Advertisement

ads

LIFE BAGGAGE KARYA TERBARU SYAZ EYM JADI PENEMAN WAKTU REHAT SAYA

LIFE BAGGAGE  KARYA TERBARU SYAZ EYM JADI PENEMAN WAKTU REHAT SAYA |  Kekangan masa buatkan saya memang tak dapat nak blogwalking ke blog kawan-kawan macam dulu. Setiap hari memang sibuk dengan anak-anak yang mula belajar dari rumah. Sekolah anak saya ni tak buat pun seisi belajar online. Jadi memang kami ibu bapa kena berkorban masa jadi guru dirumah. Cikgu cuma sediakan video dan latihan untuk anak-anak.

Adam - adik kepada Edwin


Ibu bapa tak boleh lepas tangan kena juga menggantikan cikgu-cikgu dengan rujukan yang cikgu bagi tu.. Bukan salah cikgu-cikgu tapi cikgu-cikgu ni faham ada keluarga yang tak berkemampuan untuk sediakan kemudahan macam keluarga yang mampu. Lagipun kebanyakan ibu2 kepada anak-anak kelas anak saya adalah surirumah sepenuh masa. Kami tak de masalah nak mengajar anak. Cuma memang letih sikit la.Tapi sambil2 pantau anak sempat juga tu baca novel. Heheh


Budak yang suka kotak ni, belajar pun atas kotak ye..


Sebab tu la kalau korang perasan, saya memang tak sempat langsung nak blogwalking sekarang ni. Kebetulan start semalam saya cuti. Dan ikut jadual semalam ada kelas pendidikan islam ,anak kena mengaji dan buat hafazan. So tugas tu memang ayah dia la kena pegang. Dapat la rehat sekejap dan draft entry ni. Rindu juga nak blogwalking.Tengah2 merindu tiba2 dapat tau penulis blog dan Novelis, Syaz Rahim dah keluarkan novel kedua. Apa lagi, sambar terus la.

Life Baggage


Jadi hari ni saya nak bercerita tentang novel yang baru saya dpat ni. Dah dapat minggu lepas.Seronok betul dapat buku dari novelis yang kita minat. Saya memang suka karya-karya Syaz ni. Bila dah tak dapat baca blog Syaz, memang buku dia lah yang jadi peneman nya.

Bila letih mengadap anak belajar, nak layan sosial media pun jemu jugak.Baca novel je la yang boleh buat otak berehat sikit dari memikir masalah dunia.



Selepas Terkaitnya Kita, sekarang dah ada Life Baggage. Novel kedua nampak lebih menarik dan lebih tebal. Tu yang best tu. Sedap pula membaca nya. Cover novel ni pun nampak menarik dan saya suka warna cover ni. Kalau orang tengok kita baca novel ni mesti terkalih-kalih leher depa nak tau buku apa kita dok baca ni..kan??



Satu lagi yang saya suka font yang digunakan. Sedap mata memandang bila guna font besar macam ni. Maklum lah, mata orang tua macam saya ni, ehem... Hahah..

Saya memang dah biasa baca karya Syaz di blog. Jadi setiap watak dalam Life Baggage ni tak asing pada saya. Sebab tu bila baca jadi best sebab kita dah memang kenal setiap watak tu. Rasa macam jumpa kawan lama pulak. Hahhaha.

Terima Kasih Syaz...


Terhibur sangat dengan kisah Dewi dan Hatim tu.Tak boleh la nak cerita lebih-lebih dalam ni. Korang kena baca la ye. Apa pun untuk novel kedua Syaz ni saya bagi 4 / 5 star . boleh tak?

Kalau korang nak dapat kan novel ni , boleh klik banner Life Baggage kat atas post ni. Harga cuma rm38 termasuk postage. Cepat2 korang. Syaz dah nak keluarkan novel ketiga nih.. :p



Catat Komen

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah terharu saya atas ulasan ikhlas dari Kak Diana, semoga terhibur buat semua pembaca ;)

    BalasPadam
  2. TERBAIK SYAZ PROAKTIF BERKARYA

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)