Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 11 - ALAM PAK DIN PART 1

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 11 | Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ke 11 ialah Alam Pak Din - Part 1. Episod ke sebelas karya pengarah tersohor ini menampilkan Bell Ngasri, Dewa Sapri, Kazar Saisi, Aziz M. Osman, Nazeera Sardi, Ahmad Yasin, Avaa Vanja Jasper Supayah, Akmal Ahmad dan  Adam Af



Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 11 - ALAM PAK DIN PART 1

Motosikal yang ditunggang Pak Din tiba-tiba rosak di tepi jalan. Cuak Pak Din bila berkali-kali cuba menghidupkan enjin motorsikal tapi gagal. Tiba-tiba Pak Din ternampak sesusuk tubuh seorang lelaki berdiri di bawah pokok. Pak Din memerhatikan lelaki tersebut. Tiba-tiba dada Pak Din berasa sakit dan Pak Din rebah disitu.

Semua orang kampung beransur pulang selepas jenazah Pak Din selamat dikebumikan. Pak Jabit sempat berpesan pada anak-anak arwah, Ishak dan Izlin agar banyak kan membaca yasin untuk disedekahkan pada arwah. Ishak menjemput semua untuk datang ke majlis tahlil di rumah.



Selepas menunaikan solat, Ishak duduk di kerusi untuk membacakan yasin. Baru sahaja hendak memulakan bacaan tiba-tiba muncul anak lelakinya melihat ayah mereka berdiri di depan pintu dan berjalan masuk ke dalam bilik. Izlin yang keluar dari dapur menjerit ketakutan.

Di warung pak jabit Barkoba sibuk mempromosikan MLM pada Wani. Wani memberitahu yang dia sudah serik menyertai MLM. Teringat dia pernah ditipu kerana menyertai MLM menjual Kopi. Tiba-tiba Ishak muncul. Wani memanggil Ishak duduk minum bersama mereka. 

Wani memberitahu semasa Ishak kecil-kecil dahulu  dialah yang menumpangkan Ishak setiap hari ke sekolah. Tapi cuma sehingga wani naik tingakatan 3 kerana Wani gagal SRP. Wani bercerita sambil ketawa besar. pak Jabit pelik kerana Wani sangat berbangga dengan cerita nya yang gagal SRP.



Wani hairan melihat Ishak yang diam. Ishak takut-takut untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas Wani mengugut untuk menghempuk Ishak dengan botol sos, Ishak terus memberitahu yang ayahnya pulang kerumah malam tadi. Semua yang berada di situ terkejut.

Barkoba yang sedang memandu melihat Pak Karim sedang membersihkan tanahnya. Barkoba fikir tentu Pak Karim berminat menyertai MLM . Dia terus bertanya pada pak Karim sama ada Pak Karim mahu rm500 seminggu. Pak Karim bertanya apa kerja yang perlu dibuat. Barkoba menjawab pak karim tak perlu bekerja. Pak Karim tahu niat Barkoba. Tapi Barkoba terus memberitahu yang ini bukan MLM. Pak Karim menyuruh Barkoba balik sahaja kerana dia pernah menjadi mangsa MLM. Habis rm300 miliknya terbang disebabkan MLM.

Mok memerhatikan rumah Pak Din dari jauh. Di ternampak Pak DIn berdiri didepan tangga dengan wajah menyeramkan. Pandangan menyeramkan Pak DIn membuatkan Mok terus mengayuh basikalnya. 

Mesyuarat tergempar terus diadakan di dewan kampong Pisang. Che Purnama memberikan kata-kata aluan namun diselitkan dengan pengumuman orang kampong sudah boleh membeli ikan dari Kak Yam. Orang kampung semua seronok gembira dengan pengumuman tersebut.

Peluang Barkoba pula memegang Mikropon. Tak disia-siakan peluang tersebut barkoba terus mempromosikan peluang untuk orang kampung dapatkan rm500 seminggu. Terus Pak Jabit merampas mikropon dari tangan Barkoba.

Pak Jabit menjelaskan tujuan mesyuarat diadakan. Penampakan jasad Pak Din yang pulang kerumah mengejutkan orang kampung. Selain Anak-anak Pak DIn , Che purnama juga pernah melihat apa yang dihebohkan anak-anak Pak Din. Pak Jabit menghulurkan mikropon pada Che Purnama. Che Purnama terus menceritakan apa yang berlaku.


Malam itu Che Purnama menunggu bas di tepi jalan. Setelah menunggu sekian lama, dia memutuskan untuk pulang dengan berjalan kaki. Sambil berjalan Che Purnama menyanyi kecil. Tiba-tiba dia mendengar satu bunyi pelik dari celah2 pokok. Dia tidak menghiraukan nya. Sampai saja dirumah dia terus mandi dan solat subuh. kemudian dia terus tidur.

Mok yang mendengar cerita Che Purnama bertanya dimana Hantu Pak Din nya? Pak Jabit merampas Mikropon dari Che Purnama dan meminta Che Nab menceritakan kejadian dia ternampak Pak Din. Che Nab bingkas bangun dan mula bercerita. Malam itu Che Nab dan Che Chun melihat jasad Pak Din. Che Chun yang baru hendak mencuci pinggan ternampak Pak Din di depan tingkap. Che Chun terus memanggil Che Nab. Mereka berpeluk ketakutan.

Pak Jabit memberi tahu yang dia sudah mendapatkan pertolongan seorang tabib untuk membantu menyelesaikan masalah di kampung tersebut. Masing-masing meneka nama bomoh yang akan datang tak lama lagi. Tiba-tiba salam diberi. Muncul Adam Af dan masuk ke dewan. Pak Jabit menyambut Adam Af dan memperkenalkan Adam Af yang pernah mengikuti Akademi Fantasia musim ke 2. Sempat juga Pak Jabit memberitahu waktu itu Zahid yang menang. Panjang lebar penjelasan Pak Jabit memperkenalkan Adam Af pada orang kampung.



Adam terus memintas cakap Pak Jabit dan meminta mereka fokus pada masalah yang sedang melanda Kampong Pisang. Adam memberitahu yang berkemungkinan makluk yang dilihat ramai itu adalah hantu raya. Adam mengesyaki Pak Din sebelum ini ada membela . Jadi selepas tuan nya meninggal dunia dia akan menyerupai tuan nya untuk mencari waris yang baru.

Barkoba bertanya apa tujuan membela hantu raya. Pak Jabit menjawab hantu raya bukan sahaja boleh mengganggu orang tapi dia juga akan menjaga rumah dan membuat kerja-kerja berat.

Barkoba tak percaya yang Pak Din membela hantu raya. Adam bersetuju dengan Barkoba. Ini kerana Pak Din tak menggunakan Hantu raya untuk kepentingan dirinya. Malah Pak din tak mahu memberitahu tentang kewujudan makhluk tersebut, Mungkin juga hantu raya tersebut sudah dipatahkan keupayaan nya.Sebab itu hantu tersebut merayau-rayau . 


Adam mula membacakan ayat suci  dan sebaik dia melibas kain di tangan nya pada pak Karim, terus pak Karim bertukar rupa menjadi makhluk hitam , berbulu, besar dan menakutkan. Hantu raya tersebut berjalan keluar dari dewan. Pak Karim muncul dari luar dewan dan bertembung dengan hantu Raya. pak Karim menegur makhluk menyeramkan didepan nya tapi hantu raya terus berjalan keluar mengabaikan pak karim.

Pak Karim berdiri didepan pintu dan meminta maaf pada orang kampung kerana terlewat. Katanya kak som senggugut.

Adam dan orang kampung menuju ke rumah Pak Din pula. Adam menerangkan yang dia akan memulakan rawatan dirumah Pak din. Dia memberitahu yang dia akan memanggil hantu raya tersebut dan jika hantu raya mendekati orang kampung jangan sesekali menyentuhnya dan jangan lari dan jangan takut.

Sebaik Adam memulakan bacaan, tiba-tiba lampu terpadam.Muncul hantu Raya menyerupai Pak Din de dalam rumah. Orang kampung mula ketakutan. Nasib baik yasin buta . Jelmaan pak Din Mula mendekati seorang demi seorang di dalam rumah. Masing2 ketakutan. Sebaik sahaja hantu raya bangun Adam terus membacakan ayat dan hantu raya Pak Din terbakar lalu hilang lenyap.



Adam pulang selepas selesai menghalau hantu raya,. TIba-tiba Izlin menjerit ketakutan. Orang kampung menuju ke arah Izlin untuk melihat apa yang berlaku. Azlin memberitahu hantu raya tersebut masih datang semula. Barkoba mula memarahi Adam Af kerana katanya Adam buat kerja tak habis. Pak Karim mula menunjukkan keberanian nya. 

Tiba-tiba jam di dinding jatuh. Muncul hantu raya dari arah belakang Pak karim. Semua ketakutan. Pak Karim terpinga-pinga dan menoleh ke belakang. Dia terkejut dan ketakutan lalu rebah ke lantai. Hantu Raya tersebut bertanya dimanakah suaminya dengan suara yang menyeramkan. 

Wani dapat meneka tentu hantu raya yang dihalau Adam tadi adalah suami kepada hantu raya betina di depan mereka ini. Pak Jabit memberitahu yang Adam sudah menghalau hantu raya tadi. Hantu Raya mula bertanya dimana Adam. Kemudian terdengar salam diberi . Adam naik semula ke atas rumah.  Sebaik dibacakan ayat hantu raya tersebut berubah menjadi makhluk menakutkan dan terbakar sendiri dan hilang.

Barkoba memuji-muji Adam yang menewaskan hatu Raya. Adam menjelaskan yang dia berasa atak sedap hati sebaik keluar dari rumah dan kerana itulah dia berpatah balik semula ke rumah ini.

Selepas selesai kes hantu raya, barkoba dan orang kampung duduk minum di warung Pak jabit. Barkoba sedih kerana  wang rm4000 miliknya habis di tipu agara-gara MLM. 

bersambung...

Tonton Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 11

Catat Komen

0 Ulasan