Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 11

 TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 11 Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan DidiAlias



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 11

Ean bertanyakan khabar Ruhila. Ruhila tak mahu Ean bertanya tentangnya. Dia berjumpa dengan Ean untuk berbincang tentang Mika. Bukan untuk bertanya khabar, Ruhila ingin pulang tapi Ean menarik Ruhila. Ean menjelaskan yang mereka akan menentang Ruhila dengan mempertikaikan Ruhila dan Azlan yang pernah membuang Mika.

Ean Mahu Ruhila menarik semula tuntutan untuk menghalang Juweta bertemu Mika. Ean mahu Ruhila kesiankan Juweta. Ruhila menolak kerana Mika adalah anaknya bukan anak Juweta.

Sebelum Ruhila pulang Ruhila bertanya mengapa Ean ingin membantu Juweta. Ean mengatakan yang dia bukan membantu Juweta tapi dia mahu Ruhila kembali mencari cintanya dahulu. Ean tahu Ruhila masih mencintainya. Ruhila terus menampar Ean dan memberi peringatan yang dia sudah menjadi isteri orang. Ruhila juga tidak mahu bersama Ean kerana Ean pernah curang. Ean terkejut kerana dia tidak pernah curang pada Ruhila.

Mika sudah bersiap untuk kesekolah. Tapi Ruhila memujuk Mika supaya tidak pergi kesekolah. Ruhila memujuk yang dia akan mencarikan sekolah baru untuk Mika. Mika tetap mahu kesekolah. Perangai Mika membuatkan Azlan naik angin dan Mika terus berlari naik ke biliknya. Belum sempat Ruhila mengejar Mika Azlan bertanya kemana Ruhila pergi malam tadi. Ruhila menjawab yang dia senagaja keluar mengambil angin.



Juweta menghubungi sekolah Mika. Dia ingin bercakap dengan Mika. Guru Mika memberitahu yang dia dilarang untuk memberi kebenaran pada Juweta untuk bercakap dengan Mika. Juweta mula naik angin dan memarahi guru Mika. Ean masuk kedalam rumah dan merampas telefon dari Juweta. Ean meminta maaf pada guru mika dan mematikan panggilan telefon. Ean memujuk Juweta agar jangan melakukan sesuatu yang boleh digunakan Azlan dan Ruhila untuk menentangnya.

Juweta bertanya pada Ean apakah niat sebenar Ean membantunya. Adakah benar2 untuk membantu Juweta atau untuk rapat dengan Ruhila. Ean menjawab yang dia benar-benar ingin bantu Juweta. Dalam hatinya dia hanya ingin mendapatkan Ruhila kembali.



Sejak mendapat panggilan dari pengawal keselamatan malam tadi, Azlan mula mengesyaki Kak Shima. Dia bertanya pada Kak Shima tentang komputernya yang terbuka pada malam tadi. Kak Shima mula risau takut Azlan tahu tentang niatnya untuk mengambil rakaman cctv. Kak Shima memberi alasan yang dia mahu memasang CCTV dirumahnya kerana terlalu banyak kes kecurian. Kak Shima terus meminta izin untuk meneruskan kerjanya.

Mika masuk ke dapur untuk mencari makanan. Tiba-tiba cHe Salmah muncul di depan pintu dapur dan mencekik Mika. Mika menjerit dan berlari keluar dari rumah. Che Salmah gembira kerana Mika keluar dari rumah tersebut. Che Salmah memberi tahu Hakim yang Mika sudah keluar dari rumah., Hakim mula pening memikirkan tindakan Che Salmah yang tidak memikirkan kesan nya pada mereka.

Ean menghubungi Ruhila untuk bertemu. Sebaik berjumpa Ean Ruhila memberitahu Ean yang dia tak kan menyerahkan Mika. Ean mencadangkan Ruhila duduk berbincang dengan Juweta. jUweta masuk ke cafe dan memberitahu Ruhila yangd ia mahu berbincang secra baik dengan Ruhila.Ruhila tak saggup bertentang mata dengan Juweta.

Juweta bertanya mengapa Ruhila berkahwin dengan Azlan sedangkan dahulu Ruhila memberitahu yang dia tidak sukakan Azlan. Ruhila memberitahu yang ianya mungkin kerana jodoh. Ruhila memina maaf atas apa yang terjadi dan dia tiada niat untuk merampas Azlan dari Juweta. Juweta hanya tertawa mendengarkan alasan. Ruhila menjelaskan lagi yang dia hanya mahu mendekati Mika. Kerana terpaksa dia lakukan semua ini.



Juweta bertanya pada Ruhila adakah perkahwinan Ruhila dan Azlan atas dasar cinta ataupun Ruhila mempunyai rahsia yang disimpan. Ruhila bingkas bangun ingin meninggalkan Juweta. Juweta sempat berpesan pada Ruhila yang walau apapun yang terjadi dia tetap mahukan Mika. Mika adalah hak nya.

Ruhila masuk kedalam kereta. Ean menahan dan mengajak Ruhila minum bersamanya. Ruhila menolak tapi Ean tetap mengajak Ruhila untuk minum bersamanya. 


Ketika minum bersama Ean , Ean memujuk Ruhil untuk memberi Mika pada Juweta. Juweta akan mengesyaki laporan DNA Mika. Ruhila terkejut dan mula mengelabah bila Ean memberitahu tentang DNA mika. Ruhila berkeras yang Mika anaknya dan Azlan. 

Hakim datang menemui Azlan di pejabat. Hakim memberitahu Che Salmah meminta saham nya dipindahkan keatas nama Ruhila. Azlan terkejut dan bertanya mengapa ? Azlan mula naik marah kerana selama ini dia hanya mengikut kata Che Salmah. Dan sekarang Che Salmah mahukan saham nya untuk diberikan pada Ruhila. Azlan memesan pada Hakim agar memberitahu Che Salmah yang Che salmah tak lama lagi akan mati dan semua saham tu tak kan boleh di bawa ke kubur.

Ean memberitahu Juweta yang Ruhila berkahwin dengan Azlan demi menyelamatkan maruahnya. Azlan hanya pak sanggup. Ean tahu segalanya apa yang terjadi pada Ruhila , Azlan dan mika. Juweta terkejut dengan penjelasan Ean..

Bersambung...

Pelakon 


Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang tertulis Episod 11




Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)