Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 13

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 13 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan DidiAlias



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 13

Juweta mengahabiskan masanya dengan Mika. Ruhila menghubungi Juweta untuk bertanyakan keadaan Mika. JUweta bertanya jika Ruhil mahu dia menghantar Mika pulang. Ruhila tidak kisah untuk Juweta menghabiskan masa bersama Mika. Ketika bersarapan bersama Mika , Mika bertanya pada Juweta betulkan Ean adalah bapa kandungnya kerana dia terdengar Juweta dan Ean berbual mengenai nya malam tadi .

Juweta mula risau kerana Mika sudah tahu tentang Ean. Dia sebenarnya masih belum bersedia untuk berterus terang pada Mika. Juweta mengabaikan soalan Mika dan mengajak Mika cepat makan dan mereka akan keluar membeli belah.

Che Salmah mula memikirkan cadangan Hakim supaya dia berpura-pura menjadi nenek dan menantu yang baik pada keluarga Azlan. TIba-tiba Ruzita muncul di pintu dengan membawa bag pakaian Che Salmah.Ruzita juga memberitahu Che salmah yang dia sudah tahu tentang Ean dan Ruhila.Che Salmah memberi amaran pada Ruzita agar jangan membocorkan rahsia tersebut.


Ruzita menasihatkan ibunya agar bertaubat kerana apa yang dilakukan Che Salmah adalah satu dosa. Dia risau jika Che samlah mati sebelum bertaubat.Che Salmah memberi amaran pada Ruzita yang orang jahat sepertinya memang lambat untuk mati dan dia akan bertaubat apabila dia sudah tua. Ruzita meminta diri untuk pulang kerana perlu menghadiri ke;as usrah. Dia berharap ibunya sempat bertaubat.

Ruhila bertemu Ean untuk berbincang tentang Mika. Dia mahu menarik semula arahan mahkamah untuk menghalang Mika bertemu Juweta. Dia takut Mika akan lari lagi seperti semalam. Ean bertanya jika Azlan sudah tahu cadangan Ruhila. Ruhila menjelaskan Azlan akan bersetuju dengan semua keputusan nya. Ean bertanya adakah Azlan tiada hak keatas Mika. Ruhila mula naik marah sebaik mendengar kata-kata Ean. Ean hanya tersenyum mendengar kata-kata Ruhila.

Azlan membeli bunga untuk diberikan pada Ruhila. Tapi sebaik dia keluar dari kedai bunga dia melihat Ean sedang menarik tangan Ruhila. Ruhila mengejar Azlan . Azlan bertanya pada Ruhila jika Ruhila masih mempunyai perasaan pada Ean. Ruhila terdiam. 



Azlan mula memcurigai niat Ruhila berkahwin dengan nya. Dia bertanya jika Ruhila ikhlas berkahwin dengan nya. Azlan terus berlalu pergi. Ruhila memarahi Ean kerana Ean lah punca Azlan slah sangka padanya.

Ean datang bertemu Juweta dan Mika. Mika mengajak Ean keluar bersama mereka. Ean sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Mika.Ean teringat kan pertemuan dengan Ruhila tadi. Ruhila memberitahu yang Ean curang kerana dia melihat Ean berseronok dengan perempuan diatas katil sewaktu mereka bercinta dahulu. Ean menarik tangan Ruhila dan waktu itu lah Azlan ternampak mereka.

Ean memberitahu Juweta yang Ruhila menarik semula arahan mahkamah untuk meghalang Juweta bertemu Mika. Juweta sangat gembira kerana akhirnya dia dapat bersama Mika setiap hari.


Ean masih keliru dengan kata-kata Ruhila yang mengatakan dia curang. Setahu ean dia tidak pernah curang pada Ruhila. Dia cuba menghubungi Ruhila tapi tapi Ruhila tidak menjawab panggilan telefon nya.

Ruhila mengajak Azlan untuk berbincang. Dia memberitahu yang dia bertemu Ean untuk berbincang tentang Mika. Azlan mempertikaikan mengapa Ean memagang tangan nya. Azlan memberitahu Ruhila yang mulai dari sekarang segala urusan akan diuruskn oleh nya. Hanya dia yang akan bertemu Ean untuk berbincang. TIba-tiba Ruzita turun dan memberitahu Che Salmah terkena serangan jantung.

Ean bertemu kawan lamanya. Dia bertanya tentang hari dimana Ruhila datang kerumah dan mengatakan dia curang. Kawan Ean memberitahu yang didalam rumah tersebut ada seorang perempuan. Ean Nekad untuk mencari wanita tersebut agar dapat membetulkan keadaan.

Ruhila dan Azlan bergegas kerumah Che Salmah. Che Salmah yang sedang bermian phone segera pura-pura sakit sebaik Azlan dan Ruhila masuk kedalam rumah. Azl;an emngajak Che Salmah ke hgospital tapi Che Salmah menolak dan memberi berbagai alasan.


Juweta menyurush Mika bersiap kerana dia akan menghantar Mika pulang. Mika berat hati nak meninggalkan Juweta. Tapi Juweta mengingatkan Mika yang dia kini mempunyai Mama dan ibu. Mika mengangguk faham dan memberitahu Juweta yang dia tetapsayangkan Juweta. 

Che Salmah mula menjadi mertua yang baik. Dia menyiapkan sarapan untuk Azlan dan mengakui menyiapkan sarapan khas untuk menantu kesayangan nya. TIba-tiba Ruzita memberi peringatan pada Che Salmah agar memulangkan semula bayaran delivery yang dibayar Ruzita tadi. Jelas makanan tersebut dibeli dan bukan dimasak oeh Che salmah.



Sebelum Ruhila keluar Che Salmah mengingatkan Ruhila tentang saham syarikat Azlan yang perlu dipindahkan kepada Ruhila. Ruhila mula mempertikaikan perubahan Che Salmah. Dia yakin mamanya berpura-pura berubah baik.Dia menasihatkan Che Salmah agar segera bertaubat sebekum Che salmah mti. Che salmah naik angin mendengar kata-kata Ruhila.

Ruhila masuk kedalam kereta. Dia menghubungi Juweta dan memberitahu Juweta yang dia ingin memulangkan semula syaruikat dan rumah milik Juweta.

Bersambung..


Pelakon 


Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Online Takdir Yang tertulis Episod 13

Catat Komen

3 Ulasan

  1. dah start geram dah dgn citer ni hahaa..lg2 si didi alias tu kahkahkah ^_^

    BalasPadam
  2. cerita ni memang tengah meniti di bibir2 peminat drama sekarang

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)