Advertisement

ads

SELEPAS 12 TAHUN RUMAH PALING BERHANTU INI AKHIRNYA TERJUAL DENGAN HARGA £240,000

Siapa la yang sanggup tinggal di rumah berhantu. Tiba saja waktu malam mesti nak lena pun tak senang. Kalau tinggal ramai-ramai mungKin kuRang sikit rasa seram tu. Tapi kalau tinggal sendirian saja memang ada yang sanggup ke? Bunyi pelik sikit pun dah boleh buat jantung berdebar-debar.





Nak tinggal dirumah berhantu pun dah cukup seram dan gila. Apa lagi kalau memang saja-saja nak beli rumah yang berhantu. Memang kerja gila.Tapi yang peliknya sebuah rumah berhantu telah terjual selepas 12 tahun . Sekian lama rumah ini menunggu pembelinya, pada awal tahun 2020  rumah berhantu ini sudah ada pembelinya.

Rumah  berhantu ini memiliki sejarah yang menakutkan, sehingga mendapatkan gelaran sebagai rumah paling berhantu. 

Rumah yang memiliki nama The Cage adalah bekas penjara abad pertengahan di St Osyth .Essex, England. Penjara lama ini pernah menjadi pusat tahanan seorang pesalah yang dituduh melakukan ilmu hitam



14 orang wanita pernah dipenjara di sini, sambil menunggu perbicaraan akhir di era Elizabethan, termasuk Ursula Kemp, seorang bidan yang menggunakan sihir dan dihukum gantung pada tahun 1582.  

Selepas beberapa ratus tahun berlalu bangunan ini masih kukuh dan hak milik bertukar kepada  Vanessa Mitchell berusia  46 tahun . Dia berpindah kerumah tersebut pada tahun 2004. Tetapi dia mengatakan dia diganggu dan terdapat kegiatan paranormal sejak dia tinggal disitu.

Antara gangguan yang paling kerap berlaku ialah lampu dan alat eletrik yang kadang kala berfungsi dan kadangkala tidak.  Ada juga keadaan dimana pintu di hempas hingga dindingnya dipenuhi darah . kemudian apabila diperiksa sekali lagi, tiada kesan darah pada dinding. 


Ketika Vanessa hamil dia pernah di tolak sehingga terjatuh. Tapi tiada sesiapa yang kelihatan kecuali satu lembaga wanita. barang-barang didalam rumahnya juga dilihat berterbangan dan berubah tempat diantara dua bilik tidur nya.

Tapi gangguan-gangguan tersebut selalunya berlaku sebelum jam 5 petang. Pada waktu malam tiada gangguan yang berlaku. Dia juga dapat merasakan hantu-hantu didalam rumah itu terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak kerana dia pernah mendengar suara wanita berbual di sebali pintu rumahnya itu

Kejadian yang membuatkan dia nekad untuk keluar dan menjual rumahnya apabila dia pernah ditampar dan keadaan itu membuatkan dia memutuskan untuk menjualnya.





Dakwaan Vanessa itu membuatkan ramai pengkaji paranormal mengunjungi rumah tersebut.

Vanessa hanya tinggal dirumah itu sehingga tahun 2008. Walaupun ramai yang ingin membeli rumah tersebut ianya tidak terjual sehingga lah pada 2020 lalu ada pembeli yang betul-betul serius ingin memilikinya.

Selepas 12 tahun menunggu pembeli, akhirnya pada awal tahun 2020 agen perumahan Home Domus berjaya  menjual rumah 2 bilik itu dengan harga £240,000 


Florent Lambert, pengarah Home Domus, mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan yang kebanyakan agent lain menyarankannya untuk menjual dengan harga yang murah. Mereka juga nampak tidak begitu tertarik dengan rumah tersebut dan ramai yang fikir rumah tersebut tidak mempunyai nilai.

Florent  menganggap itu sebagai satu cabaran dan misi untuk mendapatkan pembeli rumah tersebut. Mereka mula mempromosikan rumah tersebut sebagai rumah yang bagus untuk disewakan kepada mereka yang ingin merasai pengalaman paranormal. 

Menurut Florent lagi pembeli rumah tersebut langsung tidak percaya dengan keadaan rumah yang dikatakan berhantu dan mempunyai unsur-unsur mistik.



Catat Komen

2 Ulasan

  1. cantik, besar dan murah macam mana pun rumah tu, tak sanggup la nak membelinya

    BalasPadam
  2. Boleh je kalau harga murah, tapi, jadi tempat "parking" barang jela.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)