Advertisement

ads

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 2

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 2Drama bersiri lakonan Nadia Brian , Syarifah Sakinah dan Adi Putra akan bersiaran di tv3 dalam slot Samarinda. Drama ini akan bersiaran sebanyak 15 episod dan disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 10 malam.



Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 2

Rai dan Izlan yang sedang berada didalam bilik tiba-tiba didatangai ibu Rai yang marah-marah. Ibu Izlan menyuruh Izlan membawa Rai ke dapur dn mencuci periuk belanga didapur. Izlan dan Rai hanya terdiam mendengar kata-kata ibu.

Laila yang baru kehilangan ibunya muncul didepan rumah Izlan. Diengan wajah yang muram dia mengatakan yang Izlan dan Rai tergamak menyingkir dan menyisihkan drinya. Laila juga memberiotahu yang ibunya pernah berpesan supaya menjaga persahabatan dengan Rai dan Izlan. Rai berjanji yang mereka akan berkawan sampai bila-bila.Tapi Laila tidak percaya dan meminta Rai supoya jangan berbohong. Dia juga memberi amaran pada Rai seolah-oleh dia akan melakukan sesuatu untuk membalas dendam. Laila terus berlalu pergi .

Laila terbaring kesedihan di dalam rumah. Cik Embun datang kerumah Laila dan meminta Laila meninggalkan semuanya . Dia memujuk Laila yang masih bersedih. Embun membawa Laila tinggal bersamanya. Laila terkejut melihat rumah Embun yang sangat besar dan cantik. Embun  meminta Laila membiasakan diri dirumahnya klerana nanti laiala akan melalui perkara yang laila tak pernah lalaui sebelum ini. 

Laila tak faham apa yang Embun katakan. Dia perbaling ke belakang sambil bercakap dengan Cik Embun tetapi Embun tiba-tiba menghilang. Laila mencari embun sambil melihat sekeliling rumah Embun. TIba-tiba dia terpandang sebuah cermin. Dari cermin Laila dpat melihat seorang wanita tua dibelakangnya. Dia berpaling dan melihat Embun yang sangat tua dan wajah yang berkedut.

Embun memberitahu yang jika Laila ingin tinggal dirumah tersebut Laila perlu mendengar kata-katanya. Yang Kedua Laila tak boleh solat. Laila sangat terkejut tapi dia hanya diam memerhatikan Cik Embun berlalu masuk ke bilik.


Beberapa tahun kemudian, Rai dan Izlan sudah mempunyai 2 orang anak. Mereka masih menetap dirumah Izlan.Maklang masih belum boleh menerima Rai sebagai menantunya. Dia tetap melayan Rai dengan buruk.

 Laila pula pula pulang ke kampung dan menetap dirumah arwah ibunya. Sejak tinggal bersama Embun Laila juga sudah mula mengamalkan ilmu hitam. 



Ketika Izlan dan Rai berjalan pulang dari masjid Izlan melihat seolah-iolah ada orang dihadapan rumah Laila. Izlan memberitahu Rai,tapi Rai tak nampak sesiapa di depan rumah Laila. 

Rai juga mengalami kejadian aneh apabila dia terdengar bunyi yang pelik dan menakutkan di luar dapur rumahnya. 

Laila datang kerumah Izlan ketika anak-anak Izlan sedang bermain diluar rumah.Izlan yang sedang berbaring di dalam bilik bangun dan keluar kerana mendengar seperti suara Rai dengan bebrual dengan seseorang. Sebaik keluar Dia terkejut melihat Laila yang sangat cantik dan bergaya.

Rai bertanya pada LIala apa rahsia kecantikan Laila sekarang. Laila menjawab yang dia hanya mengambil air sembahyang. Laila memberitahu yang dia kan mencari orang lain untuk membaiki paip dirumahnya kerana dia rasa janggal dengan izlan.Rai mengajak Laila masuk ke dalam rumah untuk minum.

Sebenarnya Laila sendiri yang merosak kan paip dirumahnya dan berpura-pura untuk meminta Izlan membaiki paip tersebut.

Pian yang baru mendapat keputusan SPM berasa sangat gembira dan berjanji dengan kawan-kawan nya untuk masuk ke universiti yang sama. Pian pulang ke rumah dan menunjuk kan keputusan SPM nya kepada mak nya. Mak Pian berasa sangat gembira dengan keputisan SPM pian yang cemerlang. Jika suaminya masih ada tentu arwah akan berasa bangga dan membuat pulut kuning. Bukan macam kakak nya, Maklang Pian yang sangat kedekut.

Maklang dan Pak Saleh balik kerumah dan melihat ada kereta besar didepan rumahnya. Dia tertenya-tanya siapa yang datang kerumahnya. Maklang sangat terkejut melihat Laila yang baru turun dari tangga rumahnya. Laila ssangat macam puteri raja, kata Pak saleh/ Maklang naik ke atas rumah dan bertanya Izlan sipa tyang datang kerumah tadi. Izlan langsung tak menjawab pertanyaan ibunya.


Laila menghubungi Embun. Embun berpesan pada Laila supaya jangan melanggar pantang. Embun juga mengingatkan Laila tentang rancangan mereka untuk mempermain kan perasaan Izlan seperti mana yang Izlan lakukan pada Laila dahulu. 



Pian mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin menetap diKUala Lumpur. Naim mempunyai Isteri yang sangat sombong dan tak suka pulang ke kampung. setiap kali naim mengajak isterinya pulang pasti isterinya akan memberikan berbagai alasan. Naim hanya mengikut kata isterinya sahaja.

Sejak kehadiran Laila di kampung Izlan kerap mengalami satu perasaan aneh. Dia berasa tidak bermaya dan pernah nampak kelibat makhluk yang mengerikan tidur disebelahnya.

Izlan pergi kerumah Laila untuk membaiki paip. Sebaik memberi salam laila keluar dan terus menarik tangan Izlan masuk ke dalam rumah. Izlan meneruskan kerjanya membaiki paip dibilik air Laila. Ketiak itu Laila masuk ked alam bilik air dan mandi. Izlan yang berada diluiar cuba mengintai Laila yang sedang mandi.Laila menyedari izlan sedang mengintainya. Tapi dia pura-pura tidak menyedari.


Ketika Pian datang menghantar anak Rai pulang dari sekolah, Rai meluahkan rasa curiga dengan kembalinya Laila di kampung tersebut. Tapi Pian memujuk Rai dan mengatakan yang sepupunya itu tetap sayangkan Rai . Maklang memberitahu yng Laila sekarang sangat cantik. Lelaki mana yang tidak cair memandang wanita cntik seperti Laila. Kata-kata maklang menambahkan perasaan curiga dalam hati Rai. Pian bingkas bangun untuk pulang. Tapi Rai meminta pertolongan dari Pian untuk melihat suaminya di rumah Laila. Sebaik Pian sampai ke rumah Laila pian melihat aabang sepupunya sedang mengintai Laila yang sedang mandi. 



Laila berasa gembira kerana dia tahu kecantikan nya mampu menggoda Izlan. Tak sia-sia Embun memasuk kan susuk ke wajahnya dahulu. 

Sejak Izlan pulang dari rumah Laila, sikap nya mula berubah,. DIa mula melayan Rai dengan dingin. Rai menyedari perubahan sikap Izlan..

bersambung..


Pelakon:

Nadia Brian -Raihani

Adi Putra -Ezlan

Sharifah Sakinah -Laila

Atiq Azman -Pian

Baby Azreen -Maryam

Aznah Hamid -Mak Lang

Rosli Rahman Adam -Pak Salleh

Kuza -Mak Su

Zaki Azeman -Naim

Lana Nodin -Embun

Ummar Dzariff -Rais

Laura Olivia

Soundtrack Aku yang Kau gelar Isteri 

Purnama  - Naim Daniel

Tonton Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 2

Catat Komen

0 Ulasan