TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 12 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias
Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 12
Ean percaya Mika bukan anak Azlan dan Ruhila kerana Ruhila gelabah apabila ditanya tentang Mika. Ruzita juga pernah memberitahunya yang Ruhila mengandungkan anak Ean. Segala yang Ruzita dengar sewaktu perbualan Ruhila dan Che Salmah diceritakan pada Ean. Sebab itulah Ean yakin Mika adalah anaknya.
Ean menceritakan pada Juweta tentang kisah yang berlaku pada malam kejadian dia dan Ruhila mabuk dan telah terlanjur. Mereka tidak sedar apa yang mereka sudah lakukan. Sewaktu sedar dari tidur dia melihat Ruhila sedang menangis. Tapi Che Salmah memaksa Ruhila untuk menggugurkan kandungan nya.
Juweta sedar yang Ruhila menjadikan Azlan sebagai kambing Hitam untuk menutup kesalahan nya. Ruhila dan Azlan berkahwin bukan atas dasar cionta tetapi kerana terpaksa. Azlan masih belum tahu yang Mika bukan anaknya.
Ruhila mula risau semenjak tahu yang Juweta mencurigai MIka bukan nak Azlan.Ruhila masuk ke bilik Mika. Tapi Mika tidak ada. Che Salmah yang risau jika Ruhila tahu dia menghalau Mika, mula berpura-pura menangis di dalam bilik. DIa memberitahu Ruhila yang Mika tidak ada didalam rumah. Che Salmah menuduh Juweta yang mengambil Mika.
Ruhila menefon Juweta sambil menjerit-jerit meminta Juweta memulangkan anaknya. Juweta terkejut kerana Ruhila mencari mIka.
Mika merayau-rayau mencari makanan di tong sampah. Mujur la Kak Jo menemui Mika dan membawa Mika makan. Kak Jo berjani akan menghantar Mika pulang. Tapi Mika tak mahu kerana Che Salmah sudah menghalaunya.
Ruhila dan Azlan datang kerumah Juweta untuk meminta juweta memulangkan anaknya. Ean yang berada dirumah juweta memarahi Azlan. Azlan meminta Ean jangan masuk campur urusan rumahtangganya dan menumbuk Ean. Juweta muncul dari dapur dan memarahi Azlan dan Juweta keran tidak menjaga Mika dengan baik.
Juweta hampir-hampir ketawa apabila mendengar Azlan mengakui yang Mika adalah anaknya. Mujurlah Ean meminta Juweta menutup mulut agar tidak membocorkan rahsia tersebut.
Kak Jo menelefon Juweta dan memberitahu yang Mika ada bersamanya. JUweta , ruhila dan Azlan bergegas ke rumah kak Jo untuk mengambil Mika. Sebaik Mika melihat Ruhila, Mika memeluk Ruhila. Ruhila meminta maaf kerana tidak menjaga Mika dengan baik. Ruhila menyuruh Mika melihat siapa yang ada di pintu. MIka bingkas bangun sebaik melihat Juweta dan berlari memeluk Juweta.
Azlan melihat Mika dan Ruhila sedang berbual dengan Ean. Dia datang dan mengambil Mika yang berada diatas dukungan Ean. Ean merungut tak mahu pulang kerumah.Ruhila memberi keizinan pada Mika untuk bermalam dengan Juweta. Juweta terkejut dan mengucapkan terima kasih pada Ruhila.
Azlan kecewa kerana Ruhila membuat keputusan tanpa berbincng dengan nya. Ketika Ruhila dan Azlan sedang berbincang Kak Jo datang menghampiri mereka dan memberitahu pada Azlan yang Mika sebenarnya bukan lari dari rumah tapi dia dihalau oleh Che Salmah.
Sebaik Azlan dan Ruhila sampai rumah, Che Salmah masih berpura-pura menangis. Azlan meminta Che Salmah supaya tak perlu berpura-pura risau. Azlan memberitahu yang dia sudah tahu yang Che Salmah telah menghalau Mika. Azlan terus memarahi Che Salmah . RUhila juga mmearahi Che Salmah dan menyuruh Che Salmah keluar dari rumah tersebut. Che Salmah terkejut dan dia mengugut Ruhila untuk membocorkan rahsia yang Mika bukan anak Azlan.
Ruhila tidak kisah dengan ugutan Che Salmah kerana dia mengakui dia sendiri sudah penat untuk menyimpan rahsia tersebut. Tapi jika Che salmah memberitahu Azlan , Che Salmah akan kehilangan segalanya termasuk dirinya. Che Salmah terdiam dan hanya mampu menahan kemarahan nya terhadap Ruhila dan Azlan.
Ketika Mika sedang tidur , Ean melihat wajah Mika . Dia yakin Mika anaknya kerana wajah Mika seiras dengan Ean. JUweta juga hairan mengapa Azlan boleh tak sedar yang Ean langsung tak seiras dengan nya.Ean rasa sangat seronok mendekatyi mika hingga dia rasa tak mahu pulang. Juweta meminta Ean pulang kerana dia risau jika mereka ditangkap basah sedangkan dia masih isteri orang.
Azlan tak mampu melelapkan mata. Dia teringat renungan Ruhila pada Ean tadi. DIa dapat merasakan sesuatu antara Ean dan Ruhila. Azlan teringat ketika malam pertma mereka berkahwin, Ruhila nampak sedih dan muram. Tapi Ruhila mengatakan dia ikhlas berkahwin dengan Azlan . Azlan emmujuk dirinya sendiri. Dia yakin Ruhila tak kan melakukan sesuatu dibelakngnya. Ruhil sudah menjadi isterinya.
Ruzita sengaja membuatkan Azlan curiga apabila memberitahu yang sekarang Ean sudah muncul dan ianya mungkin sukar buat Azlan. Ruzita mnecadangkan agar Ruhila dan Azlan untuk mempunyai anak kedua. Mungkin dengan kelahiran anak kedua akan membuatkan keadaan kembali baik.
Ketika bersarapan Ruhila memberitahu Azlan yang ibunya sudah tiada dirumah. Dia fikir tentu Che Salmah sudah pulang kerumah lamanya. Ruhila tiba-tiba memberitahu Azlan yang dia mahu menarik kembali perintah mahkamah untuk meghalang Mika dari berjumpa Juweta. Selepas apa yang berlaku semalam dia mahu kompromi dengan juweta. Diatak mahu bergaduh dengan Juweta kerana ianya tak baik untuk Mika.
Dia memberitahu Ruhila yang Ruhil suka membuat keputusan tanpa berbincang dengan nya sedangkan Mika juga anaknya. Kata-kata Azlan membuatkan Ruhila terdiam.
Che Salmah balik semula kerumah lamanya. Dia marah kepada Ruhila dan meminta Hakim melakukan sesuatu. Che Salmah sangat marah dengan Ruhila. Jika dia tahu Ruhila akan menjadi anak derhaka mahu sahaja dia membiarkan sahaja Ruhila didalam perutnya. Kemudian, diaakan tarik ruhila keluar dan memicit2 hingga ruhila jadi biru dan memasuk kan Ruhila semula ke dlam perutnya.
Hakim meminta Che Salmah bersabar dan kembali semula dirumah tersebut dan berpura-pura baik dengan Azlan, Ruhila dan Mika. Che Salmah menolak kerana dia tak boleh berpura-pura. Hakim merayu kerana dia mahu rancangan nya dan Che Salmah berjaya.
Bersambung,.
Pelakon
Nad Zainal - Juweta
Nazim Othman - Azlan
Elvina Mohamad - Ruhila
Alvin Chong - Ean
Isaac Iman - Mika
Didie Alias - Che Salmah
Uchee Fukada - Kak Jo
Iman Suhana - Ruzita
Muaz Fitri Maslan - Hakim
Soundtrack Takdir Yang Tertulis
Karma - Kaka Azraf dan Jazz
0 Ulasan
sila tinggalkan komen anda...:)