Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 4

MARRY ME SENORITA EPISOD 4Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama



Sinopsis Marry Me Senorita Episod 4

Seorang staf dari pejabat Engku Aziz datang kerumah untuk menghantar file kepada Engku Aziz. Ketia dia keluar dia rumah dia ternampak Sofiy. Isa yang melihat Staf 6tersebut asyik merenung ke arah Sofiy, Isa datang dan menyuruh staf tersebut segera pergi. Dia menarik tangan Sofiy masuk ke dalam rumah.

Mak ecah melihat Sofiy termenung di depan pintu. Dia meminta Sofiy supaya tak perlu memikirkan sangat tentang isa. Mak Ecah mul tertanya-tanya sama ada Isa dan Sofiy benar-benar bercinta. TIna menghubungi Sofiy tapi Sofiy langsung tak mengendahkan panggilan telefon dari Tina.

Tiba-tiba pintu loceng berbunyi. Sofiy segera ke pintu dan membuka nya. Muncul Rosa sambil bertanya Sofiy dimana miamor nya. Sofiy tergagap-gagap mengulang perkataan miamor yang disebut Rosa. Muncul Mak Ecah dan memberitahu Rosa yang Isa tidak ada dirumah. Rosa meneka Sofiy yang mberada didepan nya itu tentu orang gaji baru.



Sofiy bertanya mak Ecah siapakah miamor yang dimaksudkan Rosa. Mak Ecah memberitahu Sofiy yang Rosa memanggil Isa sebagai Miamor. Rosa sempat memberi amaran pada Sofiy agar jangan menggoda tunangnya, Isa.

Isa pulang ke rumah dan mengajak Sofiy untuk berbincang. Sofiy marah kepada Isa kerana mengajaknya berkahwin sedangkan Isa sudah mempunyai tunang.Sofiy memberitahu yang dia ingin solat dahulu. Sofiy menyuruh Isa solat . Tapi Isa memberitahu yang dia cuti. Sofiy ketawa dan mengatakan Isa mungkin seorang perempuan keraa Allah hanya memberi cuti pada wanita sahaja. perbualan mereka didengari Engku Aziz yang tertawa kecil mendengar Sofiy mengenakan Isa.

Engku Aziz duduk di meja . Dia nampak seperti gusar. Mak Ecah bertanya mengapa Engku Aziz nampak seperti sedang memikirkan sesuatu. Engku Aziz bertnya pada Mak ecah adakah Sofiy gadis yang sama seperti kawan-kawan Isa yang lain. Mak ecah lantas menjawab 'Tidak". Jawapan Mak Ecah cukup membuatkan Engku Aziz puas hati.

Sofiy dan isa keluar untuk berbincang. Sofiy bertanya mengapa Isa mengajaknya berkahwin sedangkan Isa sudah bertunang. Isa memberitahu yang Rosa adalah bekas tunang nya. Rosa pernah curang dan membuatkan datuk dan neneknya tidak menyukai Rosa. Sofiy bertanya mengapa datuk seperti tidak menyukai Isa. Isa memberitahu yang dia dibesarkan di sepanyol jadi dia tidak tahu solat. Bagi Sofiy itu bukan alasan nya kerana islam bukan hanya ada di malaysia. Tak kira dimana kita berada , sebagai orang islam wajib untuk solat. 

Isa mula merasakan Sofiy menyebelahi datuknya. Sofiy mengakui perkara tersebut kerana Isa perlu thu Solat agar dapat menjadi ketua keluarga. Isa meminta Sofiy mengahwininya agar Sofiy dapat membimbingnya kearah kebaikan. Sofiy bersetuju dan mencabar Isa yang Isa perlu belajar Solat dan mengaji sebelum mereka berkahwin. Isa perlu membuktikan semuanya sebelum mereka berkahwin. Isa terpaksa bersetuju dengan syarat yang dikenakan Sofiy padanya walaupun dia tahu ianya amat berat.



Sampai Sofiy dirumah, Engku Aziz bertanya tentang Rosa kepada Sofiy.Dia ingin tahu adakah Sofiy tidak pernah bertemu Rosa sebelum ini. Sofiy memberitahu dia memang tak mengenali Rosa. Patut lah Rosa tidak mengenali Sofiy dan menganggap Sofiy sebagai pembantu rumah. Engku Aziz menyuruh Sofiy tidur awal kerana esok dia perlu mengikut Engku Zaharah ke satu tempat.

Isa teringat tentang syarat yang dikenakan Sofiy jika mahu berkahwin dengan nya. Isa yakin dia mampu berubah.Isa membuang semua minuman keras yang ada di dalam peti sejuk dirumahnya.

Engku Zaharah membawa Sofiy ke rumah Isa. Isa terkejut . Engku Zaharah masuk ke dalam rumah dan menjumpai botol-botol minuman keras didalam plastik . Engku Zaharah menjerit memanggil nama Isa sambil menunjuk kan botol minuman kerasa kepada isa. Isa memberitahu yang dia tidak minum minuman keras tersebut. Engku Zaharah mula naik angin dan memarahi Isa.

 

Sofiy mengajak Engku Zaharah pulang. Isa menahan Sofiy dan memjelaskan yang dia betul-betul tidak minum. Dia mahu berubah. Isa mahu Sofiy dan Engku zaharah mempercayainya. Dia bertanya bagaimana dia mahu berubah jika tiada sesiapa mempercayainya. Engku Zaharah yang melihat Isa benar-benar mahu berubah menyuruh Isa cepat bersiap dan keluar bersama nya dan Sofiy. 

Selepas Engku Zaharah pulang kerumah, Sofiy dan isa keluar berdua. Tanpa mereka sedar orang-orang Tina masih mengekori Sofiy. Tina berasa geram kerana Sofiy nampak selesa dan gembira dengan kehidupannya sekarang. 






Engku Zaharah memberitahu Engku Aziz tentang kejadian di rumah Isa. Mereka yakin Sofiy mampu mengubah cucu mereka. Isa nampak lain bila dia bersama Sofiy.Tambahan pula sofiy tahu menjaga batas.

Engku Aziz bertanya pada Isa bila mereka ingin mengadakan majlis akad nikah. Engku Aziz juga meminta Isa menyelidiki latar belakang  Sofiy. Isa memberitahu dia yakin Sofiy bukan seperti gadis lain.

Ketika hendak masuk tidur Isa melihat Sofiy sedang berada di Balkoni. Dia menghampiri Sofiy dan mendapati Sofiy sedang melihat laman sosial Rosa. Isa menyangka kan Sofiy cemburu dengan Rosa. Tapi Sofiy memberitahu yang dia tidak cemburu memandangkan isa dan Rosa tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Engku Aziz bertanya pada Sofiy mengapa Sofiy tidak sambung belajar. Sofiy memberitahu yang dia tidak cukup wang untuk sambung belajar. Engku Aziz mahu sofiy bekerja dengan nya jika Sofiy habis belajar nanti.Sebelum masuk ke dalam rumah, Engku Aziz mengucapkan terima kasih pada Sofiy.Sodiy tertanya-tanya mengapa engku Aziz mengucapkan terima kasih padanya.



Sofiy datang ketempat latihan isa. Engku Zaharah sengaja membawa Sofiy ke tempat latihan dan menyuruh Sofiy sendiri masuk bertemu Isa dan memberikan bekal pada Isa. Sebaik melihat Sofiy datang ke tempat latihan nya , Isa terkejut . Rakan Isa , Jeff yang berada disitu memuji kecantikan Sofiy. Isa nampak tak selesa melihat Sofiy disitu. Dia terus mengajak Sofiy pergi dari situ. Isa memarahi Sofiy dan memberitahu yang dia tidak suka kawan-kawan nya melihat sofiy. 

Sofiy sangat sedih dengan kata-kata Isa. Di mengingatkan isa yang Isa sendiri mengajaknya berkahwin. Bukan Sofiy yang mengajak Isa berkahwin. ketika sedang bercakap dengan Sofiy tiba-tiba Rosa muncul disitu. Dia betanya apa yang dilakukan Sofiy disitu. Sofiy memberitahu yang dia datang untuk menghantar bekalan pada Isa. Tapi memandangnya Rosa sudah sampai mungkin Rosa ingin makan dengan isa dan Sofiy meminta diri untuk pulang sahaja.

Rosa merangkul lengan Isa. Sofiy hanya melihat dan terus beredar dari situ.Kehadiran Rosa membuatkan Isa sangat marah. Sofiy berjalan keluar dari pusat latihan. TIba-tiba Jeff mengejar Sofiy dari belakang. Jeff terus memaksa Sofiy untuk menghantar Sofiy pulang. Isa yang melihat Sofiy menaiki kereta Jeff berasa sangat marah.

Bersambung...

Pelakon Marry Me Senorita

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita

Surat Akhir - Amira Othman


Catat Komen

1 Ulasan

  1. Cantik je janna nick bertudung nampak lagi manis . ouh patutlah isa ajak sofiy kawin

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)