Advertisement

ads

MISTERI JAM VINTAGE

MISTERI JAM VINTAGE | Telemovie  Misteri Jam Vintage menampilkan pelakon Nazim Othman dan Linda Nanuwil bergandingan dengan Zainal Macwilson dan ramai lagi pelakon hebat. Drama ini disiarkan pada hari sabtu, 23 Januari 2021. Misteri Jam Vintage disiarkan di Astro Citra dan Citra HD.



Sinopsis Misteri Jam Vintage

Lokman membuat 2 kerja bagi menampung keluarganya. Siang dia membantu di kedai ikan dan malam dia berniaga menjual burger di pasar malam. Harijadi ayah mertuanya tidak lama lagi. Lokman perlu memikirkan apakah hadiah harijadi yang akan diberikan pada ayah mertuanya.

Ayah mertua Lokman mengusahakan resort. Oleh sebab semua anak perempuannya tidak mahu mengambil alih perusahaan resort tersebut,  dia perlu memilih diantara 2 orang menantunya untuk meneruskannya. Dia keliru memikirkan siapakah yang layak menguruskan resort miliknya. Sama ada Lokman yang miskin atau pun Nizam yang memang berharta .


Lokman selalu dipandang rendah oleh Nizam dan ayah mertuanya. Tapi dia tidak kisah kerana sedar tentang keadaan dirinya


Satu hari Lokman di datangi seorang lelaki. Dia menawarkan sebuah jam tangan. Kerana terpaksa Lokman membeli  jam tersebut dengan harga rm100 . Pada hari jadi ayah mertuanya Lokman ingin memberikan jam tangan tersebut sebagai hadiah harijadi. Walaupun pada awalnya dia berasa malu untuk memberikan hadiah tersebut tapi atas desakan isterinya Lokman memberikan juga hadiah tersebut.

Pada majlis itu juga ayah mertuanya memberitahu yang dia ingin bersara. Nizam yang mendengar berita tersebut terus berasa teruja  kerana dia ingin menguruskan resort ayah mertuanya itu.


Malam itu ayah mertuanya membuka kotak hadiah yang diberikan Lokman. Jam antik tersebut sangat menarik di mata ayah mertuanya. Dia sangat suka kan hadiah tersebut. Sebaik dia mencium jam antik itu, bulu roma nya rasa meremang dan satu perasaan pelik muncul dalam dirinya. 









Pelakon

Nazim Othman

Linda Nanuwil

Trisha Ooi

Zainol Macwilson

Fiesha

Adam Shahz

Fendi Seman


Catat Komen

4 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)