Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 12

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 12 | Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 12 ialah Alam Pak Din - Part 2. Episod ke sebelas karya pengarah tersohor ini menampilkan Bell Ngasri, Dewa Sapri, Kazar Saisi, Aziz M. Osman, Nazeera Sardi, Ahmad Yasin, Avaa Vanja Jasper Supayah, Nasir Jani dan  Faisal Chal.  



Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 12 - Alam Pak Din Part 2

wani membetulkan basikalnya ditepi rumah. ketika itu dia tidak  sedar dirinya sedang diperhatikan 2 makhluk aneh yang terapung sambil memandangnya. Kedua-dua makhluk aneh tersebut merasakan Wani seorang lelaki yang bodoh dan sepadan dengan wajahnya. Ketika sedang leka, makluk aneh tersebut memancarkan cahaya pelik ke arah Wani. Wani tiba-tiba berubah. Matanya bersinar dan dia menjadi sangat bijak dan mampu membaiki basikalnya. Wani seolah-olah dirasuk.Dia masuk ke dalam rumah dan 2 makhluk aneh tersebut menuju ke rumah barkoba.

Barkoba sedang mengangkat tong gas kerana gas dirumahnya sudah habis. Barkoba langsung tak berdaya mengangkat tong gas yang kosong  itu. Kelakuan barkoba diperhatikan makhluk aneh tadi. mereka kemudian nya memancarkan cahaya pelik pada barkoba.Barkoba terus tak sedarkan diri dan tertidur diatas tong gas.

Suasana sunyi di warung Pak jabit. Tiada sesiapa di warungnya. Yasin memberitahu orang kampung dah tak mahu ke kedai Pak Jabit. Mungkin dia perlu menukar lagu. Pak Jabit tak bersetuju. Dia hanya mahukan lagu Ahmad Jais. Pak Jabit memberitahu yang otak orang kampung jadi begitu kerana terlalu banyak makan cheese. Semua makanan diletak kan cheese. "Cis bedebah betul" kata Pak Jabit.

Wani datang ke warung Pak Jabit. Dia duduk dan Pak Jabit bertanya pada wani sama ada pesanan nya mahu dimasuk kan ke buku 555. Wani hanya mengangguk. Yasin cuba membuka mic. tapi bunyi pada amp membuatkan wani bangun dan membaiki amp tersebut. Bunyi pelik pada amp hilang serta merta. Pak jabit yang melihat wani terus menyuruh wani membaiki tv yang telah rosak. Dengan hanya menggosok kan kertas di seluruh skrin tv pak jabit kini pulih dan menjadi lebih baik dari sebelum nya.



Barkoba muncul didepan pak Jabit. Barkoba berubah menjadi lebih sasa. Malah Barkoba mengangkat peti sejuk dengan hanya sebelah tangan. Pak Jabit terkejut dengan kekuatan yang dimiliki Barkoba kerana sebelum ini barkoba lah lelaki paling lembik di kampong Pisang. Barkoba juga hairan dan menceritakan sebaik dia bangun pagi tadi badan nya seperti makan julap sedulang. Badan nya menjadi bertenaga. 


Pak Jabit hairan dengan kepandaian wani dan kekuatan Barkoba. Pak Jabit meminta peti sejuk tersebut dialihkan di tepi pintu dapurnya. Barkoba mengangkat dan memusing-musingkan peti sejuk dengan mudah . Barkoba tak mahu bantuan sesiapa pun.

Pak karim tiba-tiba muncul di depan kedai Pak Jabit. Macam ribut Pak Karim berjalan . Cukup laju hingga membuatklan Pak jabit sangat terkejut. Pak Karim memberitahu dia sendiri tidak tahu mengapa dia seperti X-men. Pak Jabit terkejut dengan kehebatan ketiga-tiba mereka. Pak Jabit bertanya adakah disebabkan minum milo. Pak karim memberitahu dia tidak minum milo. Dia hanya minum lemuju.

Pak Jabit meminta wani memberikan jawapan untuk  3476 x 3 -12. Wani terus memberikan jawapan 10416. Pak Jabit terkejut dengan jawapan pantas Wani.

TIba-tiba mansur datang dan memberitahu yang dia berjumpa dengan UOF. Pak Jabit bertanya apakah benda UOF tu. Mansur menjelaskan ianya adalah piring terbang. Semua yang ada disitu terus menyebut FOU untuk membetulkan kata-kata mansur. Pak Jabit mula kehairanan dengan apa yang berlaku pada orang kampong Pisang.

Dari jauh makluk aneh hanya melihat gelagat orang kampong Pisang. Mereka ingin melihat sejauh mana kejayaan ujikaji yang mereka lakukan.

Wani melihat Cik Chun yang sibuk membuat asigment. Wajah Cik Cun jelas menunjuk kan Chik Chun agak kesulitan untuk menyiapkan asigment nya. Wani datang mendekati dan mengatakan topik yang sedang dibuat oleh Chik Chun agak senang. Chik Chun terkejut dengan kata-kata wani. Wani menjelaskan panjang lebar tentang cobot system. Chik Chun ternganga mendengar penjelasan Wani.


 
Chik Nab juga kagum dengan Wani dan yakin Wani makan kismis. Wani mula menerangkan tentang kismis. Semua yang berada di kedai Chik Chun ternganga mendengar penjelasan Wani yang tak ubah seperti Wikipedia.

Beberapa orang kampong Pisang mssuk ke hutan menuju ke sungai. Mereka ingin menangkap ikan. Barkoba yng memerhatikan sekeliling tanpa sengaja tertolak sebatang pokok. POkok tersebut menimpa kaki manap. Barkoba terkejut dan cuba mengangkat Pokok yang menimpa kaki manap. Tapi Wani melarang dan terpaksa lah Barkoba meletak kan semula batang pokok tersebut diatas kaki manap.


Pak Karim baru saja sampai dan bertanya apa yang berlaku pada Manap. Wani terus meminta Pak karim segera ke Klinik dan mengambil  bandage. Pak Karim terus memecut dengan laju ke klinik dan berpatah balik ke sungai dengan bandage di tangan. Wani memberitahu Pak karim, supaya mengambil ubat kuning. 

Pak Krim memecut sekali lagi ke klinik dan berpatah balik membawa ubat kuning. Wani sekali lagi mengarahkan Pak karim untuk mengambil sesuatu. Tapi belum sempat Wani memberitahu barang apa yang perlu diambil, Pak karim sudah memecut ke klinik. Sampai di klinik Pak karim keliru apakah barang yang perlu diambil. Memecut semula Pak karim ke tepi sungai. Wani memainta Barkoba menahan Pak Krim pergi sebelum dia menghabiskan kata-katanya. Wani meminta Pak karim mengambil peti kecemasan di klinik.Sepantas kilat Pak karim menuju ke klinik mengambil peti kecemasan.

Akhirnya Manap berjaya diselamatkan.

Kehebatan Wani, Barkoba dan pak Karim menyelamatkan Manap menjadi bahan cerita orang kampong Pisang. Ramai yang memuji-muji kehebatan mereka bertiga.Mok mengatakan Kampong Pisang patut memberi pingat penghargaan pada mereka bertiga. Cuma yang menjadi masalah sekarang ialah kampong Pisang masih belum ada ketua Kampung. Pak jabit mencadangkan agar mesyuarat pemilihan ketua kampung diadakan.



Dihari mesyuarat Pak jabit menyediakan makanan untuk orang kampung di dewan. Majlis dimulakan dengan bacaaan alfatihah untuk disedekahkan pada arwah Pak Din. Pak Jabit sempat meminta Che Purnama menyebut namanya yang menaja makanan di dewan pada hari itu. Pak Jabit berasa sangat bangga.

Manap menjadi calon pertama yang disebut kerana dia dianggap icon kampong tersebut. Yah kucai juga di calonkan tapi disebabkan Yah Kucai dimasuk kan ke hospital mental maka pencalonan nya diabaikan. Wani mencalonkan Che Purnama tapi Che purnama menolak kerana keadaan kesihatan nya.

Chik Nab pula mencalonkan Jep dan disetujui oleh Yasin. Yasin tiba-tiba mengatakan dia mencalonkan Pak Jabit seperti yang diminta Pak Jabit. Pak Jabit tersipu-sipu malu.

Manap dijemput ke depan untuk menyampaikan menifestonya. Manap memegang Mic tiba-tiba dia terketar-ketar dan jatuh terduduk. Rupanya Manap diserang sawan. Orang kampung terpaksa menarik Manap keluar dewan. Nampaknya pencalonan Manap terpaksa dibatalkan kerna keadaan kesihatan nya yang kerap diserang sawan 2 hari sekali.

Tiba giliran Pak Jabit menyampaikan menifesto nya. Pak jabit memulakan  ucapan nya dengan hala tuju orang kampung Pisang. Ucapan pak Jabit membuat kan orang kampong Pisang mula mengantuk dan kebosanan. Pak jabit terus bercakap dan sempat memuji-muji Barkoba, Wani dan Pak Karim. Pak Jabit juga menyerahkan saguhati untuk menghargai mereka bertiga. Menifesto Pak Jabit bertukar menjadi majlis menyerahkan sumbangan seolah-olah untuk membeli undi mereka bertiga.




Selesai ucapan Pak Jabit, Che Purnama meminta orang kampung memilih calon ketua kampung dengan berhati-hati dan jangan sampai tersilap pilih. Pak jabit hanya menjeling Che Purnana.

Ketika orang kampung sibuk di dewan, susuk tubuh seolah-olah Pak Din datang ke kedai Pak Jabit. Dia hanya memerhatikan sekeliling kedai Pak Jabit. 

Ketika malam menjelma 2 Makhluk aneh terapung muncul di langit. Salah satu nya mengatakn yang setakat ini ketiga-tiga manusia yang diberikan kuasa menggunakan kuasa mereka untuk jalan yang betul. Ini bermakna spesis manusia adalah makhluk yang tahu menjaga sesama sendiri dan mampu menjaga alam ini.

tamat

Tonton Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 12

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)