Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 9

MARRY ME SENORITA EPISOD 9Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama.


Sinopsis Marry Me Senorita Episod 9 

Hans sudah siap untuk keluar. Aisyah bertanya mengapa Hans kerap keluar sejak akhir-akhir ini. Apakah yang Hans rahsiakan darinya.Hans tak mahu Aisyah berfiukir yang bukan-bukan. Dia memberitahu ada perkara yang ingin dibincangkan dengan junior nya sewaktu belajkar dahulu. Hans terus keluar tanpa sempat Aisyah menghulur kan tangan untuk bersalam.
Isa mengucapkan terima kasih kepada Sofiya atas hadiah yang diberikan. Sofiy juga mengucapkan terima kasih kerana Isa sanggup berubah deminya. Dia berjanji akan menyokong apa sahaja yang Isa lakukan.
Telefon Sofiy berbunyi. Hans menghubunginya. Sofiy menjawab panggilan Hans jauh dari Isa. Dia tak mahu Isa salah sangka. Hans menyuruh Sofiy keluar sebentar untuk bercakap dengan Sofiy. Sofiy terpaksa keluar untuk berjumpa Hans. Sebaik Sofiy keluar Hans memberitahu dia datang untuk meminta maaf pada Sofiy kerana Sofiy tak bahagia disebabkan dirinya. Dia juga memberitahu Tina sudah menceritakan semua tentang Sofiy dan Isa padanya.
Sofiy memang dah mengagak tentu Tina yang menghasut Hans dengan berbagai cerita fitnah. Hans terus mengajak Sofiy berkahwin dan dia menyesal kerana meninggalkan Sofiy sendiri  selama ini. Sofiy bertegas mengatakan yang dia dan Isa sangat bahagia. Selama ini TIna menghasut fikiran Hans agar mengganggu rumahtangga nya. Sofiy memberi amaran pada Hans agar jangan datang kerumahnya lagi dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Hans.
Isa dan Sofiy akan bertolak ke johor. Engku Aziz memberikan berbagai nasihat kepada Sofiy. Engku Aziz juga menasihatkan Isa agar menjaga Sofiy dengan baik dan jangan membiarkan Marini membuli Sofiy.

Sebaik sampai ke rumah ibunya, Isa di sambut mesra oleh Marini. Marini memeluk Isa yang sudah lama tidak dia temui. Isa memperkenalkan Sofiy pada marini. Sofiy menghulurkan salam tapai Marini seakan -akan tidak menyukai Sofiy. Sofiy menyedari sikap dingin Marini padanya. Marini hanya melayan Isa tanpa mempedulikan Sofiy.


Sofiy berasa tak selesa apabila Marini memberitahu Isa yang ayahnya keluar berparti dan pulang lewat malam. Isa ketawa mendengar cerita tentang ayahnya yang berparti. Sebaik Marini keluar dari bilik Sofiy bertanya apa yang kelakar tentang ayahnya keluar berparti. Isa menyedari wajah sofiy yang tidak selesa dengan perkara tersebut. Sofiy terus mengajak Isa solat bersama. Marini yang mendengar perbualan Sofiy dan Isa terus mencebik kan mulut tanda tidak suka dengan sikap Sofiy.
Isa memperkenalkan Sofiy pada ayahnya. Ayah Isa cuba untuk memeluk Sofiy tapi Sofiy mengelak dan berdiri dibelakang isa. Isa memberitahu yang Sofiy tidak biasa dengan cara sebegitu. Marini mengatakan yang Isa tak perlu memberi penjelasan pada nmereka. Marini juga memberitahu suaminya yang inilah cara menantu yang dipilih oleh ayah nya. Dia berpesan pada Sofiy supaya tidak takut kepada ayah Isa sampai begitu sekali. Sofiy perlu membiasakan diri dengan ayah mertuanya kerna Isa juga bersikap seperti itu.
Isa memberitahu yang dia sudah berubah,. Tapi Marini pantas menjawab yang Engku Aziz tidak ada disitu dan meminta Isa supaya tidak risau. Dia juga mengatakan yang lambat laun Sofiy juga akan terbiasa dengan cara mereka. Isa berbisik perlahan pada sofiy , meminta maaf kerana membuat Sofiy tidak selesa. 
Tina mendapat pesana dari Hans yang mengatakan dia tak mahu mengganggu Sofiy lagi kerana dia sudah tahu yang Sofiy dan Isa sangat bahagia. Tina yang membaca mesej tersebut sangat marah kerana rancangan nya untuk membuat Hans terus mengganggu rumahtangga Sofiy tidak berjaya.

Didalam bilik Isa bertanya Sofiy sama ada ibunya melayan Sofiy dengan baik atau tidak. Sofiy mengatakan semuanya baik-baik sahaja. Walaupun Sofiy tahu Marini tidak menyukainya. Sofiy tetap memujuk Isa agar menerima ibunya kerana syurga Isa ada pada ibunya. Isa berasa beruntung kerana mendapat isteri Sofiy kerana Sofiy pandai menenangkan hatinya.


Sam datang ke rumah Engku Aziz dan seperti biasa dia akan datang menjemput Engku Aziz. Engku Aziz memberitahu Sam yang Isa dan Sofiy menetap di Johor selama beberapa bulan. Wajah Sam seakan terkejut. Dia seakan kecewa mendengar berita tersebut.
Isa dan Sofiy bersiap untuk keluar ke tempat latihan. Marini mengajak isa bersarapan dan meminta Sofiy menemaninya keluar membeli belah. Sofiy tak kisah dan setuju mengikut marini keluar. Marini mengajak Sofiya dan Isa duduk bersarapan. Marini sempat memberitahu makanan yng dihidangkan adalah halal. Wajah Isa dan Sofiy sedikit berubah mendengar kata-kata Marini. Isa menawarkan untuk membuatkan Sofiy roti sahaja memandangkan Sofiy tidak menyukai makanan barat.
Sebaik Isa keluar ke tempat latihan Marini terus bertanya pada Sofiy sama ada benar berita tentang Sofiy merampas Isa dari Rosa. Sofiy memberitahu yang dia tidak merampas Isa dari Rosa. Dia mengenali Isa sewaktu Rosa dan Isa sudah putus hubungan. Sofiy cuba meyakin kan Marini dan mencertakan semua yang dia tahu tentang Rosa dan isa.. Marini tak percayakan Sofiy. Dia menyangka tentu ada orang yang ingin mengenakan Rosa. Lagipun Rosa seorang yang cantik dan mendengar cakap Marini.
Marini terus meminta pembantu rumahnya membawakan bag untuk nya kerana dia berasa panas duduk didalam rumah. Sofiy hanya terdiam mendengar kata-kata Marini yang melukakan hatinya.
Rosa menghubungi Jeff untuk bertanya kemana Isa pergi kerana dia tidak nampak Isa di tempat latihan. Jeff memberitahu yang Isa sudah pindah ke Johor kerana ada tournamanet. Rosa terkejut dan sangat marah kerana dia tidak tahu menahu tentang hal itu.
Isa menghubungi Sofiy dirumah. Dia ingin tahu kemana Sofiy dan Marini pergi. Tapi Sofiy memberitahu yang dia ada dirumah. Marini keluar kerana ada hal lain. Sofiy menipu Isa supaya Isa tidak risaukan Sofiy. Isa bertanya sama ada sofiy ok atau tidak. Sofiy memeinta Isa supaya tidak risaukan dirinya. isa menyuruh Sofiy bersiap kerana dia akan sampai dalam 30 minit lagi untuk membawa Sofiy keluar.

Ketika sedang makan malam, Isa memberikan seutas rantai tangan kepada Sofiy. Isa mahu Sofiy akan sentiasa mengingatinya walau mereka jauh dan sibuk dengan urusan masing-masing. Isa memberitahu yang Sofiy juga tak lama lagi akan memulakan kursus yang pernah Isa daftarkan untuknya.


Maklong meminta Amir mengajar Ila tentang perniagaan. Maklong tak tahu yang Amir dan Ila terlibat dalam pengedaran dadah. Maklong tak mahu Ila menjadi seperti Sofiy. Ila gembira kerana maklong sangat percayakan dia. Hutang Amir pada Maklong juga sudah selesai. Maklong yakin Amir menggunakan wang nya untuk perniagaan bengkelnya. 
Sofiy dan isa pulang kerumah. Ibu nya memberitahu yang ayah Isa ingin membawa isa bercuti seperti dahulu. Marini kemudian nya meminta pembantu rumah membawakan minuman untuk suaminya. Sofiy terkejut kerana pembantu rumah membawakan botol minuman keras untuk ayah Isa. Isa berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut dan menasihatkan ayahnya agar berhenti minum.Marini memberitahu yang aayah Isa dan alkohol tak dapat dipisahkan.
Isa memberitahu ayah dan ibunya yang dia sudah tidak minum lagi. Marini dan suaminya terkejut kerana dahulu marini pernah menyuruh Isa mengurankan minum minuman keras tapi Isa tak peduli. Tapi sekarang Isa berhenti minum kerana Sofiy. Marini memberitahu yang isa tak perlu risau kerana atuknya tiada disini. 
Isa menyangkal kata-kta marini. dia memberitahu ini bukan soal atuknya ada atau pun tidak. tapi ini kerana mereka orang islam . Marini mengatakan yang isa juga berubah kerana Sofiy bukan kerana agama. Dan sekarang Isa ingin menghina dan menghukum Marini dan suaminya.Marini mengatakan Isa seorang yang munafik.
Marini dan Isa terus bertengkar dan marini tak habis-habis menyalahkan Engku Aziz yang tak merestui perkahwinan mereka. Isa terus mengajak Sofiy masuk ke dalam bilik dan mengemas pakaian nya. Sofiy meminta Isa bertenang dan mengambil wuduk untuk bersolat.Isa meminta Sofiy membantunya untuk mengemas.

Marini melihat Isa dan Sofiy ingin keluar dari rumah. Sofiy cuba menahan Isa dan meminta Isa masa sekejap untuk bercakap dengan Marini. Sofiy memberitahu yang Isa marah hanya sekejap. Sofiy berjanji akan memujuk Isa. Marini langsung tak melihat wajah Sofiy. Marini mengatakan yang Isa adalah anaknya. Pandai-pandailah dia nak memujuk anaknya sendiri. Marini mengatakan Isa bersikap kurang ajar kerana Sofiy sendiri. Sofiy terdiam .. Marini terus mengatakan yang kata -kata Rosa benar. Sofiy seorang pisau cukur yang hanya ingingkan wang Isa.


Isa mengatakan yang ibunya sudah melampau. Isa menarik Sofiy keluar dari rumah Marini. Isa sempat mengatakan yang dia bangga Engku Aziz yang menjaganya dan Idora. Bukan ibunya.. Marini terdiam dan terkejut dengan kata-kata Isa.
Engku Zaharah menghubungi Marini. Engku Zaharah bertanyakan tentang Marini. Tapi Sofiy memberithu yang dia sudah berpindah keluar dari rumah Marini. Engku Zaharah bertanya jika Marini melakukan sesuatu pada Sofiy. Sofiy menipu dengan mengatakan yang mereka berpindah supaya lebih dekat dengan tempat kursus Sofiy dan tempat latihan Isa.
Engku Aziz melihat Engku Zaharah terdiam. Engku Zharah memberitahu yang Sofiy dan Isa sudah tidak tinggal dengan Marini. Engku Zaharah dan Engku Aziz masing-masing dapat meneka sesuatu yang tidak kena.
Sofiy sudah emmulakan sesisi pembelajaran nya. Sofiy masuk kepejabat urusan kolejnya dan tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki. Sofiy bertanya lelaki tersebut dimaan tempat untuk daftar. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Adam. Adam tergamam melihat Sofiy yang cantik.

Marini menghubungi Rosa dan bertanya tentang keadaan Isa dan Sofiy. Rosa terus menghasut Marini. Marini meluahkan rasa kecewanya . ROsa gembira kerana marini masih memihak padanya dan bukan Sofiy.
Didalam kelas Sofiy bertemu semula dengan Adam. Adam cuba mendekati Sofiy dan bertanya berbagai soalan pada Sofiy. 
Ketika dirumah Sofiy mendapat satu pesanan ringkas. 
Bersambung...

Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman

Tonton Marry Me Senorita Episod 9

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)