Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 10

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 10Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan DidiAlias


Sinopsis Takdir Yang tertulis Episod 10

Ean bertemu dengan Azlan dan mencadangkan agar Azlan menyerahkan semula segala milik Juweta yang diambil oleh Azlan jika tak mahu Juweta membawa perkara tersebut ke mahkamah. Azlan bertanya sama ada Ean lakukan semua ini untuk membalas dendam kepadanya kerana Ruhila berkahwin dengan Ean. Azlan bertegas tak kan sesekali memberi Mika kepada Juweta.

Juweta datang ke sekolah Mika dan bertemu dengan Mika. Mika ingin mengikut JUweta. Tapi bila mengenangkan nasihat Ean agar Juweta tidak bertemu Mika, Juweta membatalkan hasrat nya.Dia tak mahu peluang untuk mendapatkan semula Mika ggaal disebabkan kesilapan nya.

Ruhila datang ke sekolah untuk mengambil Mika.Ruhila mencari Mika dan menemui guru Mika di dalam bilik kelas. Guru Mika mengatakan yang Mika sudah diambil oleh Juweta. Ruhila yang mendengar perkara tersebut sangat terkejut dan cepat-cepat berlari keluar menuju ke kereta. Dia menghubungi Azlan dan memberitahu yang Juweta sudah mengambil Mika. Dia menyalahkan Azlan atas semua yang berlaku.

Azlan menghubungi Ean dan memberia amaran agar Juweta mengembalikan Mika pada Nya. Ean terus menelefon Juweta keran dia tahu Ean tentu sudah tahu yang dia sedang bersama Mika. MIka bertanya pada Juweta betulkah yang dia bukan anak sebenar Juweta. Juweta berterus terang pada Mika yang Ruhila adalah ibu yang melahirkan nya. Mika juga bertanya mengapa Ruhila tidak menjaga nya ketika kecil. Juweta cuba membuat Mika faham walaupuntahu sukar untuk Mika memahaminya. Tapi satu hari nanti Mika tentu akan faham semua yang berlaku.

Dirumah Che Salmah memaksa Azlan dan Ruhila agar menyerahkan Mika pada Juweta. Ruhila bertegas yang dia tak kan menyerahkan Mika pada Juweta.Ruhila 



Ean menghantar Mika pulang ke rumah. Mika bertegas tak mahu keluar dari kereta. Azlan memaksa Mika keluar dari kereta. Dia memarahi Mika kerana keluar dengan orang yang tidak dieknali. Juweta sangat marah dengan kata-kata Azlan . Dia keluar dan memarahi Azlan dan juweta yang tergamak membuang anak kecil mereka dahulu dihadapan masjid. Waktu itu dia lah yang membesarkan mika dan bukan Mika sahaja, dia juga yang memberi azlan makan. Azlan dan Ruhila terdiam mendengar kata-kata Juweta.




Mika bertanya pada Ruhila betulkah Ruhila adalah ibu kandungnya. Jika benar mengapa Ruhila tergamak membuangnya didalam hujan. Che Salmah yang mendengar pertanyaan Mika terus ketawa terbahak-bahak. Ruhila dan Azlan hanya mampu terdiam.

Hakim mencadangkan agar Ruhila dan Azlan menghalang MIka keluar dari rumah. Dia juga tak mahu Azlan dan Ruhila menghantar Mika ke sekolah. Azlan dan Ruhila tak mahu mengikut cadangan gila dari Hakim. Che Salmah pula terus mendesak agar mereka menghantar MIka pada Juweta. Azlan mula serabut dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tak mahu kalah pada Juweta.

Azlan berbincang dengan Ruhila tentang Mika. Dia rasa cadangan hakim supaya Mika tidak dihantar kesekolah adalah sesuatu yang tepat. Ruhila terkejut dengan keputusan Azlan tapi dia terpaksa akur kerana dia tak mahu Juweta bertemu dengan Mika. 

ketika makan malam Azlan bertegas dan melawan Che Salmah yang suka masuk campur urusan rumahtangga nya. Che Salmah sangat terkejut kerana selama ini dia hanya mengikut kata Che Salmah. Tindakan Azlan melawan Che salmah membuatkan Ruhila dan RUzita tersenyum kerana berjaya mematahkan kata-kata Che Salmah.

Kak Jo dan dan kawan-kawan nya cuba menyelinap masuk ke dalam pejabat Azlan. Mereka ingin memeriksa rakaman cctv untuk mendapatkan bukti komplot jahat Azlan bersama Hakim dan Che Salmah. Pengawal keselamatan yang memeriksa pejabat mendapati Pc milik Azlan terbuka. Dia menghubungi Azlan. Azlan hanya meminta pengawalkeselamatan menutup pintu pejabat dan menguncinya.



Azlan yang sedang tidur terjaga apabila menyedari Ruhila tidak ada di dalam bilik. Dia keluar mencari Ruhila . Ruhila sebenarnya keluar bertemu Ean. 

Bersambung.....




Pelakon 


Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang tertulis Episod 10

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)