Advertisement

ads

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 1

TAKDIR YANG TERTULIS EPISOD 1 | Drama lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman ini disiarkan bermula pada 21 january 2021 jam 10 malam di slot Lestary , tv3. Drama ini diarahkan oleh  Shahrulezah Mohameddin dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias.



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 1

Juweta seorang wanita yang bekerjaya. Mempunyai seorang anak lelaki dan suami. Layanan nya terhadap anaknya cukup baik tapi layanan terhadap suaminya Azlan menjadi dingin selepas beerapa tahun usia perkahwinan. 

Segala keperluan Azlan dirumah hanya diurusakn oleh pembantu rumah mereka. Azlan dan Juweta bekerja di bawah syraikat yang sama. Hubungan mereka ditempat kerja juga dingin. mereka sering berbalah dan berbeza pendapat.



Syarikat tersebut sebenarnya syarikat ayah kepada Juweta. Kesombongan Juweta membuatkan Azlan kecewa dan sering terasa hati dengan isterinya itu. 

Juweta berjanji untuk membawa Mika makan aiskrim. Tapi Juweta terlupa dan tak dapat mengotakan janjinya pada Mika. Azlan memutuskan untuk dia sendiri membawa Mika makan aiskrim.

Azlan teringat waktu diawal dia melamar Juweta. waktu itu Juweta berjanji akan menjadi isteri yang terbaik dan menyayangi Azlan selamanya. 

Juweta juga seorang majikan yang sangat ditakuti oleh staf nya. Mereka juga tahu yang Juweta tak pernah menghormati Azlan sebagi suami nya. Juweta tahu staf-staf lain bercakap tentangnya di pejabat tapi diabaikan sahaja.

Selepas pulang dari kerja ,Juweta dan Azlan duduk berbincang. Juweta meminta maaf kerana memarahi Azlan di pejabat siang tadi. Azlan mula meluahkan perasaan kecewanya pada Juweta. Dia tertanya-tanya dimana letaknya Azlan sebagi suami di dalam rumah itu.

Bersambung...






Pelakon 

Nad Zainal - Juweta

Nazim Othman - Azlan

Elvina Mohamad - Ruhila

Alvin Chong - Ean

Isaac Iman - Mika

Didie Alias - Che Salmah

Uchee Fukada - Kak Jo

Iman Suhana - Ruzita

Muaz Fitri Maslan - Hakim

Soundtrack Takdir Yang Tertulis

Karma - Kaka Azraf 

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 1

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)