Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 13 AKHIR

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 13Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi



Sinopsis Melastik Ke Hatimu Episod 13 

Ketika sedang berjalan keluar dari bank Mak Limah telah di ragut. Habis wang Mak Limah yang baru dikeluarkan lesap di ambil peragut. Selepas kejadian tersebut ayah Haura sempat menasihatkan Mak LImah agar berubah kerana ini mungkin pembalasan dari Allah kerana sikap tamak Mak Limah. 

Mak Limah sangat sedih kerana impian nya untuk ke Mekah tidak tercapai. Faida memujuk Mak Limah. Faida menghubungi Ziyyad dan meminta Ziyyad mengajak Haura balik. Ziyyad memujuk haura agar pulang menjenguk Mak Limah. Ziyyad meminta Haura membayangkan jika sesuatu terjadi kepada Mak Limah sewaktu di ragut. Tentu Haura akan menyesal. Haura terdiam seakan bersetuju dengan kata-Kata Ziyyad.

Mak Limah yang cedera di tangan tak mampu menyuap makanan. Mujur lah suaminya sangat bersimpati padanya dan menyuap makanan ke mulut Nya. Mak Limah tersentuh dan mula menyedari kesilapan nya dan menyusahkan suaminya itu. Mak LImah terun memohon ampun dan maaf pada suaminya.



Haura pulang ke rumah Mak Limah atas nasihat Ziyyad. Mak Limah meminta maaf pada Haura dan Ziyyad atas segala kesilapan nya mengabaikan perasaan haura dan melebihkan Fatin. Mak Limah menangis menyesal atas segala perbuatan nya. Haura juga meminta maaf kerana tidak pulang dan marah kepada Mak Limah.

Ayah Haura berbincang dengan Jefry mengenai tanah yang Jefry dan Fatin ambil. Menurut Jefry dia ingin membuat rumah sewa diatas tanah tersebut. Ayah Haura langsung tak percayakan Jefry walaupoun Jefry berjanji berbagai perkara padanya. Jefry mula dapat merasakan yang bapa mertuanya itu tidak mempercayainya.

Haura berbulan madu bersama Ziyyad. Sewaktu berbulan madu Haura berterus terang dengan Ziyyad yang dia lah yang memerangkap Hilman dan Natasya sehingga tertangkap basah. Ziyyad pula mengakui yang dia membayar semua hutang Naim johari supaya Naim dapat pegi jauh dari Ziyyad dan haura.


 


Ketika sedang berbulan madu Haura berasa tidak sedap badan. Haura berasa loya dan muntah-muntah. Ziyyad  tahu yang Haura sedang hamil.Haura mengajak Ziyyad ke klini untuk dia melakukan pemeriksaan untuk mengesahkan kehamilan nya. Rupanya Haura sudah 3 bulan hamil.

Mak LImah yang sedang berbual di telefon dengan Inaya mula ditegur Fatin yang tidak suka melihat kemesraan Inaya dan Mak LImah. Mak LImah menyuruh Fatin berhati-hati bila berkat-kata kerana Inaya juga adalah cucunya. Mak Limah tak mahu Haura mendengar kata-kata Fatin tambahan pula Haura sedang hamil.



Fatin menegur sikap Jefry yang kerap memberi alasan outstation. Fatin mula curiga dengan Jefry. Jefry cuba meyakinkan Fatin tapi Fatin tjelas mula curiga dengan jefry.

Ketika sedang makan tiba-tiba haura terjatuh . Mak Limah segera menghubungi Ziyyad dan menyuruh Ziyyad segera pulang. Haura dikejarkan ke hospital dan dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Fatin pula sudah mengetahui yang Jefry rupanya seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak. Nadim lah menyiasat latar belakang Jefry. Fatin meminta maaf pda ahli keluarganya dan mengembalikan geran tanah pada ibu dan ayahnya. 2 lagi geran tanah milik keluarga nya habis di ambil jefry. Semua ahli keluarga memafkan Fatin dan berharap fatin tidak mengulangi lagi kesilapan nya.

Mak Limah dan suaminya pula diajak untuk menunaikan Umrah oleh Faida dan suaminya. mereka sangat gembira dan teruja..

Tamat.


Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida

Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop 

Tonton Online Melastik Ke Hatimu Episod 13 Akhir

Catat Komen

0 Ulasan