Advertisement

ads

WARUNG SEPAHTU EPISOD 2

 WARUNG SEPAHTU EPISOD 2 Warung Sepahtu adalah rancangan untuk menggantikan rancangan Sepahtu Reunion yang tidak dapat bersiaran sempena PKP yang diumumkan sejak 13 January lalu. Rancangan ini akan menampilkan ramai artis setiap minggu. Antara artis yang terlibat ialah Liza Abdullah, M. Nasir, Naqiu dan ramai lagi.

Rancangan penuh lawak jenaka ini disiarkan setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro warna 107



Sinopsis 

Episod kedua minggu ini menampilkan dua orang komedian ,Ebby Yus dan Saleh Yaakub. Pembabitan awal dua artis ini bermula di pentas-pentas seni. Saleh Yaakub bukan sahaja terlibat dalam lakonan malah aktif dalam nyanyian satu masa dulu dengan pernah menghasilkan 6 buah album namun 1 sahaja lagu yang popular.



Ebby Yus bermula masuk ke dunia komedi dalam drama "Ala Mak Kahwin kan Aku" arahan Aziz M. Osman. menceritakan pahit manis sewaktu awal pembabitan dalam dunia seni , mereka pernah ditipu dan Ebby Yus sendiri pernah pulang dari membuat persembhaan dengan menumpang lori.

Namun mereka tidak pernah berputus asa dalam industri.




Warung Sepahtu juga turut dikunjungi oleh Romzi  seorang pemandu ambulans dan Stepheno Sophiu , seorang pegawai perubatan. Kedatangan mereka untuk berkongsi tentang pekerjaan mereka dan pengalaman mereka sepanjang bekerja dalam bidang perubatan.

Stepheno turut berkongsi kes kemalangan paling teruk yang pernah mereka hadapi.

Watak:

Pak Ya - Pak Ayob

Jep - Ngot

Rahim - Jaafar

Shuib - Sarip


Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)