Advertisement

ads

WANITA TUA DAN JUGA SEORANG PESARA INI IALAH JUARA DUNIA MELEMPAR PISAU

WANITA TUA DAN JUGA SEORANG PESARA INI IALAH JUARA DUNIA MELEMPAR PISAU | Galina Chuvina, seorang wanita yang juga seorang pesara dari kota kecil Sasovo di Rusia. Dia mungkin kelihatan seperti wanita biasa yang mempunyai beberapa orang cucu diusia tua tapi siapa sangka Galina  aialh seorang juara dunia untuk sukan melempar pisau pernah menjadi menjadi juara kebangsaan lapan kali, juara Eropah dan juga juara dunia.

Pada tahun 2007, diusia 56 tahun itulah pertama kali pertama Galina mencuba untuk melempar pisau. Galina mendapat pekerjaan di bahagian pemeriksaan kolam renang. Selain itu dia juga itugaskan untuk mengemas pakaian dan memberi nombor giliran kepada pengunjung


Suatu hari, pengurusan tempat kerjanya ingin mewujudkan kelab melempar pisau di tempat itu, dan Galina menjadi salah seorang yang terawal yang mendaftar untuk latihan melempar pisau. Hanya sebulan setengah menjalani latihan, Galina mendapat tahu bahawa dibandar tersebut akan diadakan pertandingan melempar pisau. 

Kira-kira 50 orang peserta, termasuk tentera khas, pelempar pisau profesional, dan juga amatur sepertinya yang menyertai pertandingan tersebut. Dia yang turut serta mengejutkan orang ramai apabila memenangi tempat pertama.

Kemenangannya dalam acara  melontar pisau amat mengejutkan ramai malah ada yang menyatakan ianya hanya disebabkan nasib nya yang baik.Hadiah yang dimenangi ialah penggiling daging. Galina sekali lagi menyertai pertandingan  2007 National Knife Throwing Championship, di mana dia sekali lagi meraih kemenangan mengalahkan pelempar pisau terbaik di negara tersebut dan menerima hadiah telefon bimbit dan tilam udara . Disebabkan itu dia mula mendaftar lebih banyak pertandingan.

Pada tahun 2008, Galina bertanding dalam World Knife Throwing Championship  di Kaliningrad, menentang 36 pelempar pisau terbaik di dunia.  Galina Chuvina hanya berlatih selama setahun, dan dia adalah satu-satunya pesara di antara para peserta, tetapi dia sekali lagi berjaya. Orang ramai mula memberikan nya gelaran sebagai  "Baba Galya"  setelah dia menjadi  pelempar pisau nombor satu di dunia.


Pada tahun 2013, Galina Chuvina terus memenangi European Knife and Axe Throwing Championship. Sepanjang kariernya yang luar biasa, dia meraih 3 kejuaraan kebangsaan, serta 50 pingat dan gelaran. Di kebanyakan negara dia dianggap harta negara tetapi tidak di Rusia.


Pada masa kegemilangannya, Galina Chuvina mendapat banyak perhatian dari media, diwawancara dan tampil di rancangan televisyen, tetapi dia tidak pernah mendapat sokongan yang signifikan dari siapa pun, termasuk pihak berwajib di Moscow. Ketika usia mulai meningkat, dia berhenti menyertai pertandingandisebabkan dia tidak mampu melakukan perjalanan jauh dan mula kembali ke tempat asalnya di Sasovo. 

Sekembalinya dia ke tempat asalnya ,Galina tidak bekerja. Dia mendapat tawaran daripada ibu bapa untuk mengajar anak-anak namun dia menolak untuk melakukan nya. Hari ini, pada usia 68 tahun, dia tinggal di sebuah rumah yang usang dan menerima pencen bulanan sebanyak 17,000 rubel ($ 220). Pengakhiran  yang menyedihkan untuk seorang yang mempunyai kemahiran luar biasa dan terkenal..

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Itulah bila kita diusia tua dan tak dihargai... Walhal masa muda mengharumkan nama negara, bangsa dan agama. Alahai... Dunia hari ini.. Kesian Galina. Bersusah payah, tapi tak dapat apa-apa

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)