Advertisement

ads

MARRY ME SENORITA ePISOD 10

MARRY ME SENORITA EPISOD 10Drama daptasi dari novel "Mary Me Senorita " akan disiarkan pada 2021. Drama bersiri dengan 20 episod ini dibintangi oleh pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann. Mary Me Senorita akan disiarkan di Astro Ria untuk slot Megadrama.


Sinopsis Marry Me Senorita Episod 10

Sofiy terkejut menerima pesanan di telefon nya. Dia tahu pesanan tersebut dari adam. Ketika sedang membaca mesej tersebut isa datang dari belakang dan bertanya sama ada sofiy tidak penat membuat banyak perkara. Isa menawarkan untuk menggunakan khidmat pembantu rumah tapi Sofiy menolak kerana hanya mereka berdua dirumah tersebut.Sofiy bertanya Isa tentang Marini. Sofiy tak mahu hubungan Isa dan Marini renggang kerana nya.

Isa menghantar sofiy ke kolej nya.Sebaik Isa berlalu pergi Adam muncul dan bertanya mengapa Sofiy tidak membalas pesanan nya. Sofiy menjawab yang tidak ada perkara penting yang membuatkan dia perlu membalas pesanan adam. 

Maklong sangat gembira kerana Ila memberikan wang kepadanya. Dia membeli belah dan berbangga-bangga dengan ila yang memberikan nya wang. Dia tidak tahu Ila menjadi pengedar dadah dikampung. Maklong mula meminta Ila mencarikan orang gaji untuknya. Ila sangat terkejut dan membiarkan maklong dengan anagan-angan nya.

Ketika sedang memasak Adam menghubungi Sofiy. Sofiy berpesan pada adam agar jangan menghubunginya jika tidak ada perkara penting. Baru saja Sofiy ingin mmeberitahu yang dia ingin menyambut kejayaan Isa, tiba-tiba panggilan telefon terputus. Isa sampai kerumah dan Sofiy terus merangkul leher suaminya dan mengucapkan Tahniah pada Isa. Sofiy sudah menyediakan makan malam istimewa untuk Isa. Isa memuji kepandaian isterinya memasak.

Ketika sedang duduk berehat bersama Isa, Sofiy bertanya bila Isa ingin pergi melawat marini. Isa tak tahu kerana dia tak rasa Marini mampu menerima Sofiy. Sofiy terus memujuk Isa agar jangan berputus asa. Isa memberitahu bukan mudah untuk mengubah ibu dan ayahnya. Sofiy tak mahu Isa lepas tangan. Sofiy mahu dia dan Isa menarik ibu dan ayah Isa ke jalan Allah.

Isa mengajak Sofiy keluar diner esok kerana Jeff sudah menempah makan malam disebuah hotel untuk mereka. Sofiy sangat gembira.Isa juga membuat temujanji untuk Sofiy disebuah pusat kecantikan. Sebaik pengurus pusat kecantikan mengetahui Sofiy adalah isteri Isa, Sofiy diberikan layanan yang baik.


Isa sudah sampai dan menunggu Sofiy untuk makan malam. Tiba-tiba Rosa yang muncul dihadapan nya. Isa sangat terkejut dan bertanya apa yang dilakukan Rosa disitu. Isa meminta Rosa hentikan semuanya. Sofiy menghubungi Isa dari luar hotel. Isa tak menjawab panggilan Sofiy. Dia tak mahu Rosa melukakan hati Sofiy. 



Isa meminta rosa pergi tapi Rosa menolak dan mengatakan Sofiy yang merampas Isa darinya. Rosa berkeras tak mahu bangun walaupun Isa menariknya. Isa akhirnya mengajak Rosa keluar dri situ. Rosa tersenyum kerana dia merasa Isa sudah lembut hati padanya. 

Sofiy masuk ke dalam hotel dan menunggu Isa untuk makan malam. Isa yang keluar dari hotel bersama Rosa meminta Rosa pergi dari situ dengan segera. Roisa tak mahu kerana dia tahu Isa ingin pergi berjumpa Sofiy. Isa memberitahu yang tindakan Rosa tidak akan merosak kan hubungan nya dengan Sofiy. Isa meminta Rosa menghentikan semua ini. Riosa mula naik marah dan bertanya mengapa Isa membawa Sogiy ke tempat yang selalu mereka pergi sebelum ini. Rosa mengugut Isa untuk memberitahu Sofiy yang dsini lah tempat Isa melamarnya. Rosa mengajak Isa keluar makan bersamanya. 

Engku Aziz berasa tak sedap hati ketika selepas bersolat. Engku Zaharah bertanya mengapa Engku Aziz nampak sedikit risau. Engku Aziz meminta isterinya menghubungi Sofiy dan Isa. Tapi panggilan telefon nya tidak dijawab. 

Sofiy pulang kerumah dengan perasaan kecewa dan tertanya-tanya mengapa Isa tidak muncul ketika makan malam. Sofiy sedih dan berasa seakan tertipu. Sofiy menangis dan bertanya kemana isa pergi menadangkan isa tiada dirumah.

Isa duduk melepak bersama Rosa. Rosa terus menahaan Isa dari pulang. Isa hanya mengikut kehendak Rosa kerana risau dengan ugutan Rosa. Rosa memuat naik gambarnya bersama Isa disosial media selepas Isa pulang. 

Sebaik sampai dirumah Isa melihat Sofiy tertidur diatas sofa. Dia sedih dan rasa bersalah pada Sofiy. Sofiy terjaga dan beritahu yang dia risau kerana Isa tidak dapat dihubungi.Isa memberi alasan yang jadual nya tiba-tiba berubah dan membuatkan dia tak dapat bertemu Sofiy.

Rosa menetap dirumah Marini. Marini memberitahu yang dia gembira melihat gambar Rosa bersama Isa. Rosa meminta Marini jangan risu kerana dia akan memastikan yang Isa kembali kepada nya. Marini lega mendengar kata Rosa.


 

Isa bersiap untuk keluar berjumpa Rosa. Isa memberi alasan yang dia ingin berjumpa kawan. Sofiy risau jika Isa ada menyembunyikan sesuatu darinya. Sewaktu di hotel semalam, pelayan memberitahu yang Isa sudah sampai tapi mungkin Isa ada hal lain dan telah keluar. Sofiy yakin ada sesuatu yang Isa sembunyikan darinya.Sofiy mendapat panggilan dari Adam. Adam memminta Sofiy datang ke kolej



Sam hairan mengapa Sofiy dan Isa tidak tinggal dengan Marini. Dia juga hairan bagaimana Isa boleh bertemu dengan Sofiy. Berbagai persoalan muncul dikepala Sam.

Engku Aziz dan Engku Zaharah berjalan-jalan di taman sambil berbual. Engku Zaharah teringat kepada Isa dan Idora ketika mereka masih kecil. Ketika itu Isa dan Idora sangat rapat. Tapi apabila dah besar masing2 membawa haluan sendiri. Engku zaharah tak mahu menyalahkan idora kerna Idora masih mentah. Engku Aziz kecewa kerana anak dan cucunya langsung tak boleh diharap. Engku zaharah dah mula rindukan Idora. Dia sangat risau dengan keadaan Idora. Engku Aziz memberitahu isterinya supaya jangan risau kerana Idora pernah lari ke sepanyolk meninggalkan mereka. 

Engku Zaharah menjelaskan yang ketika itu Marini yang memaksa Idora ke Sepanyol.Bukan salah Idora. Engku Aziz tetap yakin Marini yang menyebunyikan idora kerana marini memang tidak suka Idaora dan Isa rapat dengan atuk dan neneknya.Tapi Engku Zaharah yakin Idora tidak ada bersama Marini.

Sofiy sampai ke kolej . Adam sangat gembira dapat melihat Sofiy. Tapi Sofiy sebenarnya sedang emmikirkan tentang isa. Isa terpaksa menemani Rosa berjalan-jalan. 

Sam datang kerumah Engku Aziz untuk makan malam. Selepas makan Sam duduk berbual dengan Engku Aziz. dia melihat Engku Aziz seperti memikirkan sesuatu. Sam bertanya bagaimana keadaan Isa dan Sofiydi sana. Engku Aziz cuma risaukan Marini sahaja kerana dia tahu sikap marini yang sebenarnya.Sam bertanya jika Eng,ku Aziz mahu Sam melihat keadaan mereka di johor. Engku Aziz melarang dan dia yakin Isa mampu menjaga Sofiy. Engku Aziz bertanya mengapa Sam bertanya tentang isa dan Sofiy. Sam mengatakan yang dia cuma risaukan mereka.


Sebaik habis kelas di kolej Sofiy pulang kerumah. Tapi isa masih belum pulng. Ketika Isa pulang Sofiy bertanya kemana Isa pergi hinga tidak boleh dihubungi. Isa mengatakan dia tak sempat menghubungi Sofiy. Isa bertanya sama ada Sofiy sudah makan. Sofiy mengatakan dia belum makan. Dia tak mahu masak dan makan sendiri.

 


Isa memujuk Sofiy dan memberitahu yang dia akan memasak untuk Sofiy. Isa juga menyuap Sofiy makan. Ketika makan Isa meminta maaf pada Sofiy kerana sejak akhir-akhir ini dia tak banyak meluangkan masa untuk Sofiy. Sofiy memegang tangan Isa dan memberitahu yang Isa jangan menyembunyikan apa-apa darinya. 


Bersambung.. 


Pelakon

Janna Nick 

Dini Schatzmann 

Yasmin Hani 

Dato Jalaludin Hassan 

Fadilah Mansor 

Shaza Bae 

Siti Khadijah Halim

Natasha Elyzza 

Asha Merican 

Soundtrack Marry Me Senorita 

Surat Akhir -Amira Othman

Tonton Marry Me Senorita Episod 10

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)