Advertisement

ads

LELAKI HAMPIR MATI IKAN 7 INCI TERSEKAT DIKERONGKONG KETIKA MEMANCING

Seorang lelaki berusia 24 tahun hampir mati tercekik selepas seekor ikan kecil tersangkut di kerongkongnya ketika memancing



Media Colombia baru-baru ini melaporkan kes seorang pemuda dari bandar Pivijay yang hampir kehilangan nyawanya dalam kemalangan ketika memancing. Lelaki dikatakan sedang memancing pada 23 Januari. ketika dia berjaya memancing seekor ikan dia melepaskan cangkuknya ketika dia melihat ada ikan lain yang menarik di tali pancing yang lain. Tidak ingin membiarkannya ikan terlepas bersama umpan, nelayan itu memasukkan ikan yang ditangkap ke dalam mulutnya dan bergegas mengambil pancing yang lain. 

Lelaki itu tidak menggigit ikan dengan cukup kuat sehingga ikan yang licin itu berjaya melepaskan dirinya dari gigitan dan masuk ke kerongkongnya dan tersekat. Nasib baik ikan yang ditelan lelaki itu adalah dari jenis mojarra, yang terkenal dengan badannya yang dimampatkan sehingga tidak sepenuhnya menghalangi aliran udara.


Nelayan berusia 24 tahun itu kemudian nya berjalan sendiri ke Hospital Santander Herrera tetapi sebaik sampai di hospital masalah lain muncul apabila dia tidak dapat memberitahu doktor apa yang sebenarnya terjadi kerana dia hampir tidak dapat bernafas. Dia terus menunjuk ke kerongkongnya. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati ada ikan sepanjang 7 inci yang tersangkut dikerongkongnya selepas x-ray dilakukan.

Ikan itu kemudian nya dikeluarkan dan dirakam oleh kakitangan perubatan yang ingin merekodkan kejadian yang jarang berlaku . 



Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)