Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 4

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 4Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias


Sinopis Takdir Yang Tertulis Episod 4.

Che Salmah memang mahu Azlan mendedahkan hubungan sebenar Ruhila dan Azlan. Dia mahu anaknya hidup sebagai isteri Azlan tanpa perlu bersembunyi.  Che Salmah juga sering menekan Azlan supaya menceraikan Ruhila jika tidak mahu mendedahkan hubungan mereka suami isteri.Dia mahu Azlan juga memberikan kemewahan kepadanya dan Ruhila 

Kerakusan Che Salmah membuatkan Azlan tergamak membeli semua saham Juweta. Adik Ruhila yang juga menaruh hati pada Azlan membuatkan Azlan tak boleh hidup didalam rumah Che Salmah.

Ruhila kecewa kerana dia mungkir janji pada Juweta.Dia tergamak merampas suami kawn baiknya sendiri. Ruhila meminta Azlan menceraikan nya. Azlan tak sanggup kerana dia memang menyintai Ruhila berbanding Juweta yang dikahwininya kerana terpaksa demi menjaga hati Ruhila.



Azlan memberitahu Ruhila yang pada awal perkahwinannya dengan Juweta dia memang mencuba untuk menerima Juweta. Ruhila memandang juweta dan mengatakan jika Azlan mahu menceraikan Juweta , laku kanlah secepat mungkin kerana dia tidak mahu Juweta semakin tersiksa kerana mereka berdua.

Pendedahan Azlan tentang siapa isteri keduanya sangat mengejutkan Juweta dan staf yang lain. Juweta pengsan sebaik mendengar apa yang diucapkan Azlan. Juweta dimasuk kan ke hospital. Ruhila menunggu Juweta di ward. Dia rasa bersalah terhadap Juweta. Ruhila teringat peristiwa sewaktu 7 tahun lalu dia dipaksa berkahwin dengan Azlan oleh ibunya.

Walauopun RUhila berkeras menolak pinangan AZlan tapi Ibunya, Che Salmah tetap dengan pendirian nya.

Ruhila sangat kecewa dengan apa yangdilakukan Azlan. Azlan datang berjumpa Ruhila di hospital. Ruhila memarahi Azlan. Azlan mengatakan dia terpksa lakukan semua ini. Dia akan kehilangan Ruhila jika tidak mengikut kata Che Salmah yang mahu menjodohkan Ruhila dengan Farish.

Ruhila terdiam dan tidak menyangka Azlan tergamak lakukan semua ini demia dirinya.

Kak Jo datang ke hospaital dengan Mika. Azlan membawa Mika masuk berjumpa Juweta. Juweta menghalau Azlan keluar dan tidak dapat mengawal dirinya. Ruhila yang mendengar kekecohan tersebut segera keluar dan melarikan diri. Juweta keluar dan mengejar Ruhila. JUweta bertanya pada Ruhila mengapa dia lakukan semua ini. 

Ruhila meminta maaf pada Juweta. Juweta mengatakan yang dia menganggap Ruhila kawan baik dunia akhirat. Dia tidak mempunyai sesiapa selain Ruhila. Rupa-rupanya Ruhila merampas suaminya dan merampas hartanya. Ruhila menangis. Juweta cuba menyerang Ruhila tapi di halang oleh Azlan.

Azlan memberitahu yang dia sendiri yangsebenarnya memaksa Ruhila berkahwin dengan nya. Bukan salah Ruhila. Juweta memarahi Azlan dan Ruhila sepuas hatinya. Jururawat segera menenangkan Juweta dan membawanya masuk ke bilik. Ruhila cuba ingin mengejar Juweta tapi ditahan oleh Azlan.

Ruhila berpaling ke arah Azlan dan menampar Azlan. Dia terus pergi meninggalkan Azlan.

7 tahun lalu Ruhila dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya. Kerana itu dia bersetuju untuk berkahwin dengan Azlan demi meluopakan bekas kekasihnya. Azlan terima dengan hati terbuka. 

Dirumah Ruhila berbincang dengan Azlan. Dia memberitahu yang Juweta tak salah. Azlan dan Juweta yang salah kerana mempermainkan perasaan Juweta. Ruhila mahu Azlan mengembalikan semula syarikat Juweta. Ruhila mahu dia dan Azlan pergi jauh dari Che Salmah. Ruhila tak tergamak membuat kawan baiknya kecewa dan merana.



Juweta teringat yang dia pernah menemui baju melayu didalam bag Azlan. Waktu itu Azlan memberitahu yang dia baru membeli baju melayu tersebut. Juweta terasa diperbodohkan oleh Azlan. Juweta gagal mengawal perasaan nya,. dia menjerit sekuat hati dan Mika masuk ke dalam bilik dan memujuk Juweta. Juweta Memeluk Mika sambil menangis.

Kak Jo masuk ke dalam bilik Juweta dan memberitahu yang dia ada tetamu. Juweta turun ke bawah dan melihat ibu ruhila datang. Che Salmah memperkenalkan dirinya sebagai wanita yang pernah menjadi wanita simpanan ayah Juweta. Che salmah meminta Ruhila keluar dari rumah tersebut kerana Rumah tersebut sudah menjadi hak Ruhila dan AZlan

Lebih mengejutkan Juweta apabila mereka memberitahu Mika adalah anak Azlan dan Ruhila. Bukan anak Juweta. Juweta terkejut dan meminta penjelasan dari Azlan. Azlan terdiam. Ruhila diheret keluar dari rumah. Azlan menangis kesedihan. Dia tak tergamak membuat semua iotu Tapi demi mengikut kata Che Salmah dia menjadi begitu kejam terhadap Juweta dan Mika.

bersambung...



Pelakon 

Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 4 


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)