Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 5

 MARRY ME SENORITA EPISOD 5Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama.


Sinopsis Marry Me Senorita Episod 5 

Isa pulang ke rumah dan memarahi Sofiy kerana pergi ke tempat latihan nya. Sofiy memberitahu yang Engku Zaharah yang menyuruhnya kesana. Isa kemudian nya menyindir Sofiy pulang dengan lelaki lain. Sofiy bertanya jika Isa mahu sofiy menunggunya yang sedang dating dengan Rosa ketika itu dan mahu Rosa memarahi nya.Isa menjelaskan yang dia tak mahu Sofiy dekat dengan Jeff kerana dia tahu Jeff lelaki yang bagaimana. Sofiy bertanya jika Isa cemburu. Isa menjawab yang dia mememang patut cemburu kerana Sofiy adalah bakal isterinya. Isa kemudian nya berlalu pergi.

Ila mula terlibat dengan lelaki-lelaki jahat di kampung. Dia kerap berjudi bersama mereka. Amir salah seorang dari lelaki tersebut mengajak Ila melabur dalam perniagaan bengkelnya dan meminta Ila memberikan nya wang sejumlah rm5 ribu. Ila termakan dengan kata-kata Amir. Maklong langsung tak mempercayai Amir. Tapi desakan Ila membuatkan maklong akur. Maklong tak mahu Ila lari ke kuala lumpur jika permintaan nya tidak ditunaikan.



Engku Zaharah memanggil Sofiy duduk berbual dengan nya. Emhlu Aziz bertanya jika Sofiy sudah mengambil kursus kahwin dan bertanya tentang tarikh pernikahan. Isa menjawab yang mereka akan berkahwin pada hujung bulan ini. Engku Zaharah mula risau kerana banyak persiapan yang perlu dilakukan. Isa membantah dan menyatakan dia mahukan majlis yang ringkas. Engku Zaharah tidak bersetuju. Dia mahu membuat majlis besar-besaran.

Engku Aziz bersetuju dengan Isa .Lagipun dia tak yakin yang Isa akan berkahwin selagi Isa tidak menggenggam tangan tok kadi. Engku Zaharah menghubungi Ibu Isa dan memberitahu yang Isa akan berkahwin. Tapi Ibu Isa tak mahu pulang kerana dia tak setuju dengan pilihan Engku Zaharah dan Engku Aziz untuk menjodohkan Isa dengan Sofiy.

Majlis pernikahan Isa dan Sofiy  sudah dibuat. Engku Aziz memberitahu Sofiy yang selepas berkahwin Sofiy boleh belajar di kolej milik kenalan nya.Isa yang mendengar terus bertanya mengapa dia tidak tahu yang Sofiy ingin sambung belajar. Engku Aziz mula menyindir Isa yang langsung tidak memikirkan tentang masa depan isterinya. Isa bertanya apa kurus yang Sofiy ingin ambil. Isa bertanya lagi apa keputusan SPM Sofiy. Sofiy menjawab keptusan SPM nya hanya 9 A. Isa terkejut kerana keoutusan peperiksaan Sofiy yang sangat cemerlang.


Isa melihat Sofiy termenung . Isa bertanya sama ada Sofiy tak mahu menjemput maklongnya ke majlis perkahwinan nya. Sofiy terdiam. Isa bertanya lagi sama ada Sofiy mempunyai teman lelaki. Sofiy menjawab yang teman lelaki nya berada di mesir dan sedang belajar. Tapi sudah setahun mereka lost contact kerana teman lelakinya tidak menghantar sebarang berita padanya.

Isa memberitahu yang itu bukan lost contact tapi itu bermakna dia sudah ada orang lain. Dia hairan kenapalah Sofiy tak boleh fikir akan perkara tersebut. Sofiy marah dan berkecil hati dengan kata-kata Isa. DI terus bangun dan meninggalkan Isa. 

Sofiy menghubungi Maklong nya. Dia ingin memberitahu maklong yang dia akan bernikah. Maklong menjawab dengan acuh tak acuh. Maklong juga mengatakan yang dia tak mahu ambil peduli tentang Sofiy lagi . Dia juga tak mahu sofiy pulang ke kampung membawa lelaki yang baginya sudah merosak kan Sofiy. 

Maklong menegur Ila yang baru hendak melangkah keluar. Ila merungut tentang keadaan rumah yang kotor dan bersepah.Maklong meminta Iala membuat kerja-kerja rumah jika sudah tahu rumah dlam keadaan kotor. Ila mula menyalahkan Maklong kerana menghalau Sofiy dari rumah.Sebelum keluar Ila sempat meminta wang pada maklong.  Maklong tak mahu memberikan Ila wang. Tapi Ila mengugut maklong yang dia akan memberitahu pada orang yang maklong mengambil wang Sofiy. Maklong terpaksa memberikan wang pada Ila kerana takut dengan ugutan Ila. 

Engku Zaharan masuk Ke bilik Isa. Dia melihat gambar diatas meja Isa. Engku Zaharah tiba-tiba menangis kerana teringatkanIdora. Engku Zaharah menasihatkan Isa agar menjadi suami yang bertanggungjawab dan jangan meninggalkan solat. Engku Zaharah tidak mahu Isa menjadi seperti ayah Isa yang tidk bertanggungjawab.

Majlis pernikahan Isa dan Sofiy berjalan dengan lancar. Isa dan Sofiy sah menjadi suami isteri. Majlis ringkas diadakan dirumah Isa. Orang suruhan Tina masih mengintip pergerakan Sofiy dan melaporkan segalanya pada Tina. 



Sofiy sudah berpindah masuk ke bilik Isa. Sofiy melihat gambar-gambar diatas meja Isa. Terdapat gambar seorang wanita dengan tertulis Idora di belakang gambar tersebut. Sofiy tertanya-tanya siapakah Idora. Sebaik Isa masuk ke dalam bilik Sofiy terus bertanya pada Isa Siapakah Idora? Isa tidak menjawab soalan Sofiy.

Sofiy masih tertanya-tanya siapakah Idora. Sofiy mahu bertanya mak Ecah siapakah Idora memandangkan Isa tidak mahu menjawab soalannya.

Mak Ecah masuk kedalam bilik Engku Zaharah. Dia memberitahu yang Sofiy bertanyakan tentang idora pada Mak Ecah. Engku Zaharah terkejut. Engku zaharah nampak risau dan gelisah.

Maklong memberikan rm5 ribu kepada Amir. Amir berjanji akan memulangkan wang pelaburan berlipat ganda pada maklong. Maklong memberi amaran pada Amir jika tidak memulangkan wang nya dia akan mengerjakan amir. Amir terus meminta diri untuk pulang sebaik mendapat wang dari maklong. Tina menghubungi Maklong. Tina memberitahu yang Sofiy sudah berkahwin.belum sempat Tina bercakap maklong terus mematikan panggilan telefon.Tina sangat marah dengan tindakan maklong.Dia belum puas hati selagi Sofiy tidak dimalukan.

 
Sofiy terkejut melihat Isa berada didalam bilik air bersamanya. Isa bertanya apa yang Sofiy lakukan di dalam biliknya. Sofiy memberitahu yang Nenda mahu dia tidur didalam bilik Isa. Sofiy memberitahu Isa yang dia tidak kisah jika tidur diatas lantai. Isa memberitahu yang Sofiy tetap perlu tidur didalam biliknya walaupun nenda nya tidak mengarahkan nya kerana sofiy adalah isterinya. Sofiy mula risau kerana Isa menghalang nya keluar dari bilik air. Sofiy takut dn terus meminta Isa ketepi dan dia terus berlari keluar.

ketika bersarapan Engku Zaharah bertanya kemana Isa akan membawa Sofiy untuk berbulan madu.Isa mengatakan yangd ia sangat sibuk. Engku Aziz mengarahkan agar Isa tak perlu ke gym. Dia menyuruh Isa membawa Sofiy berjalan-jalan. Engku Aziz juga memberitahu yang dia akan meminta Sam mengaturkan bulan madu Isa dan Sofiy.

Sofiy tertanya-tanya tentang Sam. Dia hairan mengapa Engku Aziz rapat dengan Sam berbanding dengan Isa. 



Sofiy memberitahu Isa yang mereka tidak perlu berbulan madu memandangkan mereka bukan bercinta.Isa merangkul Sofiy sambil mengjaak Sofiy bercinta. 

Ketika sedang menunggu Sofiy, Hans bersama seorang wanita muncul dan menegur Isa. Dia memberitahu yang dia sangat meminati Isa dan meminta untuk bergambar dengan Isa. Isa bersetuju. Sofiy tiba-tiba muncul. Hans terkejut dan bertanya sama ada Sofiy mengenali Isa. Sofiy terkejut melihat Hans. Sofiy terdiam. Melihat Sofiy berubah air wajahnya, Isa merangkul Sofiy dan memperkenalkan Sofiy sebagai isterinya..

bersambung..

Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)