Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 9

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 9Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi



Sinopis Melastik Ke hatimu Episod 9

Haura bersyukur kerana dijodohkan dengan Ziyyad. Dia berterima kasih kepada ayahnya yang menjodohkan nya dengan Ziyyad. Cuma Haura tidak biasa untuk memanggil Ziyyad, abang. Ziyyad tidak kisah kerana dia faham dengan keadaan Haura. 

Naim masih kecewa kerana Haura sudah mungkir janji. Dia masih belum boleh melupakan Haura. Dia tak kan mengalah dan yakin mampu mendapatkan haura semula.

Haura berpesan pada Ziyyad supaya jangan memberikan wang pada Mak Limah.Dia tak suka Ziyyad memberikan wang kepada mak Limah tanpa pengetahuan nya. Tapi Ziyyad tak kisah kerana dia menganggap Mak Limah seperti ibunya sendiri.

Naim mula di kejar ahlong. Naim meminjam wang sebanyak rm30 ribu.Perkara tersebut diketahui Ziyyad yang ternampak Naim di pukul ahlong. Ziyyad bertemu dengan Naim dan naim meminta Ziyyad supaya menolongnya. Ziyyad memberikan satu syarat kepada Naim. Dia memberi amaran pada naim supaya jangan mengganggu Haura lagi. Naim angguk setuju.

Ziyyad yang sedang mengesyaki niat buruk ibu tirinya meminta Lokman untuk menyiasat latar belakang isteri baru ayahnya itu.Mengikut sisatan Lokmat, ibu tirinya itu bernama sofia dan seorang janda anak 4. 


Namun malangnya Sofia dan ayah Ziyyad kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.Lokman mengajak kekuarga Ziyyad berbincang. Lokman mendedahkan yang Sofia berkahwin dengan ayah Ziyyad kerana ingin merampas harta kelurga Ziyyad . Sofia berdendam dengan ibu Ziyyad.

lebih mengejutkan lagi ayah Ziyyad sanggup menyerahkan semua hartanya kepada anak sulung Sofia. Ziyyad dan ibunya terpaksa keluar dari banglo mereka dan kilang yang dibawah pengurusan Ziyyad bukan lagi milik Ziyyad.

Ziyyad membawa ibunya tinggal bersamanya dan Haura. Ziyyad risau jika Haura tidak selesa dengan keadaan mereka sekarang. Haura menjelaskan yang dia tidak kisah walaupun mereka hidup susah. Dia sendiri bukan dari keluarga yang kaya raya.

Ziyyad akan memulakan perniagaan baru dengan bantuan Lokman. Dia membeli sebuah pasaraya dan sama-sama mengusahakan pernigaan nya bersama haura.Haura kesian melihat Ziyyad dan menyuruh Ziyyad mengupah pekerja untuk membantu Ziyyad. Tapi Ziyyad menolak kerana yakin dia mampu mengusahakan perniagaan nya sendiri.

Secara tidak sengaja Ziyyad bertemu semula dengan anak dan bekas isterinya. Ziyyad memang sudah lama merindui anak perempuan nya, Inara. Kedatangan bekas isteri nya untuk meminta maaf kerana masa lalau mereka. Dia juga mahu Inara tinggal bersama Ziyyad.

Haura sangat cemburu sebaik mengtahui yang Ziyyad menemui bekas isterinya. kedatangan inara juga membuatkan haura tidak selesa. 

Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida

Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 9

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)