Advertisement

ads

WANITA SERANG SUAMI SANGKA GAMBAR PEREMPUAN LAIN DALAM TELEFON RUPANYA GAMBAR SENDIRI

Cemburu buta bagaikan satu penyakit. Ianya menjadi barah dalam satu hubungan dan akhirnya akan merosak kan hubungan yang terbina. Di Mexico , gara-gara cemburu buta seorang wanita tergamak menyerang suaminya dengan sebilah pisau tajam.



Wanita yang dikenali sebagai Leonora dipercayai melihat beberapa gambar suaminya bersama seorang wanita muda yang cantik ditelefon bimbit suaminya. Gambar-gambar mesra suaminya dengan wanita muda diatas katil membuatkan Leonora sangat marah.

Berasa cemburu melihat suaminya bergambar dengan wanita muda, Leonora kemudian nya bertindak mencapai sebilah pisau tajam dan cuba menyerang suaminya, Juan.


Leonora tidak dapat mengawal perasaan marahnya lagi, dan suasana menjadi tegang hingga menarik perhatian jiran tetangga yang menghubungi pihak polis. Juan tidak sempat untuk memberi penjelasan pada Leonora apabila Juan terus di pukul dan dihina dengan kata-kata kesat.

Juan cuba sedaya upaya menghindari pukulan Leonora. Sebaik sahaja dapat melepaskan diri, Juan menjelaskan yang gambar wanita muda disampingnya ialah Leonora sendiri. Wanita cantik yang dikenali beberapa tahun lalu. Juan menemui gambar-gambar lama mereka di dalam email dan dia memindahkan gambar-gambar tersebut ke dalam telefon bimbitnya. Dia tidak menyangka tindakan nya itu telah membahayakan nyawanya.



Ketika polis datang untuk menahan leonora, Juan menjelaskan gambar-gambar tersebut adalah ketika mereka belum berkahwin , Waktu itu Leonora sangat cantik dan bergaya. Dia suka memakai alat solek dan bertubuh lansing. Namun selepas beberapa tahun perkahwinan Leonora sudah tidak peduli dengan penampilan nya hingga Leonora tidak mengenali dirinya sendiri.

Leonora ditahan oleh pihak polis atas kesalahan melakukan keganasan rumahtangga. Jika didapati bersalah dia akan dikenakan beberapa tahun hukuman penjara.

 



Catat Komen

0 Ulasan