Advertisement

ads

LELAKI TERKEJUT RUPANYA DIA DIPERAS UGUT OLEH ANAK LELAKINYA SENDIRI YANG BERUSIA 11 TAHUN

Bulan lalu seorang lelaki dari Ghaziabad, India telah membuat laporan polis mengenai satu rancangan penggodam memeras ugut keluarganya. Rajiv Kumar mengadu bahawa akaun e-melnya telah digodam pada 1 Januari, dan sejak itu dia menerima ancaman dan tuntutan wang dari sekumpulan penggodam. 



Penjenayah tersebut meminta Rs 10 juta (sepuluh juta rupee), atau mereka akan menyebarkan gambar-gambar peribadi milik Kumar kepada orang ramai, dan kemudian membunuhnya dan keluarganya.

Pad awalnya Kumar  mengabaikan e-mel yang mengancam nya tetapi kemudian penggodam mula menghubunginya melalui telefon. Dia kemudian nya menukar nombornya tapi entah bagaimana penggodam tersebut kemudiannya  mula menghubunginya di rumah keluarga. 

Pada satu ketika, Rajiv Kumar menyedari bahawa penggodam yang mengugutnya sedang memerhatikan gerak gerinya dan keluarganya. Dia panik dan menghubungi polis.



Kes didaftarkan di bawah seksyen Kanun Keseksaan India termasuk ugutan jenayah, menghina  wanita dan penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan huru hara, mengikut seksyen dan akta di negara tersebut. 

Semasa siasatan, polis mengesan IP dari e-mel ugutan pada awal-awal mesej dihantar. Mereka mendapati mesej di hantar melalui dalam rumah Kumar sendiri.

India Today melaporkan bahawa polis menyoal siasat anak lelaki Kumar yang berusia 11 tahun, dan dia mengaku bahawa dia adalah orang yang memeras ugut keluarganya sendiri. 

Pelajar kelas 5 itu mengatakan bahawa dia telah belajar mengenai jenayah siber dengan menonton video dan tutorial YouTube , dan berpendapat bahawa dia cukup bijak untuk menutup jejaknya dari dikesan pihak berkuasa.


Catat Komen

0 Ulasan