Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 3

MARRY ME SENORITA EPISOD 3Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama


Sinopsis Marry Me Senorita Episod 3

Engku Aziz bertanya pada Engku Zaharah mengapa isterinya itu membenarnya orang yang tidak dikenali bermalam dirumah mereka. Engku Zaharah meminta Engku Aziz agar tidak berburuk sangka memandangkan gadis tersebut adalah orang yang akan Isa kahwini. Engku Aziz tidak mempercayai Isa. Sebab itu lah Engku Aziz risau. 
Engku Zaharah tahu kemarahan Engku Aziz bukan kerana Isa tapi kerana anak dan menantu mereka. Engku Aziz melepaskan kemarahan nya pada Isa. Isa patut diberi peluang jika dia benar-benar mahu berubah. Engku Aziz hilang kata-kata dan terus tidur.

Sofiy yang sedang berehat tiba-tiba mendapat mesej dari Tina. Tina mengugut Sofiy dan akan mencari Sofiy hingga ke lubang cacing. Sofiy sangat takut kerana apa yang dikatakan Isa padanya tentang Tina dan Bard adalah benar.
Isa juga memberitahu segalanya tentang Tina dan bagaimana dia boleh mengenali Tina , Bard dan aktiviti haram mereka. Sofiy sukar melelapkan mata. Dia sangat sedih dengan apa yang terjadi dalam hidupnya. Dia tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukan nya. Jika paklong masih ada tentu semua ini takkan berlaku. Begutu lah yang Sofiy fikirkan kini.

Pagi itu Sofiy bangun dan menunaikan solat subuh. Engku Aziz melihat Sofiy bertanyakan arah kiblat pada pembantu rumah. Selepas solat,Sofiy memohon doa agar paklongnya ditempatkan di syurga. Sofiy bersiap untuk keluar dari rumah Engku Aziz. Sofiy perlahan-lahan turun ke bawah dan membuka pintu.Tapi pintu terkunci. Mak ecah melihat Sofiy ingin keluar.
Sofiy meminta Mak Ecah membuka kan pintu untuk nya. Mak ecah serba salah kerana Sofiy keluar tanpa pengetahuan Isa.Tapi Mak Ecah terpaksa membiarkan Sofiy pergi kerana didesak Sofiy. Sofiy tak tahu kemana arah untuk dituju.

Tok Ketua datang ke rumah Maklong. Dia bertanya tentang Sofiy.Ramai yang sudah bercakap tentang Sofiy yang dikatakan sudah tidak tinggal disitu. Maklong mengatakan yang Sofiy lari dengan lelaki ketika jam 2,3 pagi tanpa pengetahuan nya.Maklongnya terus menfitnah Sofiy pada Tok Ketua.Tok ketua mula berfikir buruk tentang Sofiy. Tapi dia berharap tiada perkara buruk berlaku pada Sofiy.
Isa keluar dari biliknya dan mencari Sofiy. Mak Ecah memberitahu yang Sofiy sudah keluar. Isa sangat terkejut dan keluar mencari Sofiy. Dia risau dengan keselamatan Sofiy.
Sofiy yang menunggu ditepi jalan tiba-tiba dihampiri sebuah kereta merah. Tina keluar dari kereta tersebut. Sofiy mula takut. Tina datang menghampiri dan mengatakan yang dia datang untuk menyelamatkan Sofiy. Di tahu mesti Isa sudah membiarkan dia ditepi jalan. Tina menyangka tekaan nya tepat.
Tina tak habis-habis menghina Sofiy yang konon nya Sofiy sudah tidur dengan Isa dan dicampak kan di tepi jalan. Sofiy meminta tina agar tidak samakan dirinya dengan Tina. Tina bertanya apakah perasaan Hans jika dia dapat tahu yang Sofiy sudah tidur dengan Isa. Sofiy terus menampar Tina.TIna terus menarik Sofiy 

TIna dan lelaki suyruhan Bard cuba menarik Sofiy masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba Isa sampai dan membuatkan Tina dan lelaki tersebut cepat2 masuk ke dalam kereta dan pergi dari situ.
Isa memarahi Sofiy kerana Sofiy tidak mendengar katanya.Isa meminta Sofiy berkahwin dengan nya dan dia akan melindungi Sofiy. Sofiy mengatakan yang perkahwinan adalah satu ibadah dan nikah kerana Allah. Dia tak mahu perkahwinan yang tidak berkat.

Isa tidak kisah dengan apa pun pandangan Sofiy tentang perkahwinan tapi dia yakin mereka akan menjadi pasangan yang baik dan perkahwinan ini adalah untuk kebaikan mereka berdua. Dia juga percaya Datuk dan neneknya akan gembira.
Tina mash belum puas hati pada Sofiy. Dia tetap mahu Sofiy berada ditempat dimana dia berada sekarang. Dia masih berdendam dengan Sofiy.Di emnghubungi Maklong Sofiy di kampung dan menceritakan segala keburukan Sofiy. Berbagai fitnah dilemparkan pda sofiy membuatkan Maklong terus menelefon Sofiy. 
Maklong memarahi Sofiy dan memanggil Sofiy sebagai sundal. Maklong memberitahu yng Tina sudah menceritakan segalanya. Sofiy memberitahu itu semua bohong. Maklong mengatakan yang dia tak mahu ambil tahu lagi tentang Sofiy.
Ketika sedang bersarapan Engku Aziz bertanya sudah berapa lama Isa dan Sofiy berkenalan. Belum sempat Sofiy menjawab, Isa menyampuk dan menjawab, 3 bulan. Engku Aziz bertanya sama ada mereka berdua betul-betul mahu berkahwin. Engku Aziz bertanya, apa rukun islam. Sofiy menjawab dengan lancar.Engku Aziz bertanya lagi sama ada tahu membaca doa qunut dan Alfatihah. 
Isa meminta datuknya hentikan pertanyaan sebegitu,. Engku zaharan mengusik dan mengatakan sepatutnya soalan tersebut ditanyakan pada Isa. Bukan pada Sofiy. Engku Aziz meminta Isa membaca Alfatihah. Isa mengalak dengan mengatakan dia tidak ada wuduk. Engku Aziz bertanya sejak bila perlu wuduk untuk membaca Alfatihah. 

Engku Zaharah cepat-cepat memotong perbualan Engku Aziz dan Isa. Dia mengajak Engku Aziz segera meninggalkan meja makan sebelum pergaduhn menjadi lebih buruk.
Selepas bersarapan Sofiy berbual dengan Mak ecah di dapur. Sofiy bertanya tentang Engku Aziz yang nampak seperti tidak suka kan Isa. Mak Ecah pun menceritakan semua nya kepada Sofiy. Menurut Mak Ecah Isa sejak kecil dibesarkan di Sepanyol dan terikut-ikut budaya disana sehingga tidak kenal halal dan haram. Namun Engku Aziz membawa pulang Isa dan menatap disini.
Mak Ecah juga bertanya sama ada Sofiy benar-benar sayangkan isa  kerana dia dapat melihat hanya Sofiy yang dapat membimbing Isa.
Sofiy menunggu Isa dirumah. Dia berasa bosan kerana hanya berseorangan dirumah. Dia menunggu isa sehingga lewat malam.


Pagi itu Sofiy membuat sarapan untuk keluarga Engku Aziz. Sofiy masih menunggu Isa. Dia masih belum bertemu Isa sejak Isa keluar latihan semalam. Engku Zaharah melihat Sofiy duduk diluar. Dia berbual dengan Sofiy dan bertanya tentang latar belakang keluarga Sofiy. Engku Zaharah mengajak Sofiy keluar membeli belah.Sofiy naik bilik untuk bersiap dan meminta izin dari Isa. Mak Ecah memberikan pakain kepada Sofiy untuk dipakai.Sebaik Sofiy turun ke bawah Engku Zaharah terpegun dengan kecantikan Sofiy.
Isa tiba-tiba muncul dimuka pintu. Dia terpegun melihat Sofiy yang sangat cantik dengan gaun merah jambu. Isa mengajak Sofiy dan nenaknya keluar bersama.

Pulang dari membeli belah, Isa bertanya bagaimana keadan Sofiy tinggal dirumah ini. Sofiy memberitahu yyang Isa tidak sepatutnya meninggalkan nya sendiri dirumah itu. Isa menjawab yang dia tak boleh duduk dirumah itu kerana datuknya tidak suka kan dia. Isa menghuurkan cincin kepada SOfiy. SOfiy hanya melihat dan tidak mengambil cincin tersebut. 

Sofiy bertanya adaah Isa tetap dengan rancangan nya untuk berkahwin...

Bersambung...

Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman


Catat Komen

2 Ulasan

  1. wahh...panas betul nama jannah nick dua tiga tahun ni....tak putus muka dia keluar TV

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)