Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 2

MARRY ME SENORITA EPISOD 2 |Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama.


Sinopsis Marry Me Senorita Episod 2 

Sofiy menghubungi Tina dikuala Lumpur. Dia menghantar mesej pada tina dan memberitahu yang dia sudah dihalau dari rumah. Sofiy memberitahu ingin menumpang di rumah Tina. TIna bersetuju dan akan menunggu Sofiy. 

Sofiy mengejutkan Isa yang sedang tidur. Tapi Isa tidak sedar. Sofiy mendekati Isa dan melihat wajah Isa. Sofiy merasakan Isa seperti lelaki sepanyol yang mempunyai hidung yang tajam. 

Isa tersedar dan melihat Sofiy. Sofiy terkejut dan memberitahu yang hari sudah siang.Sofiy terus turun dari rumah. Isa mengejar dan memberitahu yang keretanya rosak. Sofiy memberitahu yang bengkel hanya ada di pekan. Sofiy ingin meneruskan perjalanan tapi Isa memegang tangan nya.Sofiy terkejut dan memberi amaran supaya jangan sesuka hati menyentuh perempuan .

Isa meminta Sofiy memberikan telfon nya. Tapi Sofiy mengatakn jika ingin menggunakan telefon  , dia boleh menggunakan telefon awam tak jauh dari situ. isa terus mengambil telefon Sofiy danmenghubungi telefon nya menggunakan telefon sofiy. Kini dia sudah mendapatkan no telefon Sofiy.



Sofiy tidak selesa dengan tindakan isa mengambil no telefon nya tanpa kebenaran. Isa memberitahu yang jaket nya digunakan oleh Sofiy. Sofiy ingin memulangkan kembali Jaket Isa. Tapi Isa menolak kerana dia tak mahu Jaket yang sudah kotor. Sofiy perlu memulangkan jaketnya selepas dicuci.

Isa terus berjalan meninggalakan Sofiy. Dia sempat berpesan supaya berhati-hati dengan kawan. Bukan semua orang yang dianggap kawan boleh dipercayai. 

Sofiy sampai di kuala Lumpur. Dia menunggu Tina menjemputnya. Tina muncul dan gembira menyambut Sofiy. Sofiy meminta maaf kerana menyusahkan Tina. Tina membawa Sofiy kerumahnya. Rumah Tina sangat besar dan tentu mahal. Tina yang dia kenali hanya bekerja dikedai makan mampu tinggal dirumah yang besar dan mempunyai kereta yang besar. Sofiy mengucapkan terima kasih kepada Tina kerana membantunya.




Isa menghubungi Sofiy . dia bertnya bila Sofiy akan memulangkan jaketnya.Sofiy membalas dengan memberi salam. Sofiy memberitahu jaketnya akan dipulangkan selepas dicuci dia tidak berniat mencuri jaket Isa. Sofiy dan Isa berbalas mesej melalui telefon.

Sebelum menamatkan perbualan Isa sekali lagi berpesan agar Sofiya jangan terlalu mempercayai seseorang yang bernama kawan.

Tina baru hendak keluar. Sofiy memberitahu yang dia menggunakan barangan didalam rumahTina. TIna tak kisah. Sofiy menegur opakaian Tina ayang agak seksi. TIna mengatakan yang dia tak perlu risau. Tina bertanya sama ada Sofiy ingin keluar makan dengan Hans. Sofiy terdiam mendengar nama Hans. TIna menyedari perubahan wajah sofiy dan meminta maaf kerana membuat Sofiy tidak selesa mendengar nama Hans.

Tina membawa Sofiy ke tempat kerjanya. Sofiy melihat  tempat kerja Tina yang tidak seperti digambarkan. Sofiy mula tak sedap hati. Dia meminta untuk pulang ke rumah sahaja. Tina melarang dan eminta Sofiy agar bekerja di situ kerana susah nak dapatkan kerja si kuala lumpur. Sofiy menolak dan menasihatkan Tina yang perkejaan nya ini haram. Tina memberitahu yang dia melakukan kerja tersebut demi menyara ibu nya di kampung.Dia mahu Sofiy juga senang.

Tina memaksa sofiy masuk kedalam sebuah bilik. Sofiy terpaksa masuk kedalam bilik . Tak lama kemudian Tina masuk bersama seorang lelaki yang dikenalinya sebagai bos. Sofiy tak selesa dan memberitahu Tina yang dia ingin ke tandas. Sofiy keluar dan menghubungi Isa. Dia meminta tolong Isa menyelamatkan nya dari Tina. Sofiy menghantar location ke pada Isa.

Isa bertanya apa yang dia dapat jika menyelamatkan Sofiy. Sofiya tak mahu berharap pada Isa. Sofiy meminta pa da Tina agar membiarkan nya pulang. Dia tidka mahu bekerja di situ. Tina memberikan wang pada Sofiy untuk memujuk Sofiy. Tapi Sofiy tak mahu.Tina terus memaksa Sofiy. Sofiy merayu agar Tina melepaskan nya. Tiba-tiba Isa muncul di hadapan Sofiy dan Tina.



Isa mengugut Tina dan bosnya supaya jangan menbabitkan Sofiy kerana Sofiya adalah miliknya. Dia juga sangat mengenali bos Tina, Tiger yang mempunyai banyak masalah sebelum ini. Isa juga memberitahu Tina yang TIna adalah kawan yang tak berguna kerana sanggup mempergunakan kawan baiknya sendiri.Isa terus membawa Sofiy keluar dari situ.

Sofiy tidak tahu ujian apa yang sedang dilaluinya ini. Mula-mula dia dihalau maklong kemudian kawan baiknya menipu nya. Sofiy tertidur didalam kereta yang sedang dipandu Isa. Isa memberhentikan kereta di depan rumah Tina dan menyuruh Sofiy mengemas semua barang-barang dan keluar dari rumah tina dengan segera. Dalam terpaksa Sofiy bergegas keluar dan masuk kedalam rumah mengemas barang2 nya.

Sebaik keluar dari rumah Sofiy mengajak Isa segera pergi dari situ. Dia risau jika Tina pulang ke rumah. Isa memberi tahu yang selaagi Sofiy bersamanya , tiada sesiapa yang berani menyentuh Sofiy. Isa juga tahu nama sebenar Sofiy. Isa memperkenalkan dirinya sebagai Isa Alejendro. 

Isa meminta Sofiy membantunya pula kali ini. Dia akan membawa Sofiy pulang kerumah. Sofiy terkejut dan tidak tahu apa niat sebenar Isa. Isa membawanya p[ulang ke rumah Engku Aziz . Sebaik Engku Aziz melihat Isa dia mula naik angin dan memarahi Isa yang muncul dirumah selepas apa yang dilakukan isa di kelab malam.Dari luar rumah Sofiy mendengar Isa dimarahi Engku Aziz.






Isa meminta maaf dan berjanji takkan buat lagi. Dia tahu dia telah mengecewakan Engku Aziz. Dia ingin diberikan peluang sekali lagi. Engku Aziz menghalau dan dia tak mahu ada cucu yang tak guna seperti Isa.Engku Aziz tertap berkeras,. Isa memberitahu yang dia mahu berkawin.Dan dia akan berubah.

Mendengar kata-kata Isa, Engku Aziz bertanya pada Isa naka hgadis mana yang Isa sudah rosak kan. Isa menyuruh Sofiy masuk ke dalam rumah.Sofiy menolak. Isa tetap memaksa Sofiy masuk. Sofiy terpaksa mengikut kata Isa. 

Isa memperkenalkan Sofiy kepada datuk dan neneknya sebagai bakal isterinya. Datuk dan nenekanya sangat terkejut dan seperti tak percaya dengan pilihan Isa kali ini. seorang gadis bertudung dan sopan. Isa meyakinkan datuk dan neneknya yang dia benar-benar mahu mengahwini Sofiy. Dia mahu memilih wanita yang beragama dan dia akan buktikan yang dia akan berubah.



Sofiy memberitahu yang dia tak mahu berkahwin dengan Isa. Isa memberitahu Engku Aziz yang kekasihnya sedang merajuk. Sofiy berkali-kali memberitahu dia tak mahu berkahwin dengan Isa dan terus berlari keluar dari rumah. isa mengejar Sofiy. Sofiy cuba memanjat pagar. Isa muncul dan meminta Sofiy membantunya.

Sofiy memberitahu yang dia betul-betul berterima kasih atas bantuan Isa tapi dia tak mahu Isa melibatkan nya dalam masalah keluarga Isa.Isa merayu pada Sofiy agar dapat membantunya.Isa memberitahu selain niatnya berkahwin dengan Sofiy dia juga ingin melindungi Sofiy dari Tina. TIna tak kan melepaskan Sofiy dan dia akan datng mencari Sofiy.

Sofiy memberitahu yang dia tak mahu terlibat dengan Masalah Isa dan masalah tina. kerana dia juga sudah mempunyai banyak masalah. Isa terus meminta Sofiy mengahwininya jika tak mahu terlibat dengan masalah-masalah tersebut..

Sofiy terdiam..

Bersambung...

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman


Catat Komen

2 Ulasan

  1. Mcm best je cerita ni..tp xde astro nk tgk hehe

    BalasPadam
  2. menarik aja jalan ceritanya....tapi malas nak layan drama skrg....

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)