Advertisement

ads

HANTU BONCENG 2.0 FULL MOVIE

HANTU BONCENG 2.0 FULL MOVIE | Astro First menayangkan Hantu Bonceng 2.0 yang disiarkan bermula 11 February 2021. Filem ini diarahkan oleh yusry Abdul Halim dan dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Zizan Razak, Taiyudain Bakar, Shiha Zikir , Joey Daud dan ramai lagi. 



Sinopsis Hantu Bonceng 2.0 

Amran dan Kunyit bersama geng-geng motor yang lain dalam perjalanan untuk bercuti menuju ke fraser Hill, Namun sebaik tiba di selekoh motor Amran mengalami kerosakan. Sementara Amran membetul kan motorsikalnya , Kunyit  dan rakan-rakan lain berdiri di tepi semak dan membuang air kecil.

Amran menegur sikap rakan-rakan nya yang buang air kecil di dalam hutan. Namun salah seorang dari mereka memberitahu yang mereka sudah meminta izin. Amran menyedari sesusuk tubuh yang berdiri bersama rakan-rakan nya agak pelik dan seperti dikenali. Dia memerhati susuk tubuh tersebut dari belakang. Amran mendekati lelaki yang berdiri bersebelahan rakan-rakan nya.Dia hairan mengapa lelaki tersebut kelihatan seperti dirinya.

Amran menunduk dan melihat dari celah kedua kakinya. Sebaik dia tunduk dia ternampak lelaki yang seakan dirinya tadi bertukar menjadi seorang wanita berbaju putih dan berambut panjang.  Amran bangun dalam ketakutan. Tiba-tiba muncul seorang wanita dengan wajah menakutkan dihadapan nya.Kunyit terkejut ketakutan dan terjatuh.

Kunyit mendekati Amran dan bertanya apa yang terjadi. Amranmemberitahu ada sesuatu di tempat tersebut. Jo bertanya mengapa lambat sangat Amran membaiki motornya. Mereka bercadang untuk naik ke atas bukit dan meninggalkan Kunyit dan Amran memandang kan ada gadis yang kalangan mereka dan takut berlaku sesuatu terhadap mereka.

Tinggalah Maya, Amran dan Kunyit di tepi jalan. Ketika Amran sedang melihat kerosakan di motorsikalnya, muncul seorang gadis memakai face masak ,memberi salam. Amran terkejut dan terus lari berdiri dibelakang Kunyit sambil memberitahu Kunyit yang gadis tersebut bukan manusia. 

Gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Ayu sambil membuka face masak yang dipakai. Amran dan Kunyit memperkenalkan diri mereka. Ayu bertanya apa yang mereka bertiga lakukan di tengah hutan di waktu malam . Amran yang ketakutan mencari helah dengan membacakan ayat Alquran tapi cuma mampu membaca sehingga Bismillahhirrahmanirrahim. Amran tak pandai mengaji. KUnyit membuat keputusan untuk melihat dari celah kakinya untuk memastikan sama ada Gadis tersebut manusia atau hantu.



Sebaik Kunyit tunduk, Ayu berjalan menuju ke motorsikal. Jadi Kunyit tak dapat melihat dimana kedudukan Ayu berada. Kunyit tunduk sekali lagi tapi Ayu berjalan seolah-olah mengelak dari dilihat oleh Kunyit. Amran mengeluarkan Infrared thermometer untuk menyukat suhu badan Ayu, Dia mahu memastikan Ayu benar-benar hantu. Tapi suhu yang tertera ialah 36.4 . 

Ayu memberitahu yang malam-malam begini sangat susah untuk mendapatkan bantuan. Ayu menunjukan kan arah dimana terdapat hotelnya  tak jauh dari situ. Ayu mencadangkan mereka bermalam sahaja di hotel niliknya dan membaiki motorsikal mereka pada keesokan hari sahaja.

Ayu memberitahu yang dia hanya ingin membantu. Dia juga berpesan agar berhati-hati di tempat itu kerana tempat tersebut keras. Amran masih ketakutan tapi Kunit cuba memujuk dan meyakin kan Amran yang gadis tersebut adalah manusia kerana hantu tak pakai face mask.

Amran, Kunyit dan Maya terus menolak motorsikal kearah hotel yang ditunjuk kan Ayu. Sebaik masuk kedalam hotel, Ayu sudah menanti dan menguruskan penginapan mereka bertiga. Ayu juga mengatakan mereka tidak perlu mendaftar. Ayu berpesan pada Kunyit dan Maya supaya jangan nakal-nakal menadangkan mereka belum berkahwin. Sewaktu Amran ingin membuat bayaran deposit, Ayu menolak dan meminta mereka bertiga berehat sahaja.

Amran berasa tak sedap hati dan mengajak Kunyit pergi dari situ. Kunyit menolak kerana mereka sudah sampai kesitu. Ayu kemudian nya menunjuk kan arah bilik mereka. Pembantu Ayu membawa Amran dan Kunyit ke bilik mereka. Sebelum Amran masuk ke bilik, pembantu Ayu memberitahu tangan nya gatal sambil tersenyum-senyum. Amran yang mendengar kata pembantu tersebut terus menggaru tapak tangan pembantu tersebut.

Amran sempat bertanya pada pembantu tersebut bagaimana keadaan di hotel itu. Pembantu tersebut memberitahu semuanya ok. Amran bertanya lagi jika hotel tersebut mempunyai gangguan mistik. Pembantu tersebut memberitahu disitu terdapat hantu kedekut. Pembantu tersebut cuba hendak bergurau dengan Amran.

Ketika di dalam bilik Hotel pintu bilik Amran di ketuk. Muncul seorang lelaki tua yang mengakui dia pemilik hotel berkenaan. Dia bertanya mengapa Amran menggunakan bilik tanpa membayar deposit. Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Mr Wong bertanya berapa lama Amran akan menginap di bilik tersebut. Amran menjawab mereka akan menginap sehingga esok. Mr Wong terkejut dan menyangka Amran seorang yang kuat dan tentu ada amoi yang cantik di dalm bilik Amran.



Muncul Kunyit yang memakai tuala lalu di depan Mr Wong. Amran memperkenalkan kawan nya sebagai kunyit. Mr Wong  tergamam dan mula salah faham dengan Amran dan Kunyit. Mr Wong sempat berpesan pada Amran agar membayar wang deposit di bawah. Bukan di belakang.



 
Amran keluar dari biliknya untuk mencari line telefon. DIa berjalan menuju sebuah pokok besar di tepi hotel. Dia berasa satu perasaan seram di situ. Tiba-tiba dia terasa seolah-olah kakinya di sentuh seseorang. Amran lari masuk ke biliknya dan menutupmuka nya dengan selimut. Dia ketakutan.

Amran sampai ke sebuah selekoh di tepi jalan Dia melihat seorang lelaki sedang mencari cangkul Amran membantu lelaki tersebut . Rupanya lelaki tersebut sedang menanam mayat. Amran ketakutan dan menaiki motorsikalnya. Sebaim dia memegang motorsikalnya, dia terperanjat rupanya dia memegang tangan hantu. Amran terkejut dan tersedar rupanya dia sedang bermimpi.


(akan diupdate dalam masa terdekat )







Pelakon 

Zizan Razak

Shiha Zikir

Salehuddin Abu Bakar

Joey Daud

Atu Zero

Sangeeta Krishnasamy

Kin Wah Chew

Tonton Hantu Bonceng 2.0 Full Movie

Catat Komen

0 Ulasan