Advertisement

ads

RAHIMAH TANPA RAHIM EPISOD 1

RAHIMAH TANPA RAHIM EPISOD 1 | Drama yang dibintangi oleh Puteri Aishah, Azlee Khairi, dan Hafidz Roshdi yang bertajuk Rahimah Tanpa Rahim disiarkan bermula 22 januari 2021. Puteri Aishah yang membawa watak Rahimah, anak gadis yang berasal dari Kampung. kesengsaraan nya berpanjangan apabila dia berkahwin dan disahkan mengidap sejenis penyakit.



Drama 28 episod ini boleh ditonton di slot Akasia Tv3 setiap isnin hingga jumaat jam 7 malam. 

Sinopsis Rahimah Tanpa Rahim Episod 1

Nurul gembira sambil menggayakan baju yang baru di sarungkan nya. Dia bertanya Jauhar sama ada baju yang dikenakan cantik. Jauhar hanya ketawa melihat Nurul. Merasa seperti diketawakan Nurul merajuk dan masuk ke dalam bilik persalinan.

Jauhar malas nak melayan rajukan Nurul, lantas dia keluar meninggalkan Nurul keseorangan.

Mak wok berjalan pulang dengan Rahimah. Mereka baru sahaja membantu salah seorang wanita bersalin. Rahimah gembira dapat membantu Mak wok. Dia tak mahukan upah yang mak wok beri. Baginya pengalaman membantu Mak wok adalah sesuatu yang mengembirakan nya.

Sampai dirumah , Mak Ani sudah menjerit ke arah Rahimah. Marah betul Mak Ani bila Rahimah lambat pulang kerumah. Dia menyuruh Rahimah ke kedai membeli barang tapi Rahimah pergi membantu Mak wok membidankan orang bersalin.

Nurul dan Jauhar berjalan keluar dari butik pengantin. Jauhar malas nak melayan karenah Nurul yang bangga dengan baju pertunangan nya. Jauhar mengingatkan Nurul yang majlis tersebut adalah majlis pertunangan mereka dan pakaian yang dikenakan Nurul tidak sesuai.

Nurul merajuk sekali lagi. Jauhar menerima panggilan dari tempat kerja. Nurul terus merampas telefon Jauhar sebaik mendengar yang Jauhar mempunyai urusan kerja. Sikap nurul yang degil, suka merajuk dan mengikut kepala sendiri memang membuatkan jauhar malas nak melayan karenah Nurul. 

Rahimah yang sedang menuju kerumah Adli terkejut tiba-tiba mendengar ayah Adli mengamuk dan memukul Adli. Adli berlari menuju ke sungai. Rahimah mengikut Adli ke sungai. Rahimah menegur Adli dan bertanyakan tentang dipukul ayahnya.Adli menceritakan yang adiknya , Shidah mencuri wang ayahnya kerana tiada makanan dirumah. 



Tapi sebenarnya Shidah mencuri wang ayahnya untuk membeli telefon bimbit. Disebabkan wang yang dicuri tidak cukup dia keluar dari kedai. Shidah bertembung dengan Pak Akub. Pak Akub membelikan Shidah telfon bimbit baru dan juga membawa Shidah makan.


Jauhar sibuk mengadakan siaran Live disosial media nya. Ibunya masuk kedalam bilik Jauhar dan  bertnya apa yang sedang dilakukan jauhar.Jauhar memberitahu yang dia sedang mengadakan sesi Live di laman sosial. Ibu Jauhar terus mempersoalkan Jauhar yang sibuk dengan kerja . Baginya Jauhar sepatutnya membawa Nurul membeli belah dan melayan karenah Nurul .Jauhar cepat2 membawa ibunya keluar dari bilik. Dia malas nak melayan ibunya yang asyik tak habis-habis membebel padanya tentang bakal menantu kesayangan ibunya,  Nurul.

Ayah Jauhar juga faham sangat dengan sikap isterinya yang  suka membebal. Dia tahu yang jauhar mampu bertahan dengan sikap ibunya itu. Walaupun begitu dia menyokong kerjaya Jauhar yang sibuk memulihkan anak muda yang terlibat dengan masalah sosial. Dia bangga dengan apa yang Jauhar lakukan tapi dia tak mahu jauhar lakukan semua ini demi menebus rasa bersalah kehilangan adiknya satu waktu dahulu.

Rahimah melihat ayahnya, pak Akub berjalan dengan Shidah. Pak Akub yang terkejut melihat Rahimah cepat-cepat menyembunyikan telefon bimbit yang dibelikan untuk Shidah. Rahimah tahu tentu ayahnya  ada niat buruk dalam hatinya.

Shidah turut ada semasa keluarga Rahimah makan tengahari. Mak Ani memang tak izinkan Rhimah makan bersama mereka. Adli yang berada diluar rumah Rahimah bersimpati dengan Rahimah. Dia fikir nasib nya sahaja yang malang rupanya Nasib Rahimah juga sama sepertinya. Menjadi mangsa nafus amarah orang tua.


Pelakon 

Puteri Aishah - Rahimah

Azlee Khairi - Jauhar

Hafidz Roshdi - Adli

Ezzaty Abdullah - Nurul

Mustaqim Bahadon - Ramzi

Liza Abdullah - Mak Ani

Amelina - Puan Sakinah

Sera Melissa - Rozana

Anne Abdullah - Puan Faridah

Diana Dee - Shidah

Badrul Muhayat - Pak Akob

Farhan Asri - Idin

Azri Iskandar - Tuan Rosdi

Che Kem - Tuan Firda

Soundtrack Drama Rahimah Tanpa Rahim

Lara -  Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli



Lirik Lagu Lara


Puaskah kau ku bersalah?
Puaskah kau ku derita?
Puaskah lena mu seketika?
Aku berteman lara
Jelas semua kepadaku

Kerna yang kau hina
Yang dulu kau puja
Yang kini kau parut derita

Kerna yang kau lupa
Yang dulu cinta
Yang kini kau tinggalkan tanpa bersalah

Puaskah kau ku terbiar?
Puaskah kau ku merana?
Puas kau tersenyum diketika?
Aku menyelindung duka

Jelas semua kepadaku

Lahirnya cintaku
Zahirkan nafasku
Untuk kau nisankan
Oh hampanya diri ini

Lahirnya cinta ku
Zahirkan nafasku
Untuk kau nisankan
Oh hampanya diri ini

Yang kini kau parut derita
Yang dulu kau puja
Yang dulu cinta
Yang kini kau tinggal

Kerna yang kau lupa
Yang dulu kau puja
Yang kini kau parut hampanya
Diri ini…

Tonton Rahimah Tanpa Rahim Episod 1

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)