Advertisement

ads

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 4

AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 4 |Drama bersiri lakonan Nadia Brian , Syarifah Sakinah dan Adi Putra akan bersiaran di tv3 dalam slot Samarinda. Drama ini akan bersiaran sebanyak 15 episod dan disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. 


Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 4

Izlan menyedari Laila ada melakukan sesuatu padanya ketika pertama kali dia datang kerumah Laila. Jadi kali ini Izlan akan lebih berhati-hati terhadap Laila.Izlan mengatakan dia ingin mencari rumah sewa. Laila mengajak Izlan tinggal bersamanya malah Izlan boleh tidur sebilik bersamanya seperti sebelum ini. Izlan mengakui dia tersilap langkah hari itu kerana tergoda dengan Laila. 

Pembantu rumah Laila melihat aksi Laila yang cuba menggoda Izlan. Malah Laila menyuruh Pembantu rumahnya keluar. Pasangan suami isteri yang bekerja dirumah Laila berasa tak sedap hati dengan tindakan Laila. Tapi mereka hanya mampu bersangka baik.

Naim tahu Izlan datang Ke Kuala lumpur dan menetap dirumah Laila. Tpi Izlan sudah berpesan pada Naim agar merahsiakan perkara tersebut dan jangan sampai diketahu Rai.

Pian memberitahu pada Rai yang Izlan ke Kuala LUmpur mengikut Laila. Rai terkejut dan tidak menyangka Izlan sanggup menipunya. Rai risau jika Laila menggoda Izlan kerana dia tahu sejak dulu lagi Laila memang suka kan Izlan dan cara Laila memandang Izlan selepas 9 tahun tidak berjumpa membuatkan Rai sedar laila masih suka kan Izlan.

Pian tak mampu lagi menyimpan rahsia tersebut. Dia tak mahu Rai tertipu. Rai sangat sedih dan menangis masuk ke dalam bilik. TIba-tiba pian masuk ke dalam bilik Rai. Rai meminta Pian keluar keraa risau jika dilihat orang. 

Pian terus keluar dari rumah Rai. Mak mertua Rai melihat pian keluar dari rumah Rai. Mak mertuanya memarahi Rai . Rai memberitahu dia sedih kerana Izlan langsung tidak menghubungi mereka di kampung,. Mak mertuanya terus mengatakan yang Izlan sibuk bekerja.


Laila datang kerumah Cik Embun. Cik Embun tertanya-tanya mengapa Laila datang kerumahnya selepas sekian lama. Laila memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Izlan memandangkan mereka tinggal bersama dan hubungan mereka tak ubah seperti suami isteri. Cik Embun ketawa ketika Laila memberitahu yang izlan akan bercerai dengan Rai.

Pembantu rumah Laila, Cik Wan ingin menegur sikap Laila . Mak Wan mengatakan dia tak mahu Laila terpesog jauh.Dia menganggap Laila seperti anaknya sendiri. Dia mahu Laila segera berkahwion dengan Izlan. Laila sangat marah dengan Mak Wn yang ikut campur urusan nya. Laila meminta Mak Wan segera solat dan jangan melengah-lengah kan. Laila tak mahu mendengar leteran Mak wan lagi dan terus masuk ke dalam bilik nya.

Untuk mengekalkan kuasa sihirnya Laila meneruskan untuk melakukan pemujaan seperti yang diarahkan oleh Cik Embun. Laila Mahu Izlanterus bersamanya.

Kerisauan Pian belum reda. Dia risau jika Izlan meluopakan Rai dan anak-anak. Maksu meminta Pian agar jangan risaukan sangat tentang Izlan dan Rai.Pian memberithu yang Izlan tinggal bersama Laila dikuala Lumpur. Sebaik mendengar nama Laila, Mak su resah. dia juga risau sebenarnya. Tapi dia memujuk Pian. Biar lah mereka menyelesikan masalah rumahtangga mereka sendiri.

Maksu sangat risau dengan apa yangdiberitahu Pian. Dia segera menghubungi kakaknya dan bertanya kesahihan tentang izlan yang tinggal dengan Laila. Maklang sangat marah dan menuduh Rai yang mengadu pada Pian tentang Izlan. Maklang memarahi Rai kerana mengadu macam-macam pada Pian. Rai meminta agar ibu mertuanya jangan bersangka buruk padanya. Maklang terus meberi amaran pada Rai agar berpesan pada Pian supaya membantu mereka dengan ikhlas. bukan dengan menganiaya Izlan.

Naim juga sangat risaukan sepupunya. Dia ingin bertemu dengan Izlan. Tapi rose melarang kerana dia tahu Laila pasti tidak akan membenarkan Naim berjumpa Izlan. Menurut Rose ,Izlan dan Laila sudah tinggal sebumbung . Sudah pasti Izlan jatuh cinta pada Laila. Naim mula bertambah risau mendengar kata-kata Rose.



Naim akhirnya bertemu dengan Izlan. Naim bertanya mengapa Izlan tidak menghubungi Rai dan anak-anak di Kampung. Izlan mengatakan yang dia merasa lain bersama Laila. 

Laila bertanya mengapa Izlan keluar tanpa memberiathunya. Izlan mengatakan dia bosan dan ingin keluar bekerja. Izlan juga mengatakan Laila mengurungnya dirumah hingga membuatkan dia lupa pada isteri dan anak-anak. Laila mengatakan dia cintakan Izlan. Dia sanggup memberi apa sahaja pada Izlan. Izlan meminta untuk pulang ke kampung. Laila bersetuju dengan syarat Izlan menikahinya. Laila merayu izlan. Tapi Izlan tetap dengan pendirian nya dan mengatakan dia cintakan Rai.

Rai sangat rindukan Izlan. Izlan seperti sudah melupakan nya dan anak-anak. Rai menangis dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia terlalu rindukan Izlan.Malah anak-anaknya juga kerap bertanya tentang ayah mereka. Tiba-tiba Rai terdengar suara anak-anaknya menaggil ayah mereka. rai terus keluar dan melihat Izlan diluar rumah. Izlan emmbelikn hadiah pada anak-anaknya.

Baru sahaja Rai ingin menghulurkan tangan bersalam dengan Izlan , Izlan terus kedapur mencari maklang. Izlan seperti tidak mempunyai perasaan pada Rai. Kepulangan Izlan ke kampung sebenarnya ingin memberitahu Rai dan ibunya yang dia ingin berkahwin dengan Laila.

bersambung..

Pelakon

Nadia Brian -Raihani

Adi Putra -Ezlan

Sharifah Sakinah -Laila

Atiq Azman -Pian

Baby Azreen -Maryam

Aznah Hamid -Mak Lang

Rosli Rahman Adam -Pak Salleh

Kuza -Mak Su

Zaki Azeman -Naim

Lana Nodin -Embun

Ummar Dzariff -Rais

Laura Olivia

Soundtrack Aku yang Kau gelar Isteri 

Purnama  - Naim Daniel

Tonton Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 4


Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)