Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA EPISOD 11

MARRY ME SENORITA EPISOD 11 Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama.



Sinopsis Marry Me Senorita Episod 11

Isa tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Sofiy. Sofiy memberitahu dia ada untuk Isa jika apa-apa yang berlaku pada Isa. Sofiy tahu ada benda yang tk kena dengan Isa. Isa tentu risaukan tentang Tournament yang tak lama lagi. Isa mula nya agak risau jika Sofiy tahu tentang Rosa Tapi dia lega kerana Sofiy fikir dia risau tentang Tournament. Isa bertanya jika Sofiy rindukan atuk dan nendanya. Sofiymengakui merindui mereka.

Maklong membaca berita di sosial media. seorang anak orang kampungnya  ditahan polis kerana menggunakan dadah. Ila terkejut dengan berita tersebut kerana dia mula risau jika dia juga akan ditangkap.

Ila risau jika pemuda yang ditangkap mendedahkan dari mana dia mendapat bekalan dadah. Ila masuk kebilik dan memeriksa dadah yang disimpan di dalam biliknya. Dia cepat-cepat menyembunyikan bungkusan dadah dibelakang almarinya.

Rosa memberitahu Marini yang Isa sebenarnya sayangkan nya. Marini sangat gembira mendengar kata Rosa. Rosa juga memberitahu yang sepanjang hari Isa bersamanya, Isa langsung tak menghubungi Sofiy. Marini bertambah gembira dan yakin Isa akan meninggalkan Sofiy dan kembali pada kehidupan lama bersamanya.

Rosa yakin Isa sebenarnya berlakon sahaja untuk menjadi baik demi Engku Aziz. Dia rasa Isa takut jika dihalau Engku Aziz sepertimana Engku Aziz lakukan pada marini. Marini yakin selepas Engku Aziz mati semua harta akan jatuh ke tangan nya kerana dia anak tunggal.

ketika Sofiy sedang tidur Isa teringat tentang Kata-kata Sofiy yang dia sangat rindukan Engku Aziz dan Engku Zaharah. Sofiy memberitahu yang dia rasa ingin pulang ke rumah nendanya malam ini jugak. Isa teringat sewaktu bertemu dengan rosa siang tadi, Rosa meminta telefon nya. Rosa merampas telefon Isa dan memadam telefon isa agar Sofiy tidak dapat menghubunginya. Rosa mengugut akan memberitahu Sofiy yang Isa berjumpa dengan nya. Rosa juga mengugut Isa untuk memberitahu Engku Aziz yang Isa datang ke johor untuk bertemunya.



Isa tak tahu apa yang harus dilakukan dan hanya mengikut kata-kata Rosa. Isa risau memikirkan jika Sofiy dan atuknya tahu tentang Rosa. Perubahan sikap Isa membuatkan Sofiy mula berfikir yang isa sudah bosan dengan nya. isa mungkin menyesal berkahwin dengan nya.

Ila berjumpa Amir dan  bertanya tentang Bard, lelaki yang ditangkap kerana menggunakan dadah. Amir mengatakan dia sudah tahu tentang berita tersebut. AMir meminta Ila bertenang dan jangan gelabah. Amir meminta Ila agar jangan sampai orang lain tahu tentang apa yang mereka lakukan.

Idora yang sedang sarat hamil berdiri di tepi tingkap sambil menangis. Dia teringat tentang Haris yang membuatkan dirinya hamil. lelaki tersebut menghilangkan diri sebaik tahu dirinya hamil. Walaupun Idora merayu pada Haris, tapi Haris meminta agar Idora menggugurkan kandungan tersebut. Haris tak mahu bertanggungjawab kerana mereka masih belajar dan tantu keluarganya juga tidak bersetuju.

Idora tinggal dengan ibu angkatnya. Ibu angkatnya menjaga Idora dengan sangat baik.



Ketika yakin Sofiy sudah keluar untuk ke kolej. Isa menjawab panggilan dari Rosa.  Isa memarahi Rosa kerana asyik mengajak nya berjumppa. Ketika itu Sofiy masuk semula kerumah dan mendengar perbualan Isa. Isa terkejut kerana Sofiy berada di depan pintu. Sofiy bertanya dengan siapa Isa berbual. Isa memberitahu dia sedang bercakap dengan jurulatihnya. Sofiy tahu isa menipunya. DIa masuk ked alam rumah dan keluar selepas mengambil baran yang tertinggal.

Di kolej Sofiy menghubungi Nenda. Nenda bertanya tentang Isa. Sofiy menjawab dengan malas . Nenda bertanya jika Sofiy ok atau tidak. Nenda tahu Sofiy seperti merahsikan sesuatu. Sofiy sebenarnya yakin Isa seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

Tiba-tiba Adam muncul dan bertanya mengapa Sofiy seperti banyak berfikir. Tanpa Sofiy sedar dia sedang diperhatikan. Seseorang cuba merakam gambar Sofiy dari jauh.

Tina sudah menghilangkan diri. Dia mula di kejar bapak ayam yang mencarinya. Tina mendiamkan diri didalam rumah tanpa sesiapa tahu keadaan nya. 

Ketika Sofiy sedang memeriksa pakaian Isa, Sofiy menjumpai beberapa bil milik Isa. Sofiy tertanya -tanya dengan siapa Isa makan diluar. Tiba-tiba adam menelefon Sofiy mengingatkan tentang group discusion. Sofiy memminta Izin untuk keluar dari Isa. Isa mengizinkan Sofiy pergi malah memberitahu yang Sofiy tak perlu meminta Izn jika ingin keluar untuk ke kolej atau untuk group discusion. 

Selepas habis urusan dengan adam Sofiy berjalan keluar., Adam mengajak Sofiy makan dan keluar menonton wayang. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti  tidak jauh dari Sofiy. Sofiy melihat kereta tersebut dan ternampak Isa dan Rosa di dalam kereta tersebut. Sofiy sangat marah dan terus memberitahu adam yang dia ingin pulang kerumah. Adam terkejut dengan sikap dingin Sofiy.

Isa menghentikan kereta ditepi jalan dan menyuruh Rosa segera keluar dari keretanya. Tiba-tia isa ternampak gambar Sofiy dengan seorang lelaki. Isa bertanya bagaimana Rosa mempunyai gambar tersebut. Rosa memberitahu gambar tersebut dihantar oleh Marini. Isa meningking Rosa dan Rosa terus keluar dari kereta. Rosa gembira kerana berjaya membuat isa marah sebaik melihat gambar Sofiy bersama Adam.


Isa pulang kerumah. Sebaik isa Masuk Sofiy ingin bertanya pada isa tentang apa yang dilihat. tapi Isa lebih dahulu bertanya pada Sofiy siapakah lelaki di dalam gambar bersama Sofiy. Sofiy terkejut kerana Isa nampak sangat marah. Sofiy bertanya adakah isa mengahntar orang untuk mengikutinya. Isa bertanya adakah Sofiy menipunya. Sofiy memberitahu adam adalah rakan sekelasnya. 

Sofiy pula bertanya pada Isa adakah Isa sebenarnya menyembunyikan Rosa selama ini. Sofiy mengakui dia nampak Isa keluar dengan Rosa.. Sofiy mengatakan yang Isa sebenarnya masih sayangkan Rosa. Isa tidak mengakui apa yang dikatakan Sofiy. Sofiy meminta Isa supaya jangan menipunya lagi kerana perkahwinan mereka bukan kerana cinta. Sofiy yakin dia bodoh kerana memberi harapan dan mempunyai perasaan p[ada Isa. Sofiy terus berlalu meninggalkan Isa. Isa sangat sedih kerana Sofiy salah sangka dengan nya.

Rosa cuba menghubungi Isa berulang kali. Tapi Isa langsung tak menjawab panggilan Rosa. Marini yakin Isa dan Sofiy sedang bergaduh kerana itulah Isa tak menjawab panggilan Rosa. Rosa gembira mendengar pujukan Marini. Marini mencadangkan agar Rosa pergi berjumpa Isa keesokan hari untuk memujuk Isa.

Dirumah Sofiy mengelak dari bersua muka dengan Isa. DIa masih marah dengan isa yang menipunya. Isa cuba mendekati Sofiy tapi Sofiy menjauhkan diri darinya. 


Idora teringat ketika pertama kali bertemu atuknya, Atuknya memerahi Isa dan idora yang memakai kasut didalam rumah. Engku Aziz juga memengkritik cara berpakaian idora. Engku Aziz juga mengarahklan mak ecah membakar semua pakaian Idora. Ketika itu Idora sangat membenci atuknya. Isa dan idora langsung tidak suka kan atuknya. Mereka merasakan atuknya sangat garang dan tidak memahami mereka.

Idora juga pernah mencuri-curi untuk keluar dengan kawan-kawan nya. Tapi Engku Aziz tidak mengizinkan Idora keluar. Engku Aziz meminta Idora mencari kawan yang baik. Bukan lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan pada idora. Idora mula menyesal kerana tidak patuh dengan kata-kata Engku Aziz. Jika dahulu dia mendengar kata-kata atuknya tentu perkara sebegini tidak terjadi padanya.

Rosa menemui Isa di tempat latihan isa. Rosa memberitahu yang dia akan memujuk Isa kerana dia tahu isa tentu sedang marahkan Sofiy sekarang.Isa bertanya apa yang Rosa mampu lakukan. Rosa mengajak Isa berjalan-jalan dan membeli belah. Isa hanya ketawa dan mengatakan jika keluar dengan Rosa lebih baik dia keluar dengan Sofiy sahaja. Isa juga berpsan pada Rosa yang rosa tak perlu mengugutnya lagi kerana Sofiy sudah tahu Rosa berada di Johor. Rosa kecewa kerana Isa langsung tak mengendahkan nya lagi.

Adam membelikan minuman untuk Sofiy. Adam bertanya apakah masalah Sofiy yang membuat Sofiy termenung. Sofiy memberitahu dia mempunyai masalah dirumah. Adam emmujuk mengatakan bergadih dengan housemate adalah perkara biasa. Sofiy memberitahu yang dia sedang bergaduh dengan suaminya. Adam terkejut apabila Sofiy menyebut tentang suami. Dia tidak menyangka selama ini Sofiy sudah berkahwin.


Adam bertanya mengapa selama ini dia tidak tahu yang sofiy sudah berkahwin. Sofiy mengatakan dia pernah memberitahu Adam yang dia sudah berkahwin. Mungkin dia terlupa. Adam bertanya siapakah suami Sofiy.Sofiy serba salah untuk meberitahu Adam. TIba-tiba Isa muncul di pintu dan memberitahu dia adalah suami Sofiy. 

Sofiy bertanya adakah Adam tidak tahu yang kisahnya pernah viralkerana merampas tunang orang. isa memberitahu yang itu bukan salah Sofiy. Sofiy mengemas barang-barangnya dan meninggalkan Isa dan Adam. Isa memastikan adam dan Sofiy hanya berkawan. Dan adam emngakuinya. Isa terus pergi meninggalkan Adam yang masih tak percaya sofiy sudah berkahwindan suaminya adalah Isa Alajendro.

Rosa mengadu pada Marini tentang isa yang sudah tidak mempedulikan nya. Marini dan Rosa mula merancang sesuatu. 

Dalam diam Engku Aziz mengarahkan orang-orangnya mencari Idora. Tapi mereka tak menemui Idora. pembantunya meminta Engku Aziz membuat laporan polis. Engku Aziz tak yakin untuk membuat lkaporan polis kerana Idora pernah menghilang sebelum inidan muncul semula. Pembantu Engku Aziz risau kerana jejak Idora langsung tak diketahui. Dia risau jika sesuatu yang burukberlaku pada Idora. 



Sofiy bertanya mengapa Isa datang bertemu dengan nya dikolej. Sofiy tak mahu berjumpa dengan Isa. Sofiy menyuruh Isa berjumpa dengan Rosa dn dia tak kan memberitahu atuknya. Isa bertanya sampai bila Sofiy akan merajuk.Dia meminta maaf tentang Adam. Dia juga mengakui salahnya bertemu Tina. Tapi Tina mengugutnya dan dia tidak mahu Rosa mengganggu Sofiy.

Sofiy masih tak boleh menerima alasan yang diberikan Isa padanya..


Bersambung...


Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman

Tonton Marry Me Senorita Episod 11

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)