TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 5 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias
Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 5
Orang-orang suruhan Azlan membawa Juweta jauh dari rumah dan meninggalkan Juweta di tepi jalan. Juweta menyewa disebuah hotel murah. Didalam bilik Juweta menagis sepuas hati. Dia tidak sangka sejauh itu Ruhila dan Azlan menipunya.
Che Salmah dan anaknya berpindah masuk ke rumah besar yang asalnya adalah milik Juweta.
Ruhila tidak bersetuju dengan tindakan Azlan untuk mengambil Mika. Tapi dia juga ada hati naluri untuk menjaga anak kandungnya sendiri. Dia teringat selepas dia melahirkan Mika , dia langsung tidak suka dengan bayi yang dilahirkan. Hanya Azlan yang menjaga Mika.
Che Salmah meminta Azlan untuk menjual Mika yang ketika itu baru berapa hari dilahirkan. Che Salmah juga meminta Azlan membuang bayi tersebut. Azlan terpaksa membawa Mika keluar dari rumah tersebut . Azlan tak sampai hati nak meninggalkan Mika di masjid dan membawa Mika pulang ke rumah Juweta.
Waktu itu Azlan memberitahu Ruhila yang dia sudah meletak kan Mika di depan surau. Azlan juga memberitahu yang dia telah menjadi seorang ayah yang sangat kejam kerana sayangkan Ruhila.
Selepas itu baru lah Azlan berterus terang pada Ruhila, anak yang dipelihara oleh juweta adalah Mika, anak Ruhila. Dia melihat Juweta sangat sayangkan Mika jadi dia menerima cadangan Juweta agar mereka mengambil Mika sebagai anak mereka tanpa juweta tahu yang anak kecil tersebut adalah anak Ruhila dan Azlan.
Selepas itu Ruhila meminta Izin pada Azlan untuk dia bekerja sebagai PA juweta . Dia mahu mendekati Mika untuk menebus dosanya pada Mika.Azlan bersetuju dan sejak itu lah Ruhila menjadi PA juweta. Dengan menjadi PA juweta , Ruhila dapat meluangkan masa untuk bersama Mika. Dia mengasuh Mika dan Mika membesar didepan matanya.
Ruhila rasa sangat bersalah pada Juweta. Dia tidak sangka dirinya dan Azlan tergamak berlaku kejam pada Juweta. Juweta tidak pernah membuat apa-apa kesalahan padanya. Kerana itu dia berasa bersalah pada Juweta. Dia merampas Azlan, dia merampas anak Juweta dan juga segala-galanya milik Juweta.
Azlan memberitahu yang dia tidak boleh berbuat seperti yang Ruhila mahu kerana Che Salmah akan mendesaknya. Azlan sudah bosan dengan ibu mertuanya itu. Ruhila juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tahu ibunya sanggup melakukan apa sahaja .
Ruhila naik ke bilik Mika dan melihat Mika tidak mahu makan. Badan Mika juga panas. Ruhila bertanya pada Kak Jo sama perlu bawa ke hospital. Kak Jo menyuruh Ruhila serahkan Mika pada Juweta . Kak Jo memarahi Ruhila yang sanggup merampas kebahagian Juweta . Ruhila yang marah dengan kata-kata kak Jo terus menampar pipi Kak jo.
bersambung...
Pelakon
Nad Zainal - Juweta
Nazim Othman - Azlan
Elvina Mohamad - Ruhila
Alvin Chong - Ean
Isaac Iman - Mika
Didie Alias - Che Salmah
Uchee Fukada - Kak Jo
Iman Suhana - Ruzita
Muaz Fitri Maslan - Hakim
Soundtrack Takdir Yang Tertulis
Karma - Kaka Azraf dan Jazz
1 Ulasan
suka baca tulisan Di
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)