Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 8

MARRY ME SENORITA EPISOD 8 | Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita "  disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.



Sinopsis Marry Me Senorita Episod 8

Engku Zaharah sudah bersiap untuk keluar dengan Sofiy. Engku Aziz muncul dan mengapa Engku Zaharan tidak meminta izin darinya untuk keluar. Engku ziz mengingatkan Engku Zaharan tentang Surah Annur ayat 31 mengenai wanita yang keluar yang berhias keluar rumah tanpa suaminya. Engku Zahrah meminta maaf kerana terlupa untuk memberitahu suaminya . Engku Zaharah kemudian nya meluahkan rasa gembira seandainya Idora masih ada bersama mereka. Engku Aziz tergamam mendengar Nama Idora disebut.

Sofiy menatap mesej yang tertera di telefon Isa. Mesej dari Rosa yang memberi amaran pada Isa yang dia tak kan lepas kan Sofiy membuatkan Sofiy sedikit terganggu.

Engku Zaharah dan Sofiy berjalan didalam mall. Engku Zaharah masuk ke dalam butik sementara Sofiy masih diluar untuk menghantar mesej pada isa. Tiba-tiba Hns muncul di hadpan Sofiy. Hans bertanya betulkan Sofiy bahagia dengan Isa. Hans terus meleteri Sofiy. SOfiy bertanya pada Hans bagaimana dia tahu Isa bukan lelaki yang baik.


Isa pulang kerumah dan Engku zaharah memberitahu Isa bahawa Hans menghantar mereka pulang. Isa naik ke dalam bilik dan memberi amaran pada Sofiy supaya menjauhi Hans dan Hanya Isa sahaja milik Sofiy. Sofiy tersenyum kerana dia tahu Isa cemburu.

Hans yang sedang memandu tersenyum mengingatkan Sofiy.Dia masih menyangka Sofiy tak bahagia dengan Isa.


 

Sofiy dan isa bersiap untuk pulang kerumah Mereka. Engku Aziz bertanya mengapa Sofiy dan Isa tidak tidur sahaja di rumah . Tapi Isa memberi alasan dia tidak membawa pakaian. Menurut Isa, Lagipun malam Ini Sofiy perlu membayar hutang. Engku Zaharah terkejut dan bertanya hutang apa lagi yang dibuat cucu nya itu. Engku Aziz hanya tersenyum mendengar pertanyaan Engku Zaharah yang tak faham dengan kata -kata Isa.

Sebaik sampai dirumah, Sofiy melangkah masuk ke dalam bilik. Isa yang mengikuti dari belakang bertanya pada Sofiy, bila Sofiy akan membayar hutangnya. Sofiy yang masih tidak faham bertanya pada Isa , hutang apa yang ditagih Isa. Sofiy memberitahu yang dia hanya ada setakat rm200 ke rm300 sahaja.

Isa membritahu yang diamahukan pelukan, Bukan hanya pelukan biasa. Sofiy cepat2 membuka pintu dan masuk ke dalam bilik. Dari dalam bilik Sofiy memberitahu Isa yang itu tidak termasuk dalam duit poket nya. Isa mengeluh kecewa.

Malam itu hujan turun dengan lebat.Sofiy tak dapat tidur. Dia resah memikirkan kata-kata Isa tentang Hutangnya tadi. Sofiy cuba melelapkan mata. Tapi hujan semakin lebat. Sofiy berjalan masuk ke dalam bilik Isa. Sofiy memanggil Isa berulang kali dan memberitahu yang dia takut kerana guruh dan kilat terlalu kuat.Dia bertanya sama ada dia boleh tidur di dalam bilik Isa.  Isa memberitahu jika mahu tidur disitu ada bayaran nya.


Hans masih tak dapat tidur. Dia mula berfikir untuk mendapatkan Sofiy kembali. Hans ingin menebus kesilapan nya kembali untuk membahagiakan Sofiy. Dia memandang wajah isterinya Aisyah yang sedang tidur. Didalam hatinya Hans meminta maaf pada Aisyah dan mengharapkan Aisyah  akan bahagia bersama anak mereka bertiga nanti. Aisyah, Hans dan Sofiy...

Mesej dari Tina yang mengharapkan agar Hans dpat membahagiakan Sofiy membuatkan Hans lebih yakin untuk mendapatkan Sofiy kembali.



Sofiy bangun pagi dan melihat nota diatas katil NoTa dari Isa yang mnemberitahu dia ke pusat latihan untuk training. Dalam Nota itu uuga Isa mengucapkan terima kasih pada Sofiy.

Rosa menghubungi Jeff untuk bertanya dimana Isa. Selepas dipaksa Jeff akhirnya mengalah dengan Rosa yang memang tak tahu untuk mengalah.Rosa datang ke tempat Latihan Isa sebaik mengetahui Isa ada di pusat latihan. Dia mengajak Isa keluar minum di cafe. Tapi Isa menolak dan meminta Rosa agar menghentikan semua ini.Rosa eminta maaf ditas segala kesalahan nya. isa tetap melayan Rosa dengan endah tak endah. Rosa memberitahu yang dia datang bukan untuk bergaduh dengan Isa. Rosa bertanya adakah Isteri Isa tidak menjaga isa dengan Baik. Jika sa berkahwin dengan nya tentu Isa sudh senang dah bahagia.

Isa meminta Rosa supaya jangan bermimpi untuk berkahwin dengan nya. Rosa yang mendengar kata-kata Isa berasa sangat marah. 

Engku Aziz merancang untuk singgah ke tempat latihan Isa.  Isa bertanya mengapa Atuknya datang berjumpanya disitu. Lagipun atuknya tidak berminat dengan tenis. AEngku Aziz memberitahu walaupun dia tidak minat tenis tapi setiap perlawanan Isa dia tonton dan dia gembira dengan perubahan isa yang lebih baik daari dulu. Dia percaya semuanya ini kerana Sofiy. Dia bersyukur. Dia tak mahu kesilapan nya mengizinkan Marini berkahwin dengan ayah Isa berulang kembali.


Isa memberitahu Engku Aziz walau bagaimana pun ayahnya bukan seorang yang jahat dan cuma atuknya sahaja yang tidak memberi peluang pada ayahnya. Engku Aziz mengakui hal tersebut tapi ayah Isa sendiri tidak datang berjumapa Engku Aziz untuk membetulkan keadaan. Jika ayah Isa datang mengakui kesalahan nya tentu Engku Aziz akan menerimanya.

Sofiy yang sedang berada dirumah terkejut apabila menerima panggilan dari Hans. Tiba-tiba Isa plulang kerumah. Sofiy terus menyembunyikan telefon nya. Isa bertanya apa yang sofiy sedang lakukan. Sofiy menjawab dia sedang melihat jika ada pengambilan baru untuk pelajar.



Isa mengajak Sofiy pergi ke Johor untuk bertemu ibu dan ayah Isa. Lagipun ada tournement yang Isa serti. Sofiy agak berat untuk mengikut Isa. Tapi Isa memujuk agar Sofiy mengikutnya pergi. Isa juga mencadangkan agar Sofiy meneruskan pelajaran nya di Johor.

Selepas makan bersama atuk, Sofiy mendekati Isa yang sedang termenung. Sofiy memberanikan diri bertanya pada Isa siapakah Idora. Isa memberitahu yang idora adalah wanita yang penting dalah hidup isa. Idora adalah adik Isa. Idora lebih suka memberontak berbanding Isa. kedua-dua mereka memang tidak sependapat dengan Atuk tapi Idora lebih degil dan keras kepala.

Engku Zaharah bertanya pada Engku Aziz bagaimana suaminya itu tahu yang Idora berada bersama Marini. Engku Aziz hanya meneka kerana kemaa lagi Idora akan pergi jika bukan ke pangkuan ibunya. Tapi Engku Zaharah menjawab yang Marini memberitahu Idora tidak ada bersamanya. 

Engku Aziz mengatakan yang Idora seorang yang degil. Engku Zaharah memberitahu yang Jika Isa boleh berubah tentu Idora juga boleh berubah, Tapi Engku Aziz mengatakan Isa berubah kerana Sofiy.JIka Isa berkahwin dengan ROsa Isa tak kan berubah dan mungkin Isa akan menjadi lebih teruk dari marini. Engku Aziz meminta Engku Zaharah mengehentikan perbualan dan terus berlalu pergi.


Sofiy mengikut Isa ke tempat latihan Isa. Ketika sedang makan bersama,  Hans ternampak Isa dan Sofiy yang sedang makan sambil tersenyum bahagia. Hans mula keliru. Ketika Isa sedang berlatih sofiy berjalan-jalan disekitar pusat latihan. TIba-tiba Rosa muncul . Rosa menegur Sofiy dan menyangka Sofiy tak kan keluar dari rumah. Sofiy membalas teguran Rosa dengan mangatakan Niat dan usaha Rosa untuk membuatkan dia tak keluar rumah tidak berjaya kerana satu malaysia tahu Sofiy tak bersalah.



Rosa terus mengatakan yang Sofiy merampas Isa darinya Tapi Sofiy menjawab yang Rosa lah yang tidak boleh menerima kenyataan dan masih terkejar-kejarkan Isa. Rosa memberitahu Sofiy dia boleh merampas Isa dengan mudah sahaja dan dia akan pastikan Isa kembali padanya. Sofiy sempat menyindir broken Inglish Rosa dan membuatkan rosa terdiam.

Ketika sedang mengemas pakaian, Soiy bertanya pada isa bagaimana jika Ibu dan ayah Isa tidak menyukai Sofiy. Isa meminta agar Sofiy jangan risau kerana dia yakin mereka akan menyukai Sofiy.

Sofiy juga menghadiahkan Isa senaskah Al-quran. Diakahir nota pada hadiah tersebut Sofiy menuliskan "i Love U pada Isa. Tapi Isa bertanya mengapa Sofiy tidak pernah meluahkan nya.

Ketika sedang berbual dengan Isa,tiba-tiba telefon Sofiy berbunyi..

Bersambung...


Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman 

Tonton Marry Me Senorita Episod 8

Catat Komen

0 Ulasan