Advertisement

ads

MELASTIK KE HATIMU EPISOD 10 - 11

 MELASTIK KE HATIMU EPISDO 10 - 11Bermula 21 Januari 2021 drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee akan disiarkan di Tv3 jam 9 malam. Drama arahan Azmi Hatta ini turut dibintangi oleh Norman hakim , Wani Kayrie dan ramai lagi



Sinopsis Melastik Ke hatimu Episod 10 -11

Kehadiran Inaya membuatkan Haura sedikit kekok untuk menjadi seorang ibu. Dia tidak biasa dengan kanak-kanak. Tapi dia berusaha untuk menjadi seorang ibu yang baik. Ziyyad mengucapkan terima kasih pada Haura kerana cuba untuk menjadi ibu yang baik pada Inaya walaupun Ianaya bukan anak kandungnya.

Anis berjumpa dengan Ziyyad dan berbincang tentang Inaya. Anis ingin Ziyyad terus menjaga Inaya kerana dia mendapat tawaran sebagai pramugari Saudi Airline. 

Hubungan Inaya dan Haura semakin rapat. Haura sudah boleh menerima kehadiran Inaya dalam rumahtangga mereka. 

Sementara itu Mak Limah sudah merancang untuk menjodohkan Fatin dengan seorang Jefry tapi suaminya seperti tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Dia seolah-olah tidak mempercayai lelaki tersebut. Lagipun Fatin masih muda dan perlu belajar untuk menguruskan rumahtangga.

Jefry datang bertemu dengan keluarga Fatin untuk berkenalan dengan keluarga fatin. Pertama kali bertemu fatin ayahnya makin curiga dengan Jefry. Jefry agak berusia dan nampak seperti suami orang. 



Natasya datang ke pasaraya Ziyyad. dia meminta no tel Ziyyad dari salah seorang pekerja Ziyyad. Rancangan nya untuk memiliki Ziyyad nampaknya belum terhapus. Dia mahu merampas Ziyyad dari Haura. Dia mula mengatur rancangan untuk memrangkap Ziyyad. Rancangan nya didengari oleh Naim yang berada disitu.



Cerita natasya yang ingin memerangkap Ziyyad sampai ke telinga Haura.Naim memberitahu Ain dan Ain memberitahu pada Haura.  Haura mula merancang sesuatu agar natasya tak dapat meneruskan rancangan Natasya.


Natasya menyangkakan lelaki yang sedang menunggunya didalam bilik ialah Ziyyad tapi sebenarnya lelaki tersebut ialah Hilman,  seorang pekerja di kilang yang sudah lama meminati Natasya. Sebaik Natasya masuk Haura dan Ain menghubungi pejabat agama. Natasya akhirnya terperangkap dalam jeratnya sendiri. Haura dan Ain bersorak gembira melihat Natasya dibawa oleh orang dari pejabat agama.

Ayah Haura semakin pulih berkat dari usaha Ziyyad menghantar nya ke pusat fisioterapi. Fatin dan Jefry juga sudah selamat diijabkabulkan. Jefry selalu berbual tentang kerjanya yang seolah-olah gah dan mak Limah pula akan teruja mendengarnya.

Selepas sesi fiso Ziyyad membawa ayah haura pulang kerumahnya. Ayah Haura memberikan
geran tanah kepada Ziyyad agar Ziyyad dapat mengembangkan perniagaan nya. DIa mahu Ziyyad menggunakan nya untuk perniagaan Ziyyad dan tak mahu geran tanah tersebut jatuh ke tangan Mak Limah dan Fatin lagi.



Jefry merancang untuk menghantar Mak Limah menunaikan haji. Fatin sangat teruja dengan cadangan suaminya itu. Mak Limah juga dah tak sabar-sabar nak mendapat gelaran hajah. Mak Limah juga sudah bersetuju menukar nama geran tanah kepada nama Fatin gara-gara termakan janji manis Jefry yang akan menghantar nya ke mekah. 

Haura pula tak sabar untuk mengandung. Dia rasa tercabar dengan kata-kata mak Limah yang selalu bercakap mengenai anak.

bersambung...






Pelakon :

Janna Nick - Haura Annisa

Andi Bernadee - Ziyyad

Afifah nasir - 

Wani Kayrie - Fatin

Puteri Sarah Liyana - Faida

Soundtrack Drama Melastik Ke hatimu

Pencinta Setiamu - Usop

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 10 

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 11



Catat Komen

0 Ulasan