Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 7

 MARRY ME SENORITA EPISOD 7Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita "  disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.



Sinopsis Marry Me Senorita Episod 7 

Tina muncul di depan pagar rumah Sofiy. Sofiy menjemput Tina masuk . Tina berkenalan dengan Engku Zaharah dan Engku Aziz. Engku Aziz bertanya dimana sofiy bekerja. Sofiy sangat risau jika Tina memberitahu yang Tina bekerja sebagai GRO. Tapi Tina memberitahu Engku Aziz yang dia bekerja di kedai makan. Tina juga memberithu yang Sofiy pernah datang ke tempat kerjanya.

Ketika Sofiy menuju ke dapur Tina mengekori dari belakang. Di dapur Sofiy bertanya pada Tina mengapa dia datang kerumah Sofiy. Tina bertanya sama ada sofiy takut jika Engku Aziz tahu dengan siapa Sofiy berkawan. Tina memberitahu yang Isa sama sahaja dengan  lelaki-laki lain yang dia pernah layan. Dia juga mengugut Sofiy untuk memberitahu orang ramai yang Isa dan Sofiy berkenalan di kelab malam.Sofiy cuba ingin menampar tina tapi tina menepis tangan Sofiy.



Sofiy naik kedalam bilik dan bersiap. Dia turun ke bawah dan mengajak Tina keluar.. Sofiy memberitahu yang dia ingin keluar berjumpa dengan kawan nya. Sofiy meminta izin pada datuk dan Nenek nya. Engku Aziz membenarkan Sofiy keluar kerana dia tak mahu Sofiy terlalu memikirkan tentang Rosa.




Tina membawa Sofiy ke rumah nya. Dalam diam Tina berjumpa Rosa dan merancang untuk mengenakan Rosa. Sofiy sangat terkejut dengan tindakan Tina kerana dia tidk menyangka Tina akan bertindak sejauh itu. Tina tidak mengakui Sofiy adalah kawan nya kerana dia cemburu dengan banyak kelebihan yang ada pada Sofiy.

Tina juga memberitahu yang dia dan Rosa akan memastikan Sofiy akan hancur .
Ketika Tina sedang menunggu Rosa, Isa sampai ke rumah Tina dan memaksa Tina untuk mengembalikan isterinya. Sofiy yang berada di dlam rumah terus menekan lock gate  dan pintu pagar terus terbuka. Sofiy berjalan keluar meninggalkan Tina yang tercengan dan masuk ke dalam kereta Isa.

Rosa yang baru sampai melihat dari jauh kejadian tersebut. Dia tak tahu bagaimana Isa boleh tahu Sofiy berada dirumah Tina. Rosa sangat geram kerana rancangan nya dan dan Tina tidak menjadi.

Rosa terus menghubungi Ibu Isa. Dia mengadu yang rancangan mereka telah gagal. Marini sangat marah kepada Rosa kerana rancangan mereka untuk memalukan Sofiy telah gagal. Marini teringat dahulu Engku Aziz menghalang hubungan Marini dan ayah Isa. Kerana itu dia sangat tidak bersetuju dengan pilihan Engku Aziz menjodohkan Isa dan Sofiy. Dia tidak mahu isa mengahwini wanita kampung seperti Sofiy.



Hans pula mula rasa bersalah meninggalkan Sofiy. Dia takut jika tindakan nya meninggalkan Sofiy menyebabkan Sofiy berubah menjadi wanita yang tidak baik. 

Dirumah, Sofiy bertanya pada Isa adakah Isa marah dengan kejadian petang tadi. Sofiy meminta maaf pada Isa.  Isa bertanya siapa yang mengizinkan Sofiy keluar. Sofiy memberi alasan dia membawa Tina keluar kerana Nenek dan atuk nya ada dirumah. Tina mengugut untuk memberitahu atuk dan nenek nya bahawa  dia bekerja sebagai GRO. Sofiy tak mahu itu berlaku.


Isa tak peduli. Sofiy sepatutnya menghubunginya tapi Sofiy memberitahu yang Tina mengugutnya. Isa memarahi Sofiy dan tidak menyangka Sofiy sangat bodoh. Kata-kata Isa sangat menyakitkajn Hati Sofiy.

Tina menghubungi Rosa dan meminta duit yang dijanjikan Rosa walaupun rancangan mereka gagal. Rosa enggan memberikan wang pada Tina dan tidak mempedulikan kata-kata Tina. disebabkan dia tidak dapat menjual Sofiy , Tina lah yang terpaksa melayan lelaki yang sudah dijanjikan TIna.

Engku Aziz memberitahu Engku Zaharah yang dia perasan Sofiy tidak gembira bertemu dengan Tina. Dia mula curiga akan sesuatu. Tambahan pula Tina sangat bergaya walaupun dia memberitahu hanya bekerja di kedai makan. Engku Zaharah meminta Engku Aziz tidak berburuk sangka pada kawan Sofiy.

Sofiy dan Isa pulang ke rumah Engku Zaharah. Engku Zaharan menyedari yang Isa murah seperti marah pada Sofiy. Sofiy memberitahu Engku Zaharah yang Isa marah kerana Sofiy keluar dengan Tina tanpa memberitahunya . Engku Zaharah menasihatkan Isa agar bertolak ansur dalam rumah tangga. Segalam pesanan Engku Zaharah diingati Isa dan dia sedar dia tak boleh memarahi Sofiy.



Engku Aziz bertanya apa yang isa akan lakukan pada Rosa yang sudah mempermainkan maruah Sofiy.  Engku Aziz sangat kecewa dengan tinmdakan Rosa dan menyuruh Isa melaporkan sahaja kepada polis. Engku zAziz turt menyalahkan Isa kerana terlibat dengan wanita seperti Rosa.




Isa memberitahu yang dia langsung tidak suka kan ROsa cuma Marini, ibunya yang sibuk nak menjodohkan dirinya dengan Rosa. Mendengar nama Marini, Engku Aziz terus berasa marah dan mempertikaikan tindakan Marini yang hidup berkiblatkan dunia. Isa tak selesa mendengar kata-kata Engku Aziz. Dia memberitahu walaupun ibunya tidak baik taopi Marini tetap ibunya, anak Engku Aziz. Isa juga memjelaskan yang jika ingin mendidik seseorang kita perlu bersabar. Bukan sekadar menghukum sahaja.Engku Aziz terkejut mendengar kata-kata Isa yang mula menunjuk kan kematangan.

Sofiy memujuk Isa agar jangan memarahinya lagi.Sofiy mempertikaikan kata-kata Isa yang menyuruh bersabar sedangkan Isa sendiri tidak bersabar dengan nya. Isa memberi nasihat agar lain kali Sofiy jangan mengulanginya lagi. Isa juga bahasakan dirinya sebagai "abang". Sofiy terkejut dan bertanya mengapa "abang"? Isa menjelaskan yang mereka tak sepatutnya berbahasa aku dan kau.

Sofiy tersenyum dan meminta maaf. Isa juga menukar nombor telefon Sofiy suopaya Tina tak kan dapat mencari Sofiy lagi. TIna risau jika maklong akan menelefon nya tapi Isa merasakan maklong tak kan mencarinya lagi.

Ila memberitahu mak nya yang Sofiy memang berkahwin dengan Isa, Pemain tenis negara. Maklong mula teruja sejak mengetahui yang Sofiy berkahwin dengan orang kaya. Banyak kali dia cuba menghubungi Sofiy tapi panggilannya tidak berjawab. 



Tina semakin geram dengan Sofiy sejak dia ditinggalkan lelaki kaya. Dendamnya pada sofiy makin membara. Tina pergi kerumah Sofiy tapi tiada siapa dirumah. Dia yakin Isa akan meninggalkan Sofiy dan waktu itu sofiy akan datang kepadanya.

Sofiy meminta Izin pada Isa untuk keluar dengan Engku Zaharah. Isa ingin memastikan sendiri dengan Neneknya. Sofiy naik ketaas bilik untuk mengambil telefon Isa. Tiba-tiba Sofiy kmelihat ke screen telfon isa dan...

Bersambung..

 

Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman 

Tonton Marry Me Senorita Episod 7

Catat Komen

0 Ulasan