Advertisement

ads

PENYANYI AKUI SUDAH MURTAD DAN ANUTI YAHUDI CETUS KEMARAHAN NETIZEN

Seorang penyanyi Kuwait mencetuskan kemarahan minggu ini setelah dia mengumumkan dia telah meninggalkan agama Islam dan menganut agama Yahudi.

Ibtisam Hamid, yang lebih dikenali sebagai Basma Al-Kuwaiti, menyiarkan video dimedia sosialnya yang mendakwa dia telah meninggalkan Islam dan memeluk agama Yahudi  kerana "lebih toleransi" terhadap hak-hak wanita.




"Saya Ibtisam Hamid, juga dikenali sebagai penyanyi Kuwait Basma Al-Kuwaiti. Saya menyatakan diri saya murtad dari Islam," kata Al-Kuwaiti dalam sebuah video yang kini menjadi viral.

Dalam video tersebut dia mendakwa Islam adalah agama keganasan dan agama kemunafikan yang menghina wanita, menindas dan tidak memberikan mereka hak sepenuhnya dan dia dengan  bangga mengatakan bahawa dia seorang yahudi

Basma Al-Kuwaiti mengecam keluarga Al-Sabah yang berkuasa di Kuwait kerana enggan menormalkan hubungan dengan Israel.



Ini adalah kontroversi terbesar bagi penyanyi tersebut. Pada tahun 2018 dia pernah mendakwa bahawa, menurut Islam muzik dilarang dan dia meminta petunjuk Tuhan mengenai isu ini.

Dia juga mengaku pernah menjadi antara sepuluh pelajar sekolah menengah teratas di Kuwait kerana menghafal Al-Quran.



Sejak video tersebut viral, media mula melaporkan wanita ini sebenarnya bukan warganegara Kuwait. Ibunya seorang warganegara Kuwait tapi mengikut undang-undang  warganegara si ibu tidak akan diwarisi oleh si anak.Laporan tersebut menambah bahawa Basma Al-Kuwaiti tidak lagi tinggal di Kuwait.

Dia sebelumnya pernah meminta kewarganegaraan Kuwait tetapi ditolak.

Basma Al-Kuwaiti dituduh memeluk agama Yahudi sebagai aksi publisiti berikutan kontroversi dan perhatian netizen terhadap Muhammad Al-Mu'min pada bulan lalu yang mendedahkan bahawa dia sekarang menganut Kristian.

Basma Al-Kuwaiti memperoleh beberapa sokongan untuk dia memeluk agama Yahudi di Twitter dengan beberapa komen mengatakan dia harus bebas memilih kepercayaannya sendiri.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Allahu.. Nauzubillahiminzalik..

    BalasPadam
  2. Istigfar saja yg mampu, semoga hati kita takkan pernah berpaling dari sang Pencipta.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)