Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 7 DAN 8

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 7 DAN 8Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi



Sinopsis Melastik ke Hatimu Episod 7 dan 8

Haura sangat marah kerana disebabkan naim yang beriya-iya ingin menghantarnya , Ziyyad ternampak mereka berdua-duaan dihadapan rumah. Ziyyad masuk ke dalam bilik dan hampir-hampir terlanggar dengan Haura yang mundar mandir kerisauan. Ziyyad sengaja mengusik Haura tapi haura mengelak dan dan tak mahu melayan karenah Ziyyad.

Ketika ke dapur Ziyyad melihat ibu mertuanya belum tidur. Mak Limah mula membuka cerita tentang dapurnya yang sempit. Ziyyad bertanya sama ada ibu mertuanya ingin perbesarkan bahagian dapur tapi mak limah memberi alasan duitnya belum cukup.Ziyyad memberitahu yang dia akan mencarikan kontraktor untuk kerja-kerja ubah suai dapur.Mak limah sangat teruja dan gembira mendengarnya. Mak Limah memberitahu jiran-jiran tentang Ziyyad yang sangat baik dan tak kedekut menghulurkan bantuan padanya.

Ketika waktu makan tengahari Haura keluar berdua dengan Naim. Naim memberitahu yang duit hantaran nya sudah cukup. Haura mula risau kerana dia ibu dan ayahnya sangat menyukai Ziyyad. yahnya sendiri mengakui Ziyyad seperti anak lelakinya. Tak seperti menantu. Ziyyad sanga baik melayan nya dan Mak Limah. Haura tahu ibu dan ayahnya sangat sayangkan Ziyyad.

Haura dan ayahnya mendapat tahu tentang Rancangan Ziyyad untuk membesarkan dapur. Haura mula tak senang mendengar rancangan Ziyyad. Haura 


Kesihatan ayah haura semakin teruk. Mak Limah mul risau jika sesuatu berlaku pada suaminya. Dia perlu cepat-cepat menukar nama tanah dan semua harta suaminya  kepada namanya sendiri. Dia tak mahu dipandang rendah oleh orang kampung.

Naim datang ke rumah Ziyyad dan haura. Ketika Haura sedang membuang sampah muncul Naim di belakang Haura. Haura memberitahu yang suaminya ada di dalam dan Naim tak boleh datang ke sini. Naim tak kisah kerana yang penting Haura setia pada nya. Naim memberikan cincin kepada Haura. Haura menolak walaupun Naim cuba menyarungkan cincin ke jarinya. Haura menyuruh Naim pulang dan jangan datang berjmpanya di rumah.


Haura dan Ziyyad mendapat tahu yang ayahnya masuk hospital. Mereka segera ke hospital. Sewaktu sampai ke hospita Haura bertemu dengan kakaknya. Faida memberitahu yang dia sedang hamil. Haura kecewa dengan kaka dan mak Limah yang kurang mengambil berat tentang ayahnya.

Haura menghubungi Ziyyad dan menyatakan kerisauan nya terhadap kesihatan ayahnya. Ziyyad memujuk Haura agar jangan risau dan dia akan pulang nanti. Haura meminta izin untuk pergi ke hospital bersama Nadim.

Naim masih menghubungi Haura. Haura mula rasa rimas dengan Naim dan dia mula rasa menyampah. Ditambah dengan masalah kesihatan ayah membuatkan Haura tak mahu ambil tahu tentang Naim.Sebenarnya Haura sudah mula menerima sedikit demi sedikit Ziyyad dalam hidupnya.


Mak Limah mula mencari dokumen-dokumen tanah milik suaminya. Dia menyuruh fatin membantunya untuk menukar penama harta milik suaminya. 

Ziyyad ternampak Haura berbual dengan Naim. Didalam kereta Ziyyad memberitahu yang dia betul-betul sayangkan haura walauoun dia tahu dalam hati haura belum ada dirinya. Dia berharap haura dapat memberinya peluang satu hari nanti. 

Haura keluar dari kereta dan tanpa sengaja dia tertinggal telefon nya di dalam kereta. Telefon berbunyi dan Ziyyad mengangkat paggilan dari Naim. Ziyyad memberi amaran pada Naim agar jangan menghubungi Haura kerana Haura sudah emnyampah dengan Naim. Naim sangat marah mendengar kata-kata Ziyyad.

Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida

Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 7


Tonton Melstik Ke Hatimu Episod 8 

Catat Komen

0 Ulasan