Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 12

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 12Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi


Sinopsis Melastik Ke Hatimu Episod 12 

Mak Limah mula mencanang yang dia bakal menunaikan umrah . Dia juga memuji-muji Jefry . Percaya sungguh Mak Limah pada menantu barunya. 

Sejak ternampak Haura melihat Facebook Naim , Ziyyad mula melayan Haura dengan Dingin. Haura tak tahu kenapa Ziyyad bersikap dingin padanya. Haura mula membuka facebook. Sebaik dia membuka Fb tertera profile Naim Johari. Haura dapat meneka tentu Ziyyad cemburu dan salah sangka dengan nya.

Haura menghantar makanan sambil disertakan nota untuk Ziyyad. Dia cuba untuk memujuk Ziyyad. Tapi Ziyyad sengaja tak mahu melayan pujukan Haura.

Nadim datang kerumah Haura untuk berbincang tentang tanah yang sudah menjadi milik Mak Limah. Mereka risau Jefry akan mempergunakan tanah milik Mak limah untuk dirinya sendiri. Nadim dan Haura mula curiga dengan Jefry.



Fatin pula sangat percaya dengan jefry. Dia yakin Jefry seorang lelaki yang kaya, baik dan sangat sayangkan nya. Fatin mula merancang untuk membeli jubah dan segala persiapan untuk ke Mekah. Dia juga sudah mengatur masa untuk mak Limah menukar nama diatas geran tanah milik Mak Limah kepadanya.

Faida menasihatkan Fatin supaya jangan membolot tanah Mak Limah. Dia tak mahu Fatin mengambil kesempatan pada Mak Limah. Dia mahu Fatin berbuat baik pada ibu mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa. Fatin yang mendengar kata Faida berasa sangat marah dan tidk mengakui perbuatan buruknya.



Haura berjumpa Ain untuk bertanyakan cara bagaimana cara untuk memujuk Ziyyad. Ain memarahi Haura kerana masih sibuk mencari tahu tentang Naim. Haura dan Inaya merancang sesuatu untuk membuatkan Ziyyad berbaik dengan Haura semula. 

Haura pura-pura terjatuh . Inaya kemudian nya cepat2 menelefon Ziyyad dan memberitahu yang Haura terjatuh. Ziyyad segera pulang kerumah kerana risaukan keadaan Haura. Sampai dirumah dia melihat Haura terbaring di lantai. Ziyyad menangis dan memanggil-manggil Haura dengan rasa sedih. Tiba-tiba Haura bangun dan ketawa melihat Ziyyad.

Haura memohon maaf pada Ziyyad kerana melihat profile facebook Naim.Haura memberitahu yang dia sebenarnya risau kerana Naim pernah meminjang wang sebanyak rm30 ribu dari ceti haram. Dia risau jika ceti haram tersebut membunuh naim. Kerana itu lah dia risau. BUkan kerana dia masih cintakan Naim.


Ziyyad bertanya pada Haura mengapa Haura membeli Pil kesuburan melalui Online. Haura memberitahu keinginan nya untuk menimang cahaya mata. Ziyyad menasihatkan haura agar jangan membeli sebarangan ubat. dan lebih baik jika Haura mendapatkan nasihat dari klinik atau hospital.

Jefry mengajak Mak Limah mengadakan kenduri sebelum mereka ke mekah.Berbagai rancangan jefry untuk meyakin kan Mak Limah dan Fatin agar percaya padanya. Dia juga berjanji segala urusan akan ditanggung perbelanjaan olehnya sendiri.




Faida mengajak Haura pulang kerumah. Haura menjelaskan yang dia tidak mahu pulang kerana layanan Mak LImah padanya dan Ziyyad sangat berbeza. Dia juga terkilan kerana Mak Limah sanggup menukar nama geran tanah kepada nama Fatin seolah-oleh hanya fatin sahaja anaknya sedangkan Nadim juga anak lelakinya. Haura mahu mak Limah sedar tentang kesilapan nya.

Ketika sedang bersarapan bersama Ziyyad mengajak Haura balik kerumah bertemu ibu dan ayah haura. Ziyyad menasihati Haura agar berbaik dengan Mak Limah. Lagipun dia kesian pada ayah mertuany yang sudah lama merindukan Ziyyad dan haura.

Ziyyad dan Haura pulang kerumah Mak Limah pada hari kenduri diadakan. Mak Limah tak habis-habis memuji-muji Jefry didepan tetamu-tetamu. 

Ziyyad memberitahu Haura yang dia tak kisah Mak Limah memandang rendah padanya. Tapi haura merasakan Mak limah tak sepatutnya membeza-bezakan menantu-menantunya. Ziyyad mahu Haura tetap menghormati Mak LImah kerana Mak LImah tetab ibunya.

bersambung..

 

Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida

Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop 

Tonton Online Melastik Ke Hatimu Episod 12


Catat Komen

0 Ulasan