Advertisement

ads

MALAYSIA DITANGGA KE 8 PALING RAMAI MENONTON KONSERT ONLINE BLACKPINK "THE SHOW"

MALAYSIA DITANGGA KE 8 PALING RAMAI MENONTON KONSERT ONLINE BLACKPINK "THE SHOW" | YG Entertainment telah mendedahkan maklumat baru mengenai negara mana yang mengikuti konsert dalam talian BLACKPINK baru-baru ini.



Pada 31 Januari, BLACKPINK mengadakan konsert dalam talian pertama mereka " THE SHOW ", dan peminat di seluruh dunia mengikuti live streaming untuk kemunculan kumpulan Kpop dari Korea Selatan itu. 

Konsert tersebut memerlukan penonton untuk membeli keahlian saluran YouTube rasmi BLACKPINK untuk menontonnya, dan ia menarik sekitar 280,000 ahli yang membayar untuk mendapatkan keahlian.

YG Entertainment telah mendedahkan negara mana yang paling ramai menonton konsert online "THE SHOW." Amerika Syarikat berada di tempat pertama, dengan 19.2 peratus dan senarai  12 negara teratas adalah seperti berikut:


1- Amerika Syarikat

2- Thailand

3- Filipina

4- Jepun

5- Mexico

6- Korea Selatan

7- Hong Kong

8- Malaysia

9- Indonesia

10- Brazil

11- Kanada

12- United Kingdom



BLACKPIK kini memegang gelaran artis wanita dengan subsciber terbanyak di YouTube - dan yang kedua secara keseluruhan. Ini juga menyaksikan lonjakan langganan YouTube yang meningkat kerana "THE SHOW." 

Pada minggu selepas pengumuman konsert online,langganan di Youtube BlackPink meningkat sebanyak 2.7 juta menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 56.8 juta subsciber.

Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)