Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 2

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 2 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias.



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 2 

Juweta teringat kembali kata-kata Azlan sewaktu Azlan meminta untuk berpisah. Waktu itu Juweta mengejar Azlan dan meminta penjelasan sama ada Azlan benar-benar serius . Juweta fikir Az,an tak kan berani bertindak sejauh itu. Azlan pergi meninggalkan nya tanpa dia sangka.

Pagi itu Mika masuk ke bilik Juweta dan bertanya dimana papanya.Dia juga bertanya mengapa papanya tidak tidur dirumah. JUweta memberitahu yang Azlan sibuk. Juweta menyurush Mika bersarapan. Juweta serba salah terhadap anak nya.

Ketika bersarapan Juweta termenung dan itu dapat disedari oleh pembantu rumahnya. Ruhila datang kerumah untuk menjemput Mika. Tapi Ruhila tak masuk kerumah. Juweta memanggil Ruhila masuk tapi ruhila menolak. Selepas dipaksa baru lah ruhila masuk walau dalam hatinya dia tidak selesa berdepan dengan 
Juweta.



Juweta memberitahu Ruhila yang Azlan meminta untuk berpisah. Wajah Ruhila berubah mendengar luahan hati Juweta.Juweta memberitahu yang dia sudah buat seperti apa yang dinasihatkan Ruhila. Tapi zlan mahu berpisah. Ruhila memberitahu yang mungkin Az;an mempunyai sebab lain mengapa dia bertindak seperti itu. Juweta tertanya2 apa kah Maksud Ruhila.

Didalam kereta, Mika bertanya pada Ruhaila apa itu cerai . Dia mendengar Juweta menyebut perkataan tersebut ketika berbual dengan Ruhaila.Ruhaila terkejut dan mengelak untuk menjawab soalan Mika. Ruhaila berjanji akan membawa Mika makan aiskrim.

Dipejabat staf mula bercakap tentang hubungan Juweta dan Azlan yang berantakan. Juweta yang sampai ke pejabat pagi itu menyedari mereka sedang bercakap tentang nya. Juweta mula menegur staf2 nya yang duduk berkumpul dan berbual dia awal waktu pejabat.Staf2 mula beredar kemeja masing2 kerana takutkan Juweta yang garang.

Juweta melihat ke bilik Azlan. Azlan tidak ada . Juweta  teringat kata-kata Ruhaila yang berkemungkinan Azlan mungkin sudah lama berjauh hati dengan nya. Bukan kerana apa yang berlaku di pejabat semalam. Waktu itu Juweta masih yakin yang Azlan tak kan berani untuk bercerai. Tapi melihatkan ketiadaan Azlan di pejabat ,hati Juweta sedikit gusar. Walaupun begitu dia masih yakin Azlan tidak serius untuk bercerai. 

Juweta membuka twitter Azlan dan membaca tweet dari Azlan yang seolah-olah memberi petanda hubungan nya dan Azlan mungkin akan berakhir. Juweta keluar tergesa-gesa. Semua staf mula merasakan yang Juweta pasti sudah membaca tweet dari Azlan. 

Rakan-rakan Azlan yang membaca tweet tersebut mula mendapatkan kepastian dari Azlan. Azlan tidak membalas sebarang komen dari mereka.



Azlan berjumpa dengan peguamnya. Peguam nya mengingatkan Azlan yang tindakan Azlan ini akan menjatuhkan Juweta. Azlan sedar semua itu dan dia mengatakan jika peguamnya berada ditempatnya, pasti dia juga akan memilih untuk berbuat benda yang sama dengan nya. Azlan cuma ingin mempertahan kan haknya. Peguam Azlan bersetuju dan faham dengan tindakan Azlan.

Azlan mahu proses penceraiannya lancar. Peguamnya , hakim sempat bertanya mengapa Azlan berkahwin dengan Juweta sedangkan Azlan dan Juweta memang tidak serasi sejak zaman mereka belajar bersama. adakah disebabkan harta. Azlan terdiam dan wajahnya menunjuk kan rasa tidak senang dengan kata-kata peguamnya. 




Juweta sudah banyak kali menghubungi Azlan tapi Azlan tak menjawab panggilan telefon Azlan. Juweta sangat tertekan dan menjerit kemarahan. Juweta turut melepaskan kemarahan nya pada pembantu rumah yang risau dengan keadaan Juweta.

Ruhaila masuk ke pejabat dan bertanya staf lain dimana Juweta. Mereka memberitahu yang Juweta sudah keluar selepas membaca Tweet dari Azlan. Mereka juga memberitahu Ruhila yang Azlan mungkin sudah berkahwin lain.Mereka bertanya pada Ruhila siapakah isteri baru AZlan. Ruhila terkejut dan meminta staf jangan membuat cerita yang tak pasti. Dia terus keluar dan mencari Juweta.

Ruhila menghubungi Azlan dan bertanya tentang keputusan Azlan. Ruhila meminta Azlan untuk bersabar . Azlan sudah tidak sanggup untuk bersabar. Lambat laun mereka akan bercerai juga. Azlan meminta Ruhila memahami perasaan nya yang tertekan sejak berkahwin dengan Juweta.Azlan mengingatkan Ruhila yang semua ini tidak akan berlaku jika Ruhila tidak menolak cintanya dulu.

Ketika zaman mereka belajar, Azlan memang menyimpan perasaan pada Ruhila. Ruhila menolak cintanya kerana juweta menyukai Azlan. Dia tidak mahu kerana Azlan dia kehilangan kawan baiknya, Juweta. Ruhila juga meminta Azlan menerima Juweta demi dirinya.



RUhila masuk ke bilik Juweta. Dia memberitahu yang Azlan nampaknya serius untuk bercerai. Juweta meminta Ruhila untuk membantunya memujuk Azlan agar tidak menceraikan nya . Ruhila ingin mmberitahu sesuatu pada Juweta tentang Azlan Tapi tiba2 pembantu rumah memberitahu yang furu Mika sudah beberapa kali menghubungi dan meminta untuk mengambil Mika di sekolah.

Ruhila bergegas untuk mengambil Mika dan dia tidak sempat untuk mengatakan perkara sebenar kepada Juweta. Tapi Ruhila sempat memberitahu yang dia akan memujuk Azlan. Ruhila menghubungi zlan dan  meinta Azlan jangan menceraikan Juweta. Azlan mahu Ruhila tahu yang Ruhila tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan rumahtangga nya. Dia akan tetap bercerai dengan juweta.




Juweta hanya berkurung didalam bilik. Dia teringat-ingat perkara apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Ruhila tadi. Apa sebenarnya sedng disembunyikan dari Juweta. 

Azlan pulang kerumah dan mengemas semua barang-barangnya. Juweta bertanya sama ada Azlan tidak kasihan kan Mika. Azlan menjelaskan yang dia tidak mahu Mika hidup dalm suasana yang toxic. Azlan memberitahu Juweta yang dia tetap ingin bercerai. Azlan juga berjanji tak kan mengabaikan tanggngjawabnya terhadap Mika.

Juweta mula mempertikaikan Janji2 Azlan untuk hidup bersamanya. Azlan pula bertanya Juweta bagaimana dengan janji-janji Juweta untuk berubah. Juweta merayu dan berjanji dia akan berubah. Azlan meminta Juweta agar tidak perlu melaku kan apa-apa kerana dia tetap dengan keputusan nya. Azlan mengkui dia yang salah kerana meinta Juweta berubah. Azlan mencapai bag nya dan keluar pergi meninggalkan Juweta.


Pelakon 

Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf dan Jazz

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 2

Catat Komen

0 Ulasan