 14

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)