Advertisement

ads

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 3

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 3 Drama bersiri lakonan Nadia Brian , Syarifah Sakinah dan Adi Putra akan bersiaran di tv3 dalam slot Samarinda. Drama ini akan bersiaran sebanyak 15 episod dan disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 10 malam.



Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 3

Rai mengajak Laila ke rumah maksu. Maksu menjamu Laila dengan pengat pisang. Laila mula risau kerana dia menggunakan susuk. jadi tak mungkin dia boleh melanggar pantang dengan memakai susuk. Laila memberitahu yang dia tak berselera memakan pisang. Pak Saleh bertanya pada Laila adakah dia memakai susuk. Jika benar Laila tidak memakai susuk Laila perlu makan pengat pisang yang maksu hidang kan. 

Laila  menyuap pengat pisang perlahan-lahan ke dalam mulut. Dia mula berasa panas sebaik menyuap pengat pisang dan menghempas mangkuk ke meja. Pak Saleh terkejut kerana Laila nampak pelik. Laila terus turun dari rumah dan berlari pulang. Pak saleh. Rai dan Maksu sangat terkejut dengan tindakan Laila.

Laila menuju ke rumah Cik Embun. Wajah nya sudah bertukar menjadi hodoh kerana melanggar pantang. Cik Embun terkejut melihat wajah Laila yang memburuk. Dia kemudian nya memulakan ritual memulihkan wajah Laila.Selepas Laila sedar, Laila memberitahu yang Pak Saleh menyebabkan dia melanggar pantang.


Naim pulang kerumah maksu. Maksu menceritakan tentang Laila yang nampak pelik. Pak Saleh di kebun mula berasa lain macam macam. DIa berasa sangat panas dan letih. Cik Embun yang marah dengan Pak Saleh ingin mengenakan Pak saleh . Seekor ular berbisa mendekati pak saleh yang sedang berehat ketika meracun.  Tiba-tiba ular tersebut mematuk Pak Saleh. Pak saleh menjerit kesakitan. Pian yang duduk tak jauh dari pk saleh berlari dan memeriksa kakai pak saleh. terdapat kesan patukan ular di kakai pak saleh.



Naim duduk berbual dengan izlan. Naim mencadangkan Izlan agar berpindah ke Kuala lumpur untuk mengubah kehidupan nya menjadi lebih baik. Izlan membritahu untuk berpindah memerlukan banyak duit.  Tiba-tiba namin mendapat panggilan telefon dari Pian dan memberitahu yang Pak saleh di patut ular. Naim memberitahu izlan tapi Izlan seolah-olah tak mengambil berat tentang Pak Saleh. Dia meminta Naim sahaja yang pergi melihat Pak Saleh.

Cik Embun bertanya adakah Laila ingin pulang semula ke rumah. Laila memberitahu yang selagi dia tidak mendapatkan Izlan kembali dia tak kan berputus asa. Cik embun kemudian nya menunjuk kan sesuatu di telefon nya. Laila puas hati dengan apa yang dilihat di telefon Cik Embun. Laila memang berdendam dengan wanita tersebut. Laila berpisah dengan bekas suaminya disebabkan bekas suaminya ingin mengahwini wanita lain.

Laila sangat berdendam dengan isteri bekas suaminya. Dia juga mengugut akan menviralkan video-video bekas suaminya dengan wanita tersebut.

Rai tahu niat suaminya untuk berhijrah ke bandar. Rai meminta agar Izlan melupakan niatnya. Izlan mengatakan yang tujun nya untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Izlan meluahkan perasaan menyesalnya kerana tidak sempat masuk ke universiti. Rai berasa terluka kerana dia rasa kerana berkahwin dengan rai lah Izlan menolak untuk meneruskan pengajian nya ke universiti. Izlan menyangkal kata-kata Rai. Izlan cuma ingin mencuba nasib di kuala Lumpur. Belum sempat Izlan meneruskan kata-katanya Rai terus masuk ke dalam bilik dan menangis.


Izlan datang ke rumah Laila. Laila menarik tangan Izlan masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumahnya. Laila duduk disebelah Izlan. Laila mengajak Izlan bekerja dengan nya memandangkan Laila telah mengambil alih syarikat bekas suaminya. Laila bertanya adakah Izlan tahu mengapa dia pulang ke kampung. Izlan juga hairan mengapa Laila pulang ke kampung secara tiba-tiba. Laila memberitahu Izlan di kampung tersebut ada Izlan. Izlan terkejut dengan kata-kata Laila.




Laila mengatakan walaupun Izlan sudah berkahwin tapi perasaan nya pada Izlan tetap sama seperti dahulu. Izlan mengatakan yag Laila cantik jadi mudah untuk Laila mendapat pengganti. Laila teruja kerana Izlan mengatakan dia cantik.

Laila memberitahu yang dia tak lama di kampung ini. Ini lah kali terakhir dia di kampung. Selepas ini dia tak kan pulang lagi ke sini. Izlan bertanya adakah Laila akan meninggalkan nya. Laila mengajak Izlan pergi ke Kuala Lumpur bersa-samanya.

Izlan meminta maaf kerana sikapnya pada Laila dahulu.Laila tak kisah .Sebaik Izlan pulang dia gembira kerana jeratnya sudah mengena.

Rai berasa gusar kerana Izlan benar-benar ingin ke kuala lumpur. Tambahan pula ibu mertuanya juga sangat menggalak kan Izlan ke kuala Lumpu. Rai memberitrahu ibu mertuanya yang dia tak boleh berjauhan dengan Izlan. Ibu mertuanya hanya mendang rendah pada kata-kata rai dan mengatakna Rai hanya mengada-ngada.



Pian menasihatkan Izlan akan berfikir sebelum meneruskan niat untuk kuala lumpur. Izlan mengatakan Pian tak memahami kerana pian belum berkahwin. Izlan mengakui dia perlu mencari wang lebih untuk keluarganya.

Kawan-kawan Pian menasihatkan Pian agar membiarkan Izlan ke Kuala Lumpur. Pian tak bersetuju kerana Izlan akan meninggalkan Rai dan anak-abnak di kampung.

Naim terserempak dengan Laila semasa di Kuala lumpur. Laila sudah berubah dan semakin cantik dan bergaya. Naim juga memperkenalkan Laila dengan isterinya, Rose. Selepas pertemuan dengan Laila. Rose bercadang kelur dengan Laila untuk ke Spa. Naim menasihatkan Rose supaya jangan rapat dengan Laila. Naim memberitahu dia curiga dengan Laila kerana dahulu Laila tidak cantik. Tapi sekarang Laila berubah.


Rai akhirnya mengalah dengan kehendak Izlan yang ingin ke Kuala Lumpur. Cerita temtang Laila mula tersebar di seluruh kampung. Ramai orang kampung yang hairan dengan kecantikan Laila yang tiba-tiba pulang ke kampung selepas 9 tahun.Tambahan pula ibu saudara Laila seorang bomoh. 



bersambung.. 

Nadia Brian -Raihani

Adi Putra -Ezlan

Sharifah Sakinah -Laila

Atiq Azman -Pian

Baby Azreen -Maryam

Aznah Hamid -Mak Lang

Rosli Rahman Adam -Pak Salleh

Kuza -Mak Su

Zaki Azeman -Naim

Lana Nodin -Embun

Ummar Dzariff -Rais

Laura Olivia

Soundtrack Aku yang Kau gelar Isteri 

Purnama  - Naim Daniel

Tonton Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 3

Catat Komen

0 Ulasan