MENCARI KIBLAT CINTA (TV OKEY - 146 ASTRO ) | Drama 26 episod bertajuk Mencari Kiblat Cinta disiarkan di TV Okey - 146 Astro bermula 7 Januari 2021. Drama lakonan Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan ini turut dibintangi oleh ramai pelakon lain seperti Zila Bakarin, Anne Ngasri , Dayana Roza, Edika Yusof dan ramai lagi.
Sinopsis Mencari Kiblat Cinta
Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia.
Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong.
Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.
Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.
Pelakon:
Husna Mustaffa -Danira
Syazuwan Hassan -Tengku Filman
Shah Hazvee -Naufal / Alif
Dayana Roza -Wirda
Fifi Laura Olivia -Melly
Edika Yusof -Tengku Amar
Zila Bakarin -Tengku Saida
Raden Zaharatul -Yana
Azerin Zainal -Joshua
Falla Zully -Evelyn
Ali Reza -Tengku Firdaus
Inas Sofea -Najla
Anne Ngasri -Karmila
Sazrin Aizul -Zhulbhan
Naszeli Ngasri -Harris
Nina Fazurina - Cikgu Lyn
Shahriza Mahmud -Musliha
Nadia Kesuma -Zahara
Soundtrack Drama Mencari Kiblat Cinta
Semalam -Aina Abdul
3 Ulasan
amboi tajuk sekarang...kiblat...bidadari....tanpa dosa,...
BalasPadamHeroin dia pelakon baru ke? tak kenal huhuhu
BalasPadamramainya pelakon baru
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)