Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 9 ( LAILASARI )

 KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 9 ( LAILASARI ) |Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 9 ialah Lailasari. Episod ke sembilan karya pengarah tersohor ini menampilkan Bell Ngasri, Dewa Sapri, Kazar Saisi, Aziz M. Osman, Nazeera Sardi, Ahmad Yasin, Avaa Vanja dan Delimawati yang memegang watak sebagai Lailasari.




Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 9

Pak Din menunggu kedatangan bidan. Isterinya sudah sampai masa untuk melahirkan. Bidan yang baru sampai naik keatas rumah dan menyuruh Din menunggu di bawah. Tak lama kemudian bidan turun dan memberitahu Din yang anaknya selamat dilahirkan. Namun tak dapat menyelamatkan isterinya, Lailasari dan seorang lagi bayi tak dapat diselamatkan.

Din segera naik keatas rumah dan bertemu Lailasari yang sedang kesakitan.Bidan menghulurkan anak Din yang baru sahaja lahir. Lailasari memberitahu Din yang dia tidak dapat melahirkan seorang lagi bayinya. Lailasari berpesan pada Din sebelum dia mati dia mahu Din mencabut paku dibelakang lehernya.

Din terkejut tapi Lailasari menyuruh Din mencabut Paku dilehernya. Din perlahan-lahan menarik paku di leher  Lailasari. Lailasari menjerit kesakitan. Lailasari juga berpesan pada Din, selepas 44 hari lagi dia akan kembali lagi dan menyuruh Din menjaga anak mereka baik-baik. Lailasari meninggal dunia dan dia selamat dikebumikan.




Din yang masih bersedih menunggu ditepi kubur Lailasari sementera orang kampung sudah pulang kerumah. Tiba-tiba petir dan kilat sabung menyabung. serta merta muncul suara aneh dan menakutkan. Din lari lintang pukang ketakutan.



44 hari kemudian..

Barkoba baru sampai di kedai Pak Jabit. Sebaik sampai terus dia memesan satey 20 cucuk. Barkoba memberitahu Che purnama yang Buloh Inn sudah beroperasi. 

Pak Din sampai ke warung Pak Jabit dengan isteri barunya. Baru 44 hari Lailasari meninggal Pak Din sudah ada pengganti. Muzik rock and roll membuatkan semua di warung Pak Jabir menari sakan.

Malam itu barkoba menemani wani Nasution melalui jalan kampung . Tiba di kawasan kubur   guruh berbunyi . Wani dan Barkoba terkejut dan sebaik menoleh mereka melihat kubur dan berlari ketakutan.

Muncul sepasangan tangan dari sebuah kubur. Tangan yang mengerikan menggaru-garu seolah-olah sedang gatal. 

Barkoba, Pak din, Che Purnama, pak Jabit dan ramai lagi masih sedang berseronok di Kelab malam Buloh Inn. Mereka menari sepuas hati.Tanpa mereka semua sedar , Hantu Lailasari sudah muncul seperti yang dijanjikan nya sebelum dia meninggal dunia. Pak Din dan kawan-kawan nya masih berseronok dengan perempuan-perempuan di kelab malam . 




Lailasari pulang kerumah. Dia masuk kerumah dan melihat Pak Din sedang menari dan bergembira bersama isteri barunya, Chik Cun. Mereka tak mempedulikan anak kecil yang sedang menangis. Lailasari terus menerpa kearah isteri baru Pak Din dan mencekik Chik Cun. Pak Din yang ketakutan terus berlari keluar.

Hantu Lailasari sudah mula mengganggu penduduk kampung. Bidan yang membantu Lailasari melahirkan anak dulu mengingatkan orang kampung yang Lailasari pernah berjanji akan kembali selepas 44 hari.





Catat Komen

0 Ulasan