Advertisement

ads

WANITA INI BUNUH ANAK NYA SENDIRI DENGAN KEJAM KERANA MENYANGKA ANAKNYA ADALAH IBLIS.

Polis Brazil sedang menyiasat pembunuhan kejam seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dibunuh oleh ibunya sendiri.  Ibunya didakwa memukulnya sehingga mati, mengeluarkan bola matanya dan bahagian lidahnya dan kemudian cuba memakan organ kanak-kanak itu . 



Suspek yang mengalami gangguan mental ditahan pada hari Ahad lalu selepas polis tiba di tempat kejadian dan sebaik sampai mereka mendapati dia sedang berdoa di sebelah mayat anaknya . Wanita itu dilaporkan menggunakan sebilah gunting untuk memotong organ anaknya di dalam bilik mandi di rumah keluarganya cuba memakannya.

Ketika ditahan dia dia memberitahu pihak polis bahawa anaknya itu telah dirasuki oleh iblis. Katanya lagi , yang mati dihadapan nya itu adalah iblis. Bukan anak perempuannya.


Polis memaklumkan siasatan masih dalam tahap awal, tetapi mereka percaya wanita itu mengalami masalah mental yang teruk sehingga sanggup menyerang anaknya sendiri. 

Media tempatan mendedahkan identiti suspek yang dikenali sebagai Josimare Gomes da Silva yang berusia 30 tahun dan mangsa dikenali sebagai Brenda Carollyne da Silva.




Polis memberitahu wartawan bahawa datuk kepada Brenda meminta pertolongan setelah Josimare  mengurung dirinya di bilik mandi dengan kanak-kanak malang itu. Ketika polis tiba, mangsa sudah mati dengan bahagian organnya berada sebelahnya. Pihak berkuasa juga mendapati darah mengalir dari longkang di belakang rumah sambil meninjau lokasi tersebut yang dalam keadaan mengerikan.

Suspek kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan. Penyiasatan masih diteruskan bagi menentukan tuduhan terhadapnya.



Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)