WARUNG SEPAHTU EPISOD 3 | Warung Sepahtu adalah rancangan untuk menggantikan rancangan Sepahtu Reunion yang tidak dapat bersiaran sempena PKP yang diumumkan sejak 13 January lalu. Rancangan ini akan menampilkan ramai artis setiap minggu. Antara artis yang terlibat ialah Liza Abdullah, M. Nasir, Naqiu dan ramai lagi.
Rancangan penuh lawak jenaka ini disiarkan setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro warna 107
Sinopsis Warung Sepahtu Episod 3
Episod minggu ke 3 menampilkan Kompesor lagu, pelakon dan penyanyi Dato M. Nasir dan juga penyanyi Dato Hattan. Berbagai perkongsian mengenai dunia muzik rock dulu dan kini . Mereka juga berkongsi pengalaman sepanjang berpuluh tahun dalam industri seni Malaysia.
Lagu pertama ciptaan M.Nasir adalah untuk kumpulan Alleycats. Sejak itu Dato M.Nasir terlibat dengan nyanyian di samping mencipta lagu.
Pembabitan Dato Hattan dalam dunia seni bermula ketika dia berjumpa dengan Dato M.Nasir di Bangsar pada tahun 1984.
Warung Sepahtu Episod 3 turut dikunjungi oleh Mohamad Rashidi seorang penggali kubur yang menjadi viral dilaman sosial baru-baru ini. Mohd Rashidi mula belajar cara menggali kubur dari pakciknya.
Seorang lagi adalah Mohd Zuhairi seorang pengurus jenazah. Dia bermula dengan sebuah Van jnazah namun kini mempunyai 12 van jenazah bagu memudahkannya menguruskan jenazah.
Watak:
Pak Ya - Pak Ayob
Jep - Ngot
Rahim - Jaafar
Shuib - Sarip
3 Ulasan
ramai artis undangan yg hebat
BalasPadamGeram dengan ngot jahahah ada je peel nya
BalasPadammesti lawak..hahaa..tgk watak deme pn nk tgelak dah ^_^
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)