Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPSIOD 3

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 3 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias.



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 3

Selepas mendapt tahu yang Azlan mempunyai isteri lain selain dirinya, Juweta menyerang Azlan dan isteri muda Azlan.Ruzita.  Dia memukul Ruzita tapi berjaya dihalang oelh Azlan. Azlan menghalau Juweta kekuar dari rumah.

Juweta keluar dari rumah Azlan dan sempat di sapa Ruhila. Juweta meluahkan rasa kecewanya terhadap Ruhila kerana bersubahat dengan Azlan untuk menduakan nya. 

Juweta baru sedar selama ini Azlan selalu memberi alasan outstation . RUpanya dia sudah berkahwin lain. Lebih menyedihkan lagi dia tertipu selama 7 tahun.

Ruhila cuba menghubungi Juweta tapi telefon Juweta tidak berjawab.Juweta masuk kedalam rumah dan melihat gambar perkahwinan nya dengan Azlan. Juweta naik keatas dan melihat Mika sedang menangis.


Mika bertanya pada Juweta betulkah Mama dan papanya akan bercerai. Juweta tak mampu memberi jawapan dan hanya memeluk Mika untuk menenangkan Mika yang sedang menangis.

Ketika sedang bersarapan Mika tidak berselera untuk makan. Kak Jo memujuk Mika yang tidak mahu makan. Ruhila datang seperti biasa untuk menjemput Mika Ke sekolah. Ruhila masuk ke dalam rumah dan naik keatas untuk bertemu Juweta. Ruhila mengetuk pintu tapi tiada jawapan dari Juweta.

Ruhila memberitahu yang sebenarnya dari awal lagi dia ingin berterus terang tapi dia tidak mempunyai peluang. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus terang pada Juweta. Dia pernah menjauhkan diri dari Juweta diawal perkahwinan Juweta dulu kerana tak mahu melukai Juweta, tapi takdir mempertemukan kembali Juweta dan Ruhila. 

Baru sahaja Ruhila ingin memberitahu perkara sebenar Kak Jo muncul ditangga dan meminta Ruhila segera turun kerana risau Mika akan lewat ke sekolah.

Juweta menghubungi Hakim, Peguam Azlan. Hakim menemui Juweta namun sempat Hakim mengingatkan Juweta dia adalah lelaki yang dahulu busuk dan menjelikkan dimata Juweta. Hakim memberitahu Juweta yang Azlan memang dah lama ingin mneceraikan Juweta.Kata-kata hakim membuatkan Juweta  marah namun dia masih mampu menahan nya.

hakim terus menghubungi Azlan dan meminta Azlan meneruskan dengan Rancangan B.


Juweta masuk ke pejabat. Baru sahaja dia hendak berckap dengan stafnya yang lain, Azlan muncul dan mengumumkan yang dia adalah pemegang saham terbesar syarikat tersebut, DIa dengan serta merta memecat Juweta. Azlan juga menyerahkan jawatan Ceo kepada isteri keduanya.. Ruhila...

Juweta terkejut mendengar kata-kata Azlan..

Bersambung...

Pelakon 

Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 3

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)