Advertisement

ads

5 KALI TONTON SIRI TV DI NETFLIX WANITA INI PUTUSKAN UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM

 

Seorang wanita berasal dari Amerika , berusia 60 tahun mengambil keputusan untuk memeluk agama Muslim setelah menonton sebuah drama bersiri berjudul  Resurrection: Ertugrul , sebuah siri TV Turki yang popular.

Warga Wisconsin ini memilih nama "Khadija" selepas memeluk agama Islam dan memberitahu bahawa dia mengambil keputusan tersebut selepas menonton siri tv Resurrection: Ertugrul ketika melayari Netflix. kata Khadija dia benar-benar berminat dengan Islam selepas menonton beberapa episod siri tersebut.

Khadija menjelaskan bahawa dialog Muhyiddin Ibn Arabi dalam siri tersebut memberi makna baru dalam hidupnya, dia mengatakan dialog dalam siri ini membuatkan dia banyak berfikir dan kadang-kadang menangis. Siri ini memberi kesan besar terhadap orientasinya terhadap Islam, katanya.

Dia mengatakan rasa ingin tahu dalam sejarah menghubungkannya dengan siri ini dan setelah menonton siri itu dia bertemu dengan Islam.

Walaupun sebelum ini dia seorang Katolik, semua tanda tanya di kepalanya terjawab dan dia akhirnya menjadi lebih berminat dengan Islam, katanya.



Khadija juga mula membaca kitab suci Al-Quran  dalam bahasa Inggeris untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam.

Sebaik memutuskan untuk memeluk islam, dia mencari masjid berhampiran kawasannya dan setelah menjumpainya dia masuk ke dalam masjid . Para jemaah di dalam masjid awalnya terkejut melihat nya.

"Saya menjadi Muslim pada hari itu," katanya.

Khadija mengakui bahawa dia mengalami reaksi yang tidak dijangka dari rakan-rakannya ketika dia mengatakan dia menjadi Muslim. ramai rakan-rakan nya yang mengatakan otak nya dicuci oleh rancangan tv tersebut.

"Saya tidak lagi membincangkan masalah ini dengan orang lain. Saya tidak mengganggu kepercayaan mereka. Mereka juga tidak mempunyai alasan untuk mengganggu saya, ”tambahnya.

Khadija, seorang ibu kepada enam orang anak mengatakan hanya anak bongsunya sahaja yang tahu dia sudah memeluk agama islam. 5 lagi anaknya masih belum bertanyakan kesahihan perkara tersebut. Tapi dia yakin mereka pasti akan bertemu dan mendapatkan kepastian dari nya dalam sedikit masa lagi.

Resurrection: Ertugrul  menceritakan kisah sebelum penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 Anatolia. Drama ini juga menceritakan tentang perjuangan Ertugrul Gazi.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah. bertambah saudara baru. moga menjadi muslimah sejati.

    BalasPadam
  2. Wah dokumentari yang membuatkan orang bukan Islam tertarik dengan Islam.
    Banyak pahala yang terlibat dengan siri tersebut.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)